Cik Mawar

1.Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yg serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan, bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yg setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh

2.Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga

3.Tiada siapa paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerena setiap yg pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai

4.Memaafkan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memaafkan kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. maaf diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi

5.Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan kita sayangi beroleh bahagia

6.Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7.Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

8.Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.

9.Jembatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah

10.Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak
bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat.
Orang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat.

11.Sesuatu kebaikan, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik.
Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

12.Kawan sejati ialah orang yg mencintaimu meskipun
telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya ia itu baik dan burukmu.

13.Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

14.Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau setitik kegembiraan yang anda miliki itu kepada
teman anda.

15.Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…
Cik Mawar

1. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

2. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

3. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

4. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

5. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

6. Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

7.Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

8.Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

9.Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

10. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

11. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
12.Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

13.Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
14.Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

15Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
Untuk Renungan Kita Semua Bersama... :)
Cik Mawar

Kunun2. lah erk
niat Murni
cik mawar nak wat post satu hari satu
aduhai.. dah 3 hari nie ha
tenet problem ja
nie pon sib baik cam dah ok sikit
lau idak aku asyik halau org ja
kata2 yang harus diulang
"Adik Internet tak okek.."
huhhuhu.. lau ado perakam on ja kan
hahahaahahaha...
jenis ado 5 minit.. tak dop 15 minit
apo da TM nie
kang den Bom kang
kato lak den pengganas islam..
hahahaha.. dunia2..
apo pong
alhamdulillah....
dah okek ha..
esok2 lak bebel2 banyak :D
hapy nice day
buat semua yang sudi berkunjung
ke Teratak Cik Mawar
*tidak berduri. he


Cik Mawar

Alhamdulillah
semenjak dua menjak nie murah ja rezeki ha
Pagi Tadi dah makan nasi.. kunun2 tak nak balik tgh hari
last2 nenek sedara call nak dtg
mak pesan " jangan tak balik lak."
kono lah balik huhuhuh... makan nasi agi ha
pastu kawan pejabat sebelah
tak perasan lak aku balik tgh hari
dia bawak kan bekal lak
huhhhu...
perut dah kenyang nie.tapi tak kan lak nak bagi semula
takpo..aku makan jugak
hahahaaha.. sib baik tadi makan kat rumah sikit2 ja
lauk kawan bagi nie pon boleh tahan sedap
ikan sambal, salad, telur masin, sotong tumis + nasi
huahauhauaa.. lau makan leh kenyang sampai esok
alhamdulillah
YA ALLAH hambaMU bersyukur atas semua rezeki yang telah
ENGKAU berikan..amin :)
Cik Mawar
1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2. Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5. Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.


6. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

* Satu Hari Leh bagi 10 ja.. kang banyak2 dok leh menghayati.. hik hik
Cik Mawar

Musim BAru kembali
huahuahuaha.. ayat macam tak leh bla kan?
erm..apa maksud disebalik ayat tersebut
heheehe.. sebenarnya...
cik mawar ingin kembali aktif memblog seperti dulu
sekurangnya satu post sehari..
insyallah..
itulah yang terniat di hati kecil ini
dan insyallah aku akan luangkan masa.. walaupon sedikit untuk
mencoret kan sesuatu @ copy paste sajo
dalam blog aku nie..
huahuahuaa..
andai ado insan di luar sana yang merindui
untuk membaca catatan harian hidupku
rindu anda tidak akak berlarutan lagi
insyallah...
huhuhu..

Mulakan hari baru
Azam Baru
Niat Baru
Hati Baru
Berbahagialah dengan kehidupan
yang ada hari ni
kerana ESOK belum tentu ada Hari untuk kita
renung-renungkan...selamat beribadat..
amin.. he he he..

Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Cik Mawar FC