Cik Mawar

Perjalanan....
kehidupan.. sentiasa berjalan..
sentiasa kedepan..

tak kan boleh diulang masa yang lalu
Semakin jauh kehidupan
semakin dekat kita untuk KEMBALI
kepada NYA
Pencipta yang AGUNG..

Semoga perjalanan hidup ku
diberkati oleh ALLAH SWT ..
aminnn..

Alhamdulillah
dengan izin dan limpah kurnianya

Mak n Ayah kakak ipar
dapat menunaikan Haji pada tahun ini
Abah n Mak aku
masih belom ada rezeki untuk kesana..
aku sentiasa berdoa agar kami
diberikan kesempatan untuk

ke Tanah Suci..
insyallah.. andai
ada rezeki Kami..
amin

Esok..
aku antara insan yang
akan menyemakkan diri ke Kelana Jaya..
pada mulanya aku tak da pon nak ikut

tapi abang n kak ipor soh ikut..
maybe senang nak tgk2 kan Husna n Luqman..
Luqman tak sabar2 nak naik bas..
heheehe..

hilang penat tgk teladah budak2..
penuh dengan ketenangan bila kita melihat mereka

aku sedih..
bila dengar @ melihat

kanak2 dibuang, didera, dibunuh
menangis aku..
apalah dosa mereka..
mmg hiba lah.. Hanya ALLAH saja yg membalas

Besar dah anak2 sedara aku..
6 org dah tak sangka
yg perempuan
pon dah sama besar ngan acik diorg nie
tak sangka cepat betol masa berlalu..
masa mak diorg dalam pantang
aku yg paling suka mandikan diorg..
skrg doa2 semoga akak pon
dimurahkan rezeki.. menimang cahaya mata..amin..
Dan kepada anak sedara ku
semoga mereka
"menjadi anak yang soleh n solehah..amin"


"Semoga perjalanan aku dan semua selamat sampai n selamat kembali.. semoga ayah n mak kakak ipar diberikan kesihatan dan dipermudahkan segalanya menunaikan ibadah haji.. amin"
Cik Mawar
nie satu link yang menghimpunkan blog2 yang ado
diseantero alam fana nie
tapi tak sangka lak
blog haku nie pon
terpilih..
dah berminggu aku daftar

cuma tak buat
entry pasal blog nie lah
cam aku lom promot seluas nya lah
itulah kot..

heheheee..
Dah aku ja selalu update..
bila time tgk kat blog nie
sokmo
Blog aku nya entry kat atas..
hahahahaa..
Aku lau boleh
satu Hari 1 entry..
lau tak da idea..
aku g lah emil.. Banyak ilmu leh kongsi
aku letak kat blog aku
semua org leh baca :)

Lamo dah tu tgk
tarikh 18 Oktober..

huahuahaa.. Tapi aku daftar awal
dah berkali2 entry aku keluar kat sana

huhuu..
(aku sebnrnya lambat faham + bezy)

skrg dah terluang baru leh fikir..
huhuhuuu..

Dok belek2 lagi kat
blog bicara sempoi nie
tak sangka lak
blog aku masuk juga

dalam blogger2 malaysia
huahauhaa
So Promote
Blog-blog Bicara sempoi
sekali lah dengan
Blogger Malaysia

ehem ehem... agenda seterusnya...

Tujuan Aku Memblog:-

Pada mulanya. aku saja ja daftar blog nie.. tahun 2007..lepas tu langsung tak buka.. just 1 entry ja.. pastu aku join Satu komuniti nie ramai lak kawan aktif memblog.. aku jadi tertarik bila baca2 blog diorg.. secara tidak langsung aku try balik on blog aku.. jenuh gak nak on password.. last2 baru boleh dibuka.. Dalam blog aku.. penuh dengan Kisah aku yang sebenarnya.. apa yang aku buat seharian.. luahan perasaan aku.. apa yg aku masak.. apa yang aku buat.. Dan sejak aku aku dapat tambah kawan.. bila baca2 blog diorg tertarik nak kawan ngan diorg.. yang pastinya kawan aku dapat semua nya BEST......

