Cik Mawar

Suci

Alangkah indah kehidupan ini
Jika saling menyayangi
Kita hulurkan persahabatan
Dengan niat suci

Alangkah indah oh jiwa nurani
Jika saling menyayangi
Tuhan tidak memandang wajahmu
Tapi di hatimu

Bersihkanlah jiwa dengan amalan
Yang mendekatkan kita kepada yang Esa
Aku redha apa yang ditakdirkan-Nya


Cinta Suci yang telah engkau lafaskan

Jangan engkau persiakan

Aku mengharapkan kedamain hati

Bahgia bersama dengan Mu


Bersamalah kita berdoa
Semoga cinta kau dan aku
Bisa tembus ke pintu syurga
Berkat rahmat-Nya

Cinta yang berlandaskan Suci
Tidak pernah mungkiri janji
Sama-sama menanggung rindu
Dan jujur selalu
Hingga ke akhirnya
Suci dan setia



Cik Mawar

http://emo.huhiho.comMakan Achikkkkkkk nie gak kang.. nyibuk ja.. hahahahah tu kot perasaan Luqman hakim masa aku dok kaco dia tgh khusyuk belek buku.. Aduhai.. yang tak leh tahan pasal luqman nie.. kalau nampak ja perempuan2 cantik mula lah dia dok malu2.. kadang2 sampai aku kena lanyak sebab dah malu2 tu.. habis dia dok guling2 kat riba.. hahahahaa.. lagi2 lau tgk iklan model2 perempuan yg cantik2.. tu.. mula lah dia malu.. Gatai..ikut perangai sapo lah tu . hahahahahaa..

Masa aku kacau nie.. dia sibuk dok belek buku PENGANTIN aduhaiii.. biasalah model2 lam tu cantik2.. lagi2 ada model tu pegang kucing.. mmg dok asyik buku tu ja dia belek... dah baper kali khatam pon tak tahu.. cam nak pilih kan baju pengantin achik dia nie ja ha .. hahahahahaa
http://emo.huhiho.com

Aduhai.. tgk pic luqman nie.. rindu lak.. baru 3 hari tak jumpa.. ish ish ..parah achik nie.. kena fikir nak ada anak sendiri lak.. tettttttttttt.. ha ha ha ha http://emo.huhiho.com.. husna dah botak skrg.. hihhi.. makin kecik ja aku nampak.. lom sempat agi ambik pic husna.. nnt tunggu dia balik hujung minggu nie lah.. Tak pon cuti jumaat nie g jaga diorg.. hehehee..

Jom Membacahttp://emo.huhiho.com

*Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
Cik Mawar


video
Rakaman Majlis Cukur Jambul Ainul Husna


Majlis Cukur Jambuk Ainul Husna selamat disempurnakan pada 25 Julai 2009, Di rumah akak ipor.. Majlis tu hari sabtu.. tu aku kena kerja lah hari jumaat.. senang ja ha.. main ganti2 ja.. Lau nak cuti hari lain. hari jumaat kerja.. Mudah.. tak yah isi2 borang cuti.. nak mesti dapat.. kekekeke..

Malam sabtu tu aku dah tolong2 bungkus2 beg..boh telur kat bunga, buat bunga rampai.. tu sampai tak bawak tepon.. sampai jadi kes Cik Kuna dibawah.. aduhaii.. Balik pon dah kol 12 lebih.. dalam kol 1 baru tidoq.... Pagi dah siap wat kerja rumah.. kol 8 lebih g Umah kak ipor.. dekat ja ha.. Tapi dok sanggup lah jalan kaki... cam penat gak . he. G sana. tak byk kerja nak dibuat.. sebab dah ramai jiran2 tolong.. aku just jaga luqman n Husna ja ha.. dok ambik2 gambor ja..

Masa majlis tu.. aku dok ambik gambor sikit n Rakam.. first time dok merakam vedio nie.. kemera dok bawak kehulur kehilir.. selama nie tak pernah pon rakam apo2.. just ambik gambor ja.. hehee.. muleh lah jugak nengok rakaman nya.. dalam pukul 12 jugak lah semuanya selesai.. Petang mak nak rewang kat rumah jiran lak.. Aku dok rumah jalah.. tgk hindustand.. lamo tak cuti hari sabtu.. best gak.. habis citer.. g rumah Cik Kuna.. Sembang2.. dekat pukul 7 baru balik. huhuhuhuh lau perempuan sembang.. semua kuar.. la la la.. Sabor ja lah Cik kuna.. Kesabaran pasti akan peroleh kebahgiaan .. Insyallah..





