Memaparkan catatan dengan label ::ilmu::. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ::ilmu::. Papar semua catatan
Cik Mawar
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.


5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9 . Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah.


Peringatan.

Solat itu wajib, jgn biarkan diri dimamah usia dengan kekosongan rohani. Isikanlah dengan zat-zat yang berguna.
Sebaik-baik rumah adalah Syurga. Sewanya dibayar dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah.
Seburuk-buruk tempat adalah neraka. Hindarkanlah dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah.
Kubur yang luas kerana solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah.
Kubur yang sempit kerana tidak solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah.
Lakukan sebaik mungkin yang wajib, insya’Allah yang sunat pun akan berkat.
Amin.

Cik Mawar

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGINGJangan makan DAGING bersama IKANJangan makan IKAN bersama SUSUJangan makan AYAM bersama SUSUJangan makan IKAN bersama TELURJangan makan IKAN bersama DAUN SALADJangan makan SUSU bersama CUKAJangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"
Cik Mawar

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.”

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami.

Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru.

Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah10 sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

1 dan 2 , berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

3 dan 4 , memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

5 dan 6 memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

7 dan 8 ,menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

9 dan 10 , jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira.

Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu. “?



Cik Mawar


1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami ”degil” tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!).

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja. Itu hipokrit atau dalam bahasa Arab disebut Munafik. (ustaz/ustazah yg ada kat sini kalau silap sori yek)

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendir

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!

Cik Mawar

Khasiat dalam sebiji epal

ARKIB : 05/06/2009

SEBIJI epal yang dimakan setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah sebiji epal setiap hari cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor.

Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.

Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus.

Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus.

Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian.

Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.

Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi.

Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.

Sumber : Utusan Malaysia

Cik Mawar
1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2. Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5. Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.


6. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

* Satu Hari Leh bagi 10 ja.. kang banyak2 dok leh menghayati.. hik hik
Cik Mawar

Rahsia kekal cantik dan sihat
KATA orang, kesihatan dan kecantikan mempunyai hubung kaitnya. Mengapa? Jika tubuh kita
tidak sihat, bolehkah kita kelihatan cantik dan menawan? Begitu juga, apa maknanya kecantikan
jika tidak miliki kesihatan.
Untuk cantik, kesihatan merupakan satu aspek penting yang perlu dipelihara. Di sini, saya
senaraikan enam makanan yang patut dimasukkan dalam diet harian. Ia menyediakan kesihatan
yang optimum bagi anda.

1. Bayam: Sayuran hijau dan berdaun ini adalah makanan sebenar untuk manusia. Pembina
bisep yang kaya dengan folat dan omega 3 berasaskan tumbuhan ini membantu mengurangkan
risiko sakit jantung, strok dan osteoporosis.Bayam juga mengandungi lutein, sejenis bahan yang
melawan penurunan makular akibat faktor penuaan. Amalkan satu cawan bayam segar atau
setengah cawan bayam yang dimasak setiap hari.

2. Yogurt : Banyak budaya mendakwa susu masam atau yogurt merupakan ciptaan mereka,
tetapi kebaikan makanan berusia 2,000 tahun ini untuk kesihatan tidak boleh pertikaikan.
Proses penapaian selama beratus juta tahun terhadap organisma probiotik yang menyediakan
bakteria baik dalam tubuh anda itu, memangkin sistem imunisasi dan pencegahan daripada
kanser.
Tetapi, bukan semua yogurt probiotik. Jadi pastikan anda membaca label yang menyebut
mengenai kultur hidup dan aktif.
Amalkan satu cawan yogurt sehari.

3. Tomato: Terdapat dua perkara yang perlu anda tahu mengenai tomato. Tomato yang
berwarna mengandungi bahan antioksida licopene manakala tomato yang diproses juga sama
khasiatnya seperti buah yang segar.
Kajian mendedahkan diet licopene yang tinggi boleh membantu merendahkah risiko kanser pundi
kencing, paru-paru, prostat, kulit dan perut serta penyakit jantung koronari.
Dapatkan sekurang-kurangnya 22 miligram licopene setiap hari iaitu bersamaan lapan biji ceri
tomato atau segelas jus tomato.