kepada semua yang nak lebih blog dikenali
sila lah join
CLUB BLOG BICARA SEMPOI

MALAYSIA MEMBER CLUB





Cik Mawar

Cempaka Merah
ha.. hambik..
tak tau nak boh namo apo kat baju nie
huahuuahuaha.. nie baju

sepupu,, dia kawen minggu lepas
tapi tak dok lah dia nak wat baju kawen
just sajo2.. lah kot

nak try boh manik kat baju dia
sebab dia dtg umh tgk aku jahit manik
bagi tau last minit
tekocoh2 aku siapkan.. ha
Akhirnya siap
jugak lah..

nak seribu daya.. Malas seribu dalih
huahuahuauahuaa...
Tapi.......
Tapi...
Tapi..
Tapi.

Bila dia nak bayar upah nie
muhahahahaahahahahahahazzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..
sabor ja lah
"Lau Rezeki kita mmg tak kemana kan? kan? kan?
hambik pic besor sikit..
lau edit kecik ja..
hehehehee

P/s : Kak ct Leh lah cuba corak baru nie.. hehehehe..


Cik Mawar


1. Pemarah

paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..

2. Pendendam

tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
(ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad

dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil

Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak

orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar

andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego

Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...

8. Riak

terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...

9. Cinta dunia

Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...buruklahh padahnya




Cik Mawar

Daging Kurma..
Bukan boh buah kurma okek
just menggunakan
REMPAH KURMA ( Mak Siti)
bukan mak aku okek..
hahahahahaa..

walaupon Kemera tahap ICU
tapi dia cekalkan hati
aku tetapkan kesabaran jugak nak guna
Tapi step masak aku snap
tak dok lak
pelik ja ha
aduhaiii...
Nak beli tepon baru yg ado kemera
bajet tak dop
cakap kat Encik masukkan list
tepon ado kemera lam list hantaran
huahauuahuaha..
encik kata
"huhu..boleh tahan gak hang nie :P"
hahahahaa.. lebam lah
nak tunggu hantaran
hahahaa
eh,,,bebel
jom belajar masak.
"
"
"
Bahan-Bahan Nya:-


1- Satu Peket rempah kurma * dibancuh dengan air
2- 3 biji bawang merah, 3 biji bawang putih, 2cm halia ( dikisar)
3- Daging 1/2 Kg
4- 1 biji bawang besar ( hiris)
5- 1 keping asam keping
6- 1 batang kayu manis, 1 bunga lawang, 1 buah pelaga, 4 biji cengkih
7- 2 btg serai ( diketuk)
8- 3@ 4 lada hijau @ merah
9- satu mangkuk santan
10- minyak 2 senduk
11- 2 sudu lada hitam yg ditumbuk

Cara Membuatnya:-

1- panaskan minyak
2- Masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih, serai.. kacau sekejab
3- Masukkan bawang yg dikisar.. tumis hingga naik bau
4- Masukkan rempah yg telah dibancuh bersama air, masak hingga pecah minyak ( minyak naik)
5- Masukkan daging dan bubuh air..masak hingga daging lembu dan masukkan asam
6- apabila daging dah lembut..masukkan bawang besar..
selepas itu,
masukkan sedikit garam , perasa , dan sedikit gula
masukkan santan..dan cili besar
Biar kan seketika bagi santan masak
( sambil2 dikacau tak nak bagi santan pecah)
Bila santan dah menggelegak seketika..
tutup api..
dan sedia untuk dihidang