Cik Mawar
40 Misscall ..erkkkkk.. http://emo.huhiho.com terkejut besar aku. Tak pernah lagi aku dpt misscal sebanyak nie selama 5 tahun guna tepon nie.. Terus aku tgk sapakah gerangan yg memisscall kan aku tu.. rupanya Cik kuna.. Dia Lupa no tiket bas dia.. aduhaiiiiiii.. aku terkejut baca msg dia.. http://emo.huhiho.com Bayangkan lah.. aku tgk tepon tu kol 12.30mlm ..padahal dia nak naik bas kol 9.00 mlm.. Masa tu aku dok kehulur2 kehilir.. tak tahu nak buat apa.. Serius.. Mmg tak tahu nak bayangkan masa tu.. Risau, sedih, takut, Aduhaii.. camner kawan aku tu..Dok Terbayang mcm2 dah nie..

Dalam 5 minit.. Baru aku tenang.. Tarik nafasssss.. Aku klik No tepon Cik Kuna. Lambat gak Cik Kuna nie angkat tepon..Marah kat aku ka ?
http://emo.huhiho.com

Akhirnya..

Cik Kuna : Hello..

Aku : Helo.. wei ko kat na? Aku g rumah kak ipor aku tadi.. nie baru balik.. Aku tolong2 sikit, kan esok nak wat kenduri Cukur jambul Husna.. Aku mmg tak bawak tepon..

Cik Kuna : hehehe..Oh ya ka? Jangan bimbang Aku dah nak dekat sampai dah nie.. nak dekat2 Palong dah

Aku : Aku terkejut gila.. sapo yg fanatik call aku.. gilaaaa.. banyak btl misscall

Cik Kuna : Aku pon tak pasan..aku call ja.. Kot2 ko tak dengar.eh baper misscall

Aku : Dalam 40.. gila lah.. Aduhai.. Eh Org tu bagi naik ya? Dia ada soh ko bayar lagi tambang tak?

Cik Kuna : Dia bagi.. Tak kena bayar..

Aku : Ko pon satu..naper tak YM aku ka.. call aku balik ka ptg tadi, sbb tgk ada misscall?

Cik Kuna : aku dah bawak kertas no tiket tu.. tapi tercicir kot..

Aku : Ok2.. Sorry ya..

Cik Kuna : ok2.. Takpo

Lebih kurang lah berbualan aku ngan Cik Kuna malam tu.. Baru lah LEGA.
http://emo.huhiho.com

Sblm tidur.. terfikir abang aku kata " Lau org mati ka hapa ka? nak bagi tau dah tak sempat tu"

P/S : Bawalah tepon walau dimana jua anda berada.

Buat cik Kuna : Lain Kali save no tiket lam tepon okek.. hehehe
Cik Mawar
Alhamdulillah kita masih dipanjang umur untuk merasai Bulan Sya'aban pada kali ini.. Sungguh banyak kelebihan yang kita boleh perolehi pada bulan yang mulia ini.. Jika sebelum ini..Bulan Rejab juga membawa pelbagai kelebihan jua keberkhatan bagi insan2 yang tidak pernah puas untuk mendapatkan pahala jua keberkhatan daripada ALLAH S.W.T. Kedatangan Bulan Sya'aban jua tidak putus2 ALLAH S.W.T ingin Memberikan Pahala, keampunan, keberkhatan , kegembiraan kepada insan2 yang tidak jemu untuk meminta , beribadat kepadaNYA. Semoga Kita semua tergolong dalam golongan2 insan2 yang beriman.. Amin~.. InsyALLAH.

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Sya'aban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Sya'aban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya'aban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hira-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Sya'aban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Sya'aban.

Sabda Nabi s.a.w.: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmini rohani).

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Sya'aban kerana padanya terdapat dapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan Sya'aban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Sya'aban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyangutukan (syirik) denganNya sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Sya'aban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tidak bertutur dengan saudaranya.

Apabila pada malam Nisfu Sya'aban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman yang bermaksud: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainNya sehingga keluar fajar subuh.

Tersebut dalam kitab Al-Barakah: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan dilaut berpuasa mereka pada hari Nisfu Sya'aban

Tersebut di dalam Kitab Iqna' : Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya'aban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah s.a.w. kali keduanya katanya: Ya Muhammad! gembirakanlah kamu bahawa Allah Ta'ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tidak mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.

Bahawa malam Nisfu Sya'aban adalah hariraya Malaikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya pada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.