4.Lobak merah: Kebanyakan buah-buahan atau sayur-sayuran yang berwarna merah, kuning
atau oren mengandungi lemak karotenoid iaitu bahan larut yang merendahkan risiko pelbagai
jenis kanser dan radang seperti asma serta penyakit artritis.
Amalkan setengah cawan lobak merah setiap hari.

5. Kacang hitam: Kesemua jenis kacang baik untuk kesihatan jantung, tetapi tiada satu pun
yang boleh merangsang kuasa otak seperti kacang hitam. Ini kerana ia mengandungi antocianin,
sejenis antioksidan yang membantu memperbaiki fungsi otak.
Setengah cawan hidangan kacang hitam menyediakan 8 gram protein dan 7.5 gram serat yang
rendah kalori dan bebas lemak tepu.

6. Oat: Makanan kesihatan yang pertama mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan
dan Ubatan (FDA). Ia mengandungi serat larut yang merendahkan risiko sakit jantung. Oat kaya
dengan karbohidrat. Setiap setengah cawan hidangan oat mengandungi 10 gram protein iaitu
menyamai tenaga pembinaan otot-otot.


P/S: Nak lebih cantik..biarlah cantik DILUAR n cantik DIDALAM
Seindah hiasan adalah WANITA Solehah.
Cik Mawar


PhotoScape..nie Lah ilmu baru yang aku belajar sekarang. tu pon En.Sepoi yang ajar..kekeke..dia pon meroyan edit aku tau..cuma tak nak tunjuk ja..siap pic haku dia edit..hahaha...aku,bila dapat ja download benda alah nie..aku pon mula dah meroyan nak edit pic ja..dari minggu lepas sampai ke hari nie..aduhaiii.. parah ka sakit aku nie ya?ish ish..Tapi aku mmg cam nie..lau dapat belajar sesuatu yang baru habis aku gode...semua menda alah yg ado lam tu..hehee..

Kebetulan skrg pon pelanggan tak ramai mai sini..So aku pon apo agi..gunakan lah masa yang terluang layan menda nie..Dari aku layan perkara2 tak faedah...buat nie..ado gak hasil nya.. Sekadar sedap mata aku pon dah Ok..Sib baik kat rumah tak dok komputer n tenet..lau tak habis gambor yang beratus2 lam pendrive 2GD nie, habis ku edit...hahahahaha
Apo- apolah..janji haku happy.. la la la la.. Bukan kaco org pong.
Cik Mawar
Picture Resize Genius1 nie aku baru dapat hari nie... tu pon aku tanya robot jaat tu camno nak letak link kat pic..kunun2...pic hak terpelihara lah..hehehehe.. nak guna adobe payah lak nak kena dwld lagi...dah lah PC haku nie...tak sihat sangat..malas nak membebankan PC nie lak.. So tanya lah robot tu..ado ko apo2 yg leh wat pic camtu...mula2 guna paints..Tapi nnt jadi putih lak tak elok.. so robotjaat on YM dia bagi bondo nie... Haku apo agi..ngan raso yang membuak2...terus tekan apo yang patut... n taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. Jadi lah hasilnya.. N post pertama guna menda nie bawah nie..motor kesayangan ku itu.... hehehee... MEKASIH robotjaat.....hehehehe...

Sungguh megah ia di PC ku yg berbunga2 mekar nie

Proses pembelajaran
Cik Mawar

ANDA yang mudah lupa kini boleh mengamalkan satu cara mudah untuk menguatkan ingatan.

Menurut para penyelidik Jerman, mencium bau-bauan yang kuat, seperti bau bunga mawar, boleh menyegarkan semuladaya ingatan mereka yang mudah lupa.

Para penyelidik itu mendapati bau-bauan boleh merangsang ingatan baru dalam otak manusia semasa mereka tidur.

Laporan penyelidik itu, yang dimuatkan dalam jurnal Science, menarik perhatian bahawa ingatan manusia mulaterbentuk dengan lebih teratur semasa tidur dan unsur rangsangan yang diterima didapati boleh menyegarkan semula laluan ingatan otak.

Dr Jan Born dari Universiti Lubeck di Jerman dan rakan-rakannya mendapatkan 74 sukarelawan untuk ujian ini. Mereka disuruh bermain permainan seperti Concentration, yang memerlukan mereka memandankan objek atau kad dengan menterbalikkan satu objek atau kad sekali saja dalam sesuatu masa.