*Nak ganti ngan ayam pon boleh..sama ja caranya
~Selamat mencuba~




Cik Mawar
Kadang Kala
biar hati saja bersuara
biar hati saja yg merindu
biar hati saja yang menyayangi
Biar hati saja yang menangis
Biar hati saja yg marah

biar hati saja yang berbisik

Namun
antara hati
hanya kita dan DIA saja yang tahu
hanya DIA tahu apa yg ada dalam hati

hati Mati @ hati bersih

kita sering sakit HATI
namun kita lupa
berikan HATI

makanan
Lupa Berikan HATI minuman
Kita selalu ikutkan Kata HATI
bak kata pepatah

ikut kan RASA Binasa
ikutkan HATI mati
ermmm

sering kali dikata
jika nak HATI kita disayangi

jangan menyakitkan HATI orang lain
Tapi bahgiakah HATI jika jika
sering kali menyenagkan HATI org
tapi HATI kita juga yg disakiti
arghhhhhhhhhhhhhh

duliklah
ngan HATI itu

Aku ada Hati
Aku jaga HATI aku
Hati aku aku jaga..
Hati orang mana aku tau

ermmmmmmm
aku ada buah Hati
huahuahuahuahuaaa..
tetiba ja
Semoga HATI yang satu ini
akan berbahgia
bila KITA bersama
~amin ~



Cik Mawar

Errrmmmm
stresssssss nya
dah lah hari nie
No Games, No FaceBook, No chat, No bla bla..
aku tumpukan sepenuh perhatian pada jahitan
esok dah kena hantar
malam tadi wat kuih sampai kol 1
malam nie kena buat lagi
tgh khusyuk2 menjahit nie
GATAL
pi bukak MYSPACE
padan muka
HATI TERUSIK
mula lah tak da mood ha
kan aku dah buka blog nie
meroyan lam nie
hissssssss,,
tu kadang kala
LEBIH BAIK TAK TAHU DARI TAHU
dulu tak tau..
nak sangat tau
skrg.. dah tau
mula lah... ha.. nak stress2...
padan muka sapa..?
padan muka AKU
hahahahahahahahahahaha
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
kena pulak time2 pertukaran hormon nie
hissss...
rasa nak mengamuk ja
Takpo
MALAM nnt aku mintak penjelasan
kenapa jadi gitu
AKU nie PENTING
@
TAK
ha,...kan dah fikir melalut nie..
hissssss
Hisss tak suka lah rasa2 camnie
hidup aku pon tak tenang
menjahit pon tak best dah
malam nnt nak buat kuih.. lak
buat kuih lau hati tak tenang
kadang2 tak jadi
hisssssssssss..
nauzubillah..
"YA ALLAH tenangkan hati hambaMU ini..Berilah Daku kekuatan menghadapi seglanya, hanya kepadaMu Hamba berserah..."



Cik Mawar
Siang dan malamku kini menjadi satu
Terasa sedihku bila tiada mu
Apakah ini dinamakan cinta oh
Menjadi aku yang punya


Aku rindu sayang kamu
Matamu aku cinta kepadamu
Sayang kamu
http://emo.huhiho.com


Apakah kau rasa sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa sungguh
kerinduannya

oh kasih
Adakah kau jua
Rasa sepertiku...
http://emo.huhiho.com



Cik Mawar

Alhamdulillah Kenyang
pagi nie..
tidak seperti hari biasa..
hahaha dok penah2 aku beli nasi lemak kedai org tu
hari nie cam perut tingin lak..
dapat lah boli
nasi lomak 2 Hengget..
nasi lemak tu manyak tu..
huhuhuhu..
aku makan sebelah ja..
sebelah agi.. bagi kawan pjbt sblh..
masa aku tgk org kedai tu bungkus pong
raso nak jerit..
"kakkkkkkkkk manyak nya"
hahahahaa Tapi fikir2.. balik
leh share ngan MAS ( kwn pjbt sebelah)
akhirnya nasi lemak itu berjaya dihabiskan

PROJEK MEGA..