Barang siapa membaca pada bualan Sya'aban, ayat dibawah ini. Allah hapuskan daripadanya dosa seribu tahun dan keluarkan dari kuburnya mukanya seperti bulan purnama yang bermaksud:

Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Sya'aban enam orang:
1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang durhaka dua ibubapanya.
3. Orang yang kekal dalam zina.
4. Orang yang banyak berkelahi.
5. Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta.
6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.

Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turunkan kelangit dunia lalu berfirman yang bermaksud: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta, maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang bertaubat maka aku Taubatkannya dan diampunkan bagi sekelian orang mukmin lelaki dan perempuan melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sabda Nabi s.a.w.: Hai Aisyah! adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab Aisyah: Ya, aku izinkan, lalu Nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam Nisfu Sya'aban itu, beliau telah diambil rohnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, Daku letakankan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka gembira aku kerana beliau masih bernafas lagi dan aku dengar beliau membaca di dalam sujutnya yang bermaksud::

AKU BERLINDUNG DENGAN KEMAAFAN ENGKAU DARI SIKSA ENGKAU DAN AKU BERLIDUNG DENGAN KEREDAAN ENGKAU DARIPADA KEHINAAN ENGKAU DAN AKU BERLINDUNG DENGAN ENGKAU DARIPADA KEJAHATAN YANG DATANG DARIPADA ENGKAU, AKU TIDAK TERHINGGA MEMUJI ENGAKU SEPERTIMANA ENGAKU MEMUJI DARI ENGKAU.

Nabi menyuruh Aisyah mengamalkan doa ini dalam sujut.

Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Sya'aban daripada umat Muhammad s.a.w. terlebih afdal daripadanya ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada Nabi `Isa a.s, lalu Nabi `Isa a.s. pun berdoa kepada Tuhan: Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w.

Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadat (berbuat amal kebajikan) iaitu malam Nisfu Sya'aban, malam Raya Fitrah yang pertama dan malam Arafah. Disembunyikan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan mereka daripada api neraka, supaya sapanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang akhir daripada Ramadhan umat Muhammad berlumba-lumba dalam ibadat dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat

AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN: 6 OGOS 2009 (KHAMIS)

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Sya'aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.

(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Memohon keampunan dua ibubapa,

Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)

Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA.

Membaca: (beberapa kali - pahala seperti ibadat seribu tahun).

Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.

Membaca Al-Qur'an.
Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.

Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.)
Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.)

Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringiFardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

P E R H A T I A N

BERALAMLAH MENURUT KEMAMPUAN MASING-MASING, JIKA TIDAK DAPAT MELAKSANAKANNYA JANGANLAH DITINGGALKAN SEMUANYA. LEBIHAN UMUR KITA YANG MASIH TINGGAL SEDIKIT LAGI, HAMPIR SAMPAI KE HUJUNGNYA. REBUTLAH AMALAN SEBANYAK-BANYAK YANG BOLEH, BERTAUBATLAH KEPADA ALLAH AKAN DOSA-DOSA YANG BANYAK DENGAN SEGALA KESUNGGUHAN UNTUK BEKAL KITA DI AKHIRAT YANG AKAN PERGI TIDAK AKAN KENBALI LAGI. SEMOGA DALAM KEREDHAAN ALLAH S.W.T !!!.

Dipetik drpd: [Alumni Hira]

Cik Mawar
SEBELUM Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

SEMASA Israk

( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.


ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;


iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.


2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

SEMAS Mikraj

( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah )

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


SELEPAS Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan "kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).



Cik Mawar

    Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.

    Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

    Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

    MORAL & IKTIBAR

    • Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
    • Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah
    • Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti
    • Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu
    • Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak
    • Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
    • Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda

    • Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.
Cik Mawar
http://emo.huhiho.com Mee Goreng Pulak yang akan di paparkan kali ini dari Dapur Cik mawar.. Seperti biasa semalam jumaat aku cuti.. Tapi ptg tu Masak bihun sup.. Masak lak ngan Kak ipor.. dia tlg potong2 bahan.. Abah yg teringin, Niat hati aku nak masak laksa.. takpolah.. minggu2 depan ja lah.. Pembuatan Bihun sup biasa ja.. Malu pulak nak ambik2 gambor depan kak ipor.. hehehe