Selepas satu malam, mereka yang menghidu bau mawar didapati boleh mengingati 97.2 peratus padanan kad dan objek yang mereka cuba ingati sebelum tidur. - Reuters.
(Dari Petikan Untuk Panduan Bersama)
Cik Mawar


Peria atau dikenali sebagai kanbas atau nama sainsnya Momordica Charantia adalah sejenis sayur yang rasanya amat pahit,tetapi di sebalik kepahitan itulah tersembunyi seribu satu khasiat untuk menjaga kesihatan tubuh badan.Di pasar kita biasanya dapat melihat dua jenis peria. Ada yang panjang dengan warna hijau muda dan ada yang kecil saiznya atau digelar ‘peria katak’ yang mempunyai warna hijau tua.
Peria mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Setiap 100gm peria mengandungi 92.4 peratus lembab, protein 1.6 peratus, lemak 0.2 peratus, mineral 0.8 peratus, fiber 0.8 peratus dan karbohidrat 4.2 peratus.Sejak zaman purba lagi peria digunakan untuk merawat kencing manis.
Doktor dari England telah membuat penyelidikan untuk mencari nilai saintifiknya. Hasilnya mereka menemui hypoglycemic atau insulin. Seterusnya mereka mencipta plantinsulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing.Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit kencing manis ini ialah dengan meminum jus yang di ambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi.
Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan. Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potong peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk.Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah dihancurkan pula digunakan untuk di sapukan ke tempat buasir.
Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah fungus, peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan.
Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengamblan alkohol.Walaupun peria tidak diminati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak.
* Ulam kesukaan Cik Mawar nie..heehhee
Cik Mawar
Sebut Ja pasal jerawat...huhuh...Amat sensetif bagi setiap wanita..sbb kebanyakan masalah nie jadi kat wanita..Ya lah sapa yg tak nak muka bersih, putih, Dll. Haku pon ado jerwat..huhu..ms sek takdok..dah lepas sek meriah sungguh dia keluar..huahuauahua... Aku teringat kata2 kawan chat " Perempuan nie kalau sakit dalaman, malas nak cari ubat, Kalau jerawat tumbuh..kecoh, cepat2 ja cari ubat"..huaauhauhaa...Bila fikir2 betol gak kata dia..Tapi tak semua..Nnt ado lak wanita lain terasa..:)
Pagi nie Aku belek2 forum..jumpa laman web nie..pasal kesihatan..so leh copy n paste kat sini..wat pengetahuan pembaca blog2 haku nie..hehehe..
DAHI
Haba bad an melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan bad an, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : P upuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak
HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi
DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal
PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Cik Mawar
Kasih sayang sebenarnya adalah satu konsep yang kadangkala sukar untuk digambarkan secara fizikal. Dengan itu, kita berasa sukar untuk melakukan sebarang tindakan yang boleh dikaitkan dengannya.

Dengan kata lain, untuk lebih mudah memahami konsep kasih sayang itu, kita perlu menterjemahkannya kepada perlakuan yang menjadi lambang kepada kasih sayang seperti berpegangan tangan, bersalaman, memberi sentuhan, ciuman, pelukan, urutan, picitan, gosokan dan sebagainya.

Terdapat kajian yang mengatakan bahawa anak-anak yang dibelai dan dididik dengan kasih sayang akan menjadi lebih pintar, cerdik, tajam pemerhatian dan sentiasa berkeyakinan tinggi. Sebenarnya, apabila anak dibelai dengan kasih sayang badannya akan dirangsang untuk mengeluarkan enzim-enzim seperti endorphin, enkephalin dan norepinephrine. Ketiga-tiga enzim ini bukan sahaja mempu merangsang otak tetapi menjadikan seseorang anak itu lebih bertenaga, sihat, cergas, berwajah ceria dan tidak mudah diserang penyakit.

Sebenarnya, ibu bapa boleh membuat pilihan tentang kaedah yang sesuai dalam mendidik anak. Hakikatnya, kasih sayang sememangnya mempunyai kuasa hebat yang mampu merangsang dan menyerlahkan kehebatan dan keunggulan seseorang itu, khususnya anak kita.

Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers
Daisypath Anniversary tickers

Cik Mawar FC