Huhuahuaaa.. skrg nie ado projek mega
malam tadi kol 1 baru tidoq
wat kuih lidah boya @ kuih kapal tobang tu ha
pastu malam nie aku kena
wat kuih loyang lak
ado sedara tu tempah
dia nak wat kenduri kawen anak dia
sabtu nie
pastu baju anok dia yg kawen tu lah
aku kena jahit manik
(Tp bukn lah baju untuk kawen..kuikuikui)
tu lom siap agi
asyik.. blog..games..Ym...room..FB..
hahahahahaa..
apo pong sblm jumaat kena siap
jumaat kono lah poei rewang
sabtu kojer..
poei makan ja
ahad..
kawan aku kawen
alahaiiiiii
semua pakat2 kawen nie...
encikkkk.. encik...
kita bila agi..
hauhauauauaa..
Aku bagi tau encik.. dia gelak ja
siap cakap
"hahahha ramai kawan2 hang dok kawen..kawan2 aku ramai agi tak kawen"
huh.. memang lah dia laki..
24 muda agi..
lau perempuan molek apo nie..
hauhauhauaa,...
apo2 lah..
tunggu.,.
sabar...
setia,,
menanti
la la la la..
Sampai jodoh nya nnt tak kemana lah..
ngeh ngeh ngeh..

*away...sambung menjahit.. - poei lawat kebun jab


Cik Mawar
Alhamdulillah..
Dengan izin NYA..
YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
akhirnya
berjaya juga aku menyiapkan baju Cik Kuna nie..
alahai..
nama rekaan kali ini ialah
CEMPAKA BIRU
huhuhh..
Hope Cik kuna pueh hati lah
Lau tak pueh..
den nak wat camnoe kan
alahai...
Tapi Cik Kuna.. okekkkkk
layan jo ha..
tu senang den nak berkarya..
dia memberi kebebasan
corak apo pon dia terima..
dan dia tersenyum :)


( nie Bahagian Leher)


(Hujung Lengan)
Mesti lah dedua.. kang sebelah ja meroyan Cik Kuna
hahahahaa


Ha nie lah lau sapo tah tahu
JAHITAN MATA lalat..
kadang2 aku dok kata.
aku tgh wat mato lalat2..mato lalat..
tu lah natang nya
( dok nampak jelas.. klik pic tu)

sekian sahaja..
p/s :Cik kuna Balik hujung minggu nie leh lah ambik
hehehe..
( cik kuna kata ado agi satu baju nak hantar jahit manik)
uit uit.. alhamdulillah REZEKI tu.



Cik Mawar
Pulut Pasong..
Nil lah makanan boleh kata WAJIB lah

dalam family aku nie
tiap raya mesti nak nie.
dok layan lemang2 nie

lau lemang beli 2 btg pon dok habis
lau lemang ado keras2 keras tepi2 nya
lau pulut nie lombut ja
cuma beza lemang bakar
n nie kukus..

bahan nya dari pulut gak..
tak tau lah nie
tradisi orang banjar @ idak
sebab arwah atok yg biasa wat nie

atok tu asal penang
maklumlah
dah dok merata..
lau mak abah tu

Penang
Ayah abah org selangor..
Pastu meke dua dok berumah tangga kat selangor..
lau mak lak.. mak abah ( atok & nenek) mmg perak.. banjar alai)

huhuh nie nak citer keturunan ko..
citer pasal pulut pasong
alahai..

som layan pic nya..
cara2 membuat..
Tapi.. tgh malas..
pic pon tak edit...
layan kan ajo lah
n faham2 sendiri..
tak faham tanya kat YM yo..



1- Pulut dimasak dahulu mcm masak nasi.. Tapi air santan kena didihkan dulu
baru masukkan pulut.. den pelankan api.. masa santan dah kering
2- Daun pisang harus disalai dahulu ateh api.. bagi lombut
3- ambil sedikit pulut



4- Manpat2kan pulut.. dan gulung

5- Ikat Kiri dan kanan pulut yang telah dibalut. dan letakkan dalam periuk pengukus

6- Buat sehingga selesai
7- Kukus sehingga pulut manpat ( bila picit cam penuh ja lam daun tu)
warna daun akan bertukar warna coklat2 sikit
cam kat bawah nie. (-_-)

Hehehe.. dah siap..
dah ado pulut kena lah ado rendang sekali
baru lah terangkat kening makan
huahauhuaa...

AMARAN : Jika lapar jangan lihat entry ini begitu lama

Cik Mawar
Ketika Ku rindu padamu
terasa begitu berat hendak
menghembus nafas ku
ecehhhhhhhhh..
tak habis2.. hissss
(dah dah lah mawar oooiiiiiiii)

Erm.. dalam minggu nie.. balik kerja aku rajin wat kuih
Tapi tu lah tak leh ambik gambor
petang smlm aku wat
Kuih Shara bergula
erm.. lau kemera OK
aku dah letak lam nie
apo kan daya kan..
Ingat petang nie nak buat
Kuih Gula Melaka lak
hheehehe
bila fikir2 balik
alahai 2 hari dah tak makan nasi
yerlah balik kerja..
terus masak kuih..
dah penat2..
makan ja lah kuih.. dok selera dah nak sentuh nasi
tapi makan lontong 2 hari beturut2 nie
nasi impit.. ( nasi gak tu)
hauhauhauaa..
kemarin abah bawak dari masjid..smlm jiran bagi
alahai.. sedapppp..makan lak ngan sambal ikan blis
perghhhhhhhhh..

esok cuti.. ingat nak wat laksa
wat petang.. malam leh makan..
lau abang ngan kak ipor balik
rezeki diorg lah..
aku teringin nak buat ja
makan nya dok lah manyak pon
Tapi takpo.. tak habis
leh wat sarapan pagi sabtu
huahauhauhahauaa...


~HARI INI~
ermmmmmmmm
Pagi tadi Pegawai PERKESO mai
BOS kena bayar agi
RM2+++.00
sebab lambat bayar carumah aku
sblm nie dah kena saman
RM1+++.00
cam nak ngamuk gak bos tadi
tapi tak kan nak gamuk depan aku kan
erm..
dia just kata *#*%@* ja kat PERKESO ( bkn dekat pegawai tu)
just terluah kek mulut ja ha.. coz
masa pegawai tu dtg
just aku ja jumpa, bos tak da
tapi manyak tu kena bayar...
jgn gaji aku kena potong dah lah
ayukkkkk..
moral of story : nak jadi BOS.. kena tau segalanya n Tanggungjawab


Cik Mawar

Saatku rindu padamu
Ku seru namamu bertalu
Rimbunan rindu yang bertemu
Menjadi lembaran cintaku
Ku serah kepadamu

Bila ku sebut namamu
Damai di ruang hatiku ini
Ku seru namamu bertalu
Menjadi lembaran kasihku
Ku serah kepadamu

Engkaulah yang satu
Mustika kalbuku
Kasih dan rinduku oh
Hanyalah padamu
Engkaulah kasihku
Tiada duanya
Biar jadi hamparan
Kasihku padamu
Tanpamu siapalah aku




Cik Mawar

http://emo.huhiho.com
Ubi Ketuk...
pasti ramai jugak
remaja skrg yg tidak mengenali
apa itu ubi ketukk
Tapi buat pencinta makanan cam aku
huahauhua
tau ja ha...
n membuat nya sonang ajo..
tidak bikin ribut sudah siap
erk.. slang indon sudah
hahahahaa
Setelah lama kemera uzur ku
tidak beraksi..
akhirnya..
berjaya juga sampai siap
dapat ambik pic resepi nie
Meh Kita belajar
dikesempatan yang ada ini

http://emo.huhiho.comBahan-bahannya:-

1- 3 batang ubi kayu
2- 2 senduk kelapa parut
3- 4 sudu Gula
4- Tepung gandum
5- Minyak masak
6- Garam

http://emo.huhiho.comCara-cara Membuatnya:-

1- Ubi Yang siap dikupas kulitnya..direbus sehingga empuk.. masukkan garam sekali



2- Sediakan Kelapa Dan Gula


3- Ubi yang telah empuk ditumbuk / lenyek pon tak pa, setelah itu
gaul kan semua bahan..
kepalkan buat bulat2 tidak terlalu besar @ kecik

4- Tepung tadi dibancuh dengan garam n sedikit pewarna @ kunyit ( buat seperti nak goreng pisang @ cempedak) ingat minyak panas bagi rangut tepung

5- Ambil adunan ubi yg telah dikepal tadi.. celupkan ke dalam bancuhan tepung

6- Apabila minyak telah panas.. masukkan ..dan masak hingga garing


Resepi nie panggil
Ubi Ketuk
maybe org2 dulu ketuk ja kot..
aku nya nie
Ubi Tumbuk kot..
hehehe..
Ubi ketuk nie sedap makan masa panas2.
kena ngan kopi @ teh o panas
perghhhhhhh..
http://emo.huhiho.com

kalau dah sejuk..
nak makan.
perangat balik
ia akan rangup semula
lagi sedapppppppp
alahai..tetiba bau cam ubi grg lak
ish ish ish..

ok semua
selamat mencuba..
*entry lain lepas nie..tak tau muleh ambik gambar @ tak.. kemera tahap ICU dah :(
http://emo.huhiho.com



Cik Mawar

Indah sungguh hari ahad ini..
huhuhuh..
bangun tidoq..

solat
main ngan husna
main ngan luqman
sarapan

msg ngan encik
encik bangun tidoq ja capai tepon
msg haku

alahai...
indah nyaaaaa
hauhauhahuaaa..

Tapi indah
bertukar lain
erkkkkk
g kerja
Lupa pakai helmed..

camner leh lupa?
apa aku ingat?
kenapa jadi begini?
adakah HAL itu menggangu fikiran ku?
alahai
tak kot
aku ja yg lupa

Nyanyuk dah kot
ish ish,,

masuk tempat kerja
lewat 10 minit
erkkk!!!!

aku tak tgk jam ka kat rumah tadi?
hisssssssss
buka pintu
naik tangga

buka pintu
buka lampu..
buka kipas
on PC

on radio
on facebook
on YM
on Skype
erk...


Pi bawah lak.. beli sampul surat
alahai...

kerja aku ka ni?
uitttttt.. manyak nya
603 alamat yg harus ditampal
indah gila

manyak kerja nie
aku suka
hauhauhaua..
dah dah.. aku bezy


terlalu byk nak dibuat..
dimain
difikirkan
Tengah hari nak pi makan free
la la la la

* siap semua aku post pasal resepi Ubi Ketuk
tungguuuuuuuuuuuuuu.
( erk.. ado ko org nak tunggu2 entry aku)
muahahahahazz
takpo perasan sikit2..
~away~
wat kojer..




Cik Mawar



ANTARA produk buah plum dan prun yang diimport dari China yang terdapat di pasaran ketika ini. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Kerajaan semalam mengharamkan 16 jenama produk buah kering yang diimport dari China, Taiwan dan beberapa negara Asia kerana mengandungi logam plumbum melebihi paras yang dibenarkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, produk buah kering antaranya plum dan prun itu mengandungi paras plumbum yang agak tinggi iaitu antara 0.11 dan 30.3 bahagian sejuta (ppm) atau miligram (mg)/kilogram (kg).

Beliau berkata, paras plumbum yang ditetapkan di negara ini ialah dua bahagian sejuta ppm atau mg/kg di bawah Peraturan 38 Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan jika kandungan logam melebihi paras tersebut, tindakan undang-undang akan dikenakan.

"Mana-mana pihak yang terlibat, jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 13(1), Akta Makanan 1983 boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali," katanya selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Kementerian Kesihatan 2009 di sini.

Plumbum adalah bahan cemar dalam makanan yang boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan manusia dalam jangkamasa panjang akibat dari pengumpulan bahan cemar dalam
badan. Kesan yang mungkin berlaku adalah gangguan kepada sistem saraf dan perkembangan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak.


* Maklumat lanjut Boleh lihat disini
Cik Mawar
Adalah satu rahmat yang besar dan 1 peluang yang besar dalam setiap minit minit kehidupan kita.Dan setiap minit amatlah berharga bagi setiap muslim / muslimat.

1 Dalam 1 minit anda bole membaca 7 kali surah Al-fatihah
Dikisahkan, suatu ketika Rasulullah Saw melihat sebuah lembaran yang terbuat dari mutiara yang sangat langka, yang berada di bawah Singgasana Allah Swt. Beliau juga melihat lembaran lain yang terbuat dari zamrud. Di atas lembaran yang pertama terdapat Surah Al Fatihah, yang berisi 7 ayat. Sedangkan di atas lembaran yang kedua, Rasulullah Saw melihat seluruh isi Al Quran.Beliau lalu bertanya kepada Malaikat Jibril As, “Wahai Jibril, apa ganjaran bagi orang yang membaca Surah Pembuka itu?”. Jibril As menjawab, “Tujuh pintu neraka akan ditutup baginya dan tujuh pintu surga akan dibuka baginya”.
Bayangkan dengan 7 Kali Bacaan


2.
Dalam 1 minit anda bole membaca 20 kali surah Al-Ikhlas
Rasulullah Saw bertanya lagi, “Apa ganjaran bagi mereka yang membaca Surah Al Ikhlas?”. Jibril As menjawab “Para malaikat akan memberinya minuman dari 4 sungai yang amat nikmat, yang disebut dalam Al Quran: sungai air kristal murni, sungai susu, sungai anggur dan sungai madu”.

3. Boleh menyebut Kalimah “Laa ilaaha ill-Allah” (Tiada Tuhan melainkan Allah) Sebanyak 50 kali

4. Boleh memohon keampunan dari Allah S.W.T dgn menyebut Astaghfirulah Al-Adzim 100 Kali

5. Boleh menyebut Kalimah “Alhamdulillah ” (Bersyukur kepada Allah) sebanyak 60 kali

6. Boleh menyebut Subhan Allah, Wa’l-hamdu Lillah, Wa ha ilah ill-Allah, Wa Allahu sebanyal 18 kali

Cuba bayangkan dengan hanya satu minit apa yang dapat kita lakukan. Mungkin semasa memandu, mungkin sebelum tidur, atau semasa duduk menunggu rakan yang belum sampai.

Sesungguh Allah sentiasa memberi petunjuk dan Hidayah Nya walaupun dalam 1 minit kita mengingati Nya,




Cik Mawar


Setan 3 Zaman


Tersebut alkisah 10 tahun duluuuuuu
Kisah sekor chief setan yang merayau rayau melihat
para para setan setan gondol membuat kerja……..
sampai di satu tempat lalu bertanya la dia….

chief setan : ” Lo amacam kerjo kamu ?
setan jr :” Kena kerja kuat boss kat sini semua orang kuat agama,
semua orang kuat sembahyang. berpuasa boss”
chief setan : “Ok so aku mau kamu kerja lagi … mesti mau kerja keras”
setan jr :” Ok boss…

Lalu pulang la Chief setan itu ke Istana nya ……..
Selepas 5 tahun datang kembali Chief setan menjenguk anak buahnya membuat kerja…

chief setan : ” Joe amacam kerjo kamu ?
setan jr :” Ok boss kat sini semua ok so far so goood boss”
chief setan : “Ok so just keep it up”
setan jr :” Ok boss…

Lalu pulang la Chief setan itu ke Istana nya dengan gumbiraaaa……..
Sekarang datang lagi tahun melawat maka kembali lagi Chief setan menjenguk anak buahnya membuat kerja…
Lalu amat marah Chief setan melihat para para setan sedang syok tidoooo

chief setan : ” Hoi !!! ini kerja kamu ye menbuta aje…..
setan jr : ” errr tak boss kami … kami.. sebenarnya
chief setan : ” apa cakap sekarang “
setan jr : “Sebenarnya mereka lebih jahat dari kita orang boss
perangai dia orang pun mengalahkan setan dah boss. Sekarang tak payah goda mereka dah boss”

Maka pulang la Chief setan itu ke Istana nya dengan lagi gumbiraaaa……..
Misi Berjaya

Moral ” Lu orang ada otak lu pikir la sendiri “

Cik Mawar
fuhhhhhhhhhh
(aku menghembuskan nafas lega)
mmg bikin peluh, n mengkehendak penuh keredhaan sebentar tadi..
Dah lah time kehring..
nak gak topap
mintak lah tolong

kat pak cik Rimau
adolah lau nak topap

RM10
ish ish.
ngan penuh2 berhati2 aku
menjalan step by step..

dikelilingi keadaan sekeliling
dengan bunyi- bunyian
radio, mesin fotostad, org bercakap..

membuatkan aku hilang tumpuan..
melihat proses nya berjalan terlalu lambat
aku tanpa segan silu
serta tanpa rasa bersalah klik lah ikon refress kat atas link tu
dengan pantas proses berjalan
terus log out

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..
aku lom sempat ambik no topap..
haru biru ungu merah.. semua ada..
Tapi lam hati aku redha bukan rezeki ku

ish ish.. mana leh jadi nie
Aku log in semula..
aku klik semua yg boleh di klik..
akhirnya.. usaha ku tidak SIA-SIA

akhirnya
ada laporan @ reprints
segala data @ wang keluar masuk..
( ya lah aku mana nak tahu..pasal menda nie sebelum nie)
akhirnya ku lihat data 7 Oktober.. then prints semula

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..
akhirnya keluar no topap aku semula
dengan perasaan yg puas, lagi bersyukur
aku topap dengan senyuman manis..
huahuahuahaa...


Setiap yang berlaku ada hikmahnya
Hari nie aku tahu satu menda yg aku tak tahu selama nie
alhamdulillah YA ALLAH..

Meh nak ajar sapo tak tau...

* Klik untuk lihat lebih jelas

Step 1: Log in ( bg sapo yg dah ado akaun n daftar kat mesin ATM)
Step 2: Ambik Accounts & Banking
Step 3 : Klik Wadiah Saving Accounts - yg samo ngan aku lah-
Step 4 : Klik M2U History
* nnt akan keluar data2 yg telah kita buat melalui akaun nie,
so yg tak sempat prints tu..
leh prints semula
cam haku..

huhuu.. Semoga lepas nie semua beringat..
lau menda tu lambat proses SABOR..
hahahaha.
erk...
dah kol 6.04 Petang
nak balik..
Assalamualaikum ..
papai..




Cik Mawar

~Kehidupan~




~Persahabatan~


Cik Mawar

Huhuhuh Penangan Games
dalam Facebook nie
kadang2 menggugat kehidupan aku ja ha
hahahahaha
aku cam gian lak asyik nak main ja ha
Tapi sekarang terkawal sikit
lau mula2 Dulu cam Jakon
sangat..asyik nak ngadap games tu ja ha
lagi2 Farmville tu.. ish ish
sib baik lah kat umah tak dop tenet
syukur alhamdulillah
hauhauhaua...
Sampai bos tegur gak..
hui..menanam ja ha..
apa tak nya..
bos masuk.. ja nampak aku ain games..
aku main games ja bos masuk
camner tak kantoi..
hahahaha..
sib baik bos okek..
Tapi kedekut
aku nk Add Facebook dia tak bagi
hahahahahaa...
takut lah tu aku kaco..
la la la
Takpo.. biar aku ngan dunia aku
Bos ngan dunia dia..
hauhauhuahaa..
Lau korang ado facebook tau lah semua games nie
lau tak tau
maknanya korang tak dok facebook
aku nasihat kan ( jujur n Ikhlas nie)
jangan main games lam facebook.
lau leh jgn ado akaun pon
hahahaahha..


MafiaWars

Yoville

Happy Aquarium

Farmville

Barn Buddy

Sekian saja. untuk kali ini
Salam persabahatan buat semua
kenang daku walau pon sesaat
Daku hadir bukan untuk menambah duka
Aku hadir hanya ingin membawa bahgia..
Renung-renungkan ..
selamat Beramal..
( ^_^)

P/S: Lya..odah.. ko jangan jelous tgk games2 den tu ha.. huahuaauhuaa mok cik kayo :P

Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Cik Mawar FC