Mee Goreng nie aku buat untuk sarapan pagi tadi.. bangun2..siap2 kan bahan.. dari kol 7 kerat2, basuh2, grg2..kol 8 Baru makan.. n siap2 g kojer

http://emo.huhiho.com Bahan-bahan
1- Mee Kuning
2- Cili Kering dikisar bersama bawang merah n Putih
3- Bawang Untuk menumis
4- Ayam yang telah digoreng / tak nak grg pon takpa tumis ja ngan sambal
5- Sayur Sawi
6- Fish Ball & Fish Kek
7- Tomato Dihiris
8- Tauhu Digoreng
9- Bawang Goreng
10- Daun Sup

http://emo.huhiho.com Cara-caranya

1- Ambil Cili Kering yang telah dimesin berserta Bawang
2- Setelah Minyak Panas masukkan Bawang
3- Apabila sudah agak garing masukkan cili mesin, sos serta Kicap tumis hingga pecah minyak, garam jua perasa jika suka.
4- Masukkan bahan yg Tauhu, ayam, fishball N fishKek.
5- Masukkan Mee serta Sayur, Kacau bagi sekata, bila sudah masak..Baru masukkan Hirisan Tomato agar ia tidak terlalu Masak.
6- Sedia dihidang, taburkan Bawang grg Jua Daun sup

Proses Terakhir seperti semua sedia maklum.. Masa untuk MAKAN
Selamat Mencuba... jommmmm Makanhttp://emo.huhiho.com

Cik Mawar
http://emo.huhiho.com Sepetang Dirumah Cik Mawar.. hehehee.. Jadi org FELDA nie untung bangat.. dapat tapak rumah.. ladang, dah tentu ado harta sendiri dah.. Tapi tu harta mak abah lah.. haku nie.. harta pon tak dok agi.. So lau nak culik ka.. abaikan niat anda ya.. kekekekee.. Semalam Balik kerja.. Ambik kemera Poei belakang rumah snap Pic2 nie.. Kebetulan Kawan nak tgk kwsn umah..camnor.. then dah alang2.. leh letak lam blog.

(klik Pic untuk Gambar yg Lebih Jelas )
http://emo.huhiho.com Ni mmg Real pic belakang rumah... manyak pokok.. sebab tanah rata..elok lah.. tapi ikut nasib gak ado org tu dapat dekat2 paya.. rumah berbukit.. rumah aku alhamdulillah tanah rata. dari depan sampai belakang, Tp belakang tu adolah turun bukit nak poie jalan bawah.. ado kedai makan n bengkel motor kat belakang.. Aku pon tak pernah makan kat kedai tu.. huhuhu.. kedai kopi..biasalah ramai pak cik2 ja.. Nie pon dah banyak pokok kena tebang.. lau tak lagi penuh pokok2 kek belakang tu..

http://emo.huhiho.com Nie pulak Tepi rumah sebelah Kanan lau dok dari depan, n sebelah kiri lau dok dari belakang.. kekeke.. Kat tepi rumah penuh gak ngan pokok.. gunakan tanah sebaik mungkin.. nnt tak da lah semua nak kena beli.. ado kolam ikan keli agi tu.. nak makan keli bakar sauk ja... Tapi sauk..pastu kena bakar lah.. tak kan sauk terus kuar keli dibakar kan ? muahahahahaazzz http://emo.huhiho.com
http://emo.huhiho.com Last sekali.. Tepi rumah sebelah sana pulak.. Tadi dah sebelah kiri.. skrg Pikir lah sendiri.. kekkeke.. Tepi nie lak.. ado jalan kecik.. untuk motor n penjalan kaki ja lah.. mudah leh datang dari depan @ belakang. kat sini mak tanam pokok terung, serai, halia, lam tempat ado sarung biru tu.. Tanam Jagung.. huahauaa.. dah banyak kali merasa jagung mak abah tanam.. Ha depan Rumah tu Pokok Rambutan.. Aku rasa tu ja lah satu yang tinggai.. Yang lain..Abah dah tamatkan riwayat mereka.. kekekee.. Alasan Abah.. manyak2 bukan makan..aduhai.. Lagipon mana yg dekat rumah abah tebang coz.. nnt akar nya boleh pecahkan dinding rumah ooooooooo.. Tu kata abah lah.. TAPI yg depan tu aku bangkak habis2 habisan.. TAK LEH TEBANG.. nnt nak makan rambutan mana lak http://emo.huhiho.com Tapi tak tau lah panjang ko idak hayat pokok tu.. hehehe..

Dah dah...Penat huhu ..lau Bebel.. cepat ja.. http://emo.huhiho.com

* Teringat Entry Blog Lya Pasal kwasan umah dia tu..label2 kan sekali pokok2 tu.. Takut ado yg tak kenai.. hehehee



Cik Mawar

Ikam Pekasam VS Telur nie maksudnya goreng ikan pekasam ngan telur lah.. hehehe.. aku tau resepi nie pon belajar dari mak.. mak tahu dari jiran