Cik Mawar

KETAWA penawar duka. Ungkapan yang kerap menjadi santapan halwa telinga, terutama ketika memujuk mereka yang dilanda kemurungan atau kesedihan.
Kebenaran bahawa ketawa itu penawar duka yang mujarab juga sukar ditolak, kerana secara logik pada saat seseorang sedang ketawa tidak mungkin pada masa sama mereka memikirkan perkara yang menyedihkan.



Bahkan, sudah banyak dibuktikan bahawa seseorang yang sentiasa hidup gembira dianugerahkan kesihatan yang berpanjangan.
Golongan perubatan juga percaya bahawa ketawa bukan sekadar terapi yang mampu mengubat ketegangan atau tekanan, bahkan ia mampu menghindari pelbagai penyakit berbahaya termasuk barah, kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi.



Selain menjadi santapan jiwa, ketawa juga amat baik untuk kesihatan fizikal, melalui dua cara iaitu sebagai ‘bahan perangsang' yang sihat dan merehatkan tubuh badan secara keseluruhan.
Penyelidikan perubatan menunjukkan bahawa ketawa merupakan satu senaman yang baik bagi melancarkan pengedaran udara ke paru-paru, otot, saraf dan jantung.
Ini kerana ketika ketawa seseorang akan menggerakkan otot wajah dan tubuh, sekali gus mempercepatkan kadar degupan jantung dan pernafasan.




kajian menunjukkan bahawa ketawa 100 kali sehari bersamaan dengan berjoging selama 10 minit. “Dengan ketawa sebenarnya bukan saja memperoleh manfaat daripada segi emosi atau psikologi, bahkan fizikal,” katanya.
Cik Mawar
Kasih sayang sebenarnya adalah satu konsep yang kadangkala sukar untuk digambarkan secara fizikal. Dengan itu, kita berasa sukar untuk melakukan sebarang tindakan yang boleh dikaitkan dengannya.

Dengan kata lain, untuk lebih mudah memahami konsep kasih sayang itu, kita perlu menterjemahkannya kepada perlakuan yang menjadi lambang kepada kasih sayang seperti berpegangan tangan, bersalaman, memberi sentuhan, ciuman, pelukan, urutan, picitan, gosokan dan sebagainya.

Terdapat kajian yang mengatakan bahawa anak-anak yang dibelai dan dididik dengan kasih sayang akan menjadi lebih pintar, cerdik, tajam pemerhatian dan sentiasa berkeyakinan tinggi. Sebenarnya, apabila anak dibelai dengan kasih sayang badannya akan dirangsang untuk mengeluarkan enzim-enzim seperti endorphin, enkephalin dan norepinephrine. Ketiga-tiga enzim ini bukan sahaja mempu merangsang otak tetapi menjadikan seseorang anak itu lebih bertenaga, sihat, cergas, berwajah ceria dan tidak mudah diserang penyakit.

Sebenarnya, ibu bapa boleh membuat pilihan tentang kaedah yang sesuai dalam mendidik anak. Hakikatnya, kasih sayang sememangnya mempunyai kuasa hebat yang mampu merangsang dan menyerlahkan kehebatan dan keunggulan seseorang itu, khususnya anak kita.
Cik Mawar
Pejam Celik..pejam celik..lagi seminggu saja Ramadhan kian menjelma....alhamdulillah..daku masih bernafas sehingga saat ini..untuk menikmati kehidupan yang ALLAH swt berikan ini..Alhamdulillah ..

FUhhh...dah lama rasanya aku tak jenguk blog aku nie... tak da info pon yg leh dikongsi..kalau org masuk blog aku nie..membosankan ja..

aku pon jadi mati kutu nak letak apa dalam nie..nnt lah aku cuba cari info yg leh dikongsi bersama..lam internet nie berlambak info bermanfaat..tak pon aku godek2 emel aku yg ada beribu2 emel tu sampai aku pon tak larat nak baca.....hihihih...
Cik Mawar

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
5. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.
"6. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.
"7. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.
"8. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.
"9. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.
"10. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.
"11. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers
Daisypath Anniversary tickers

Cik Mawar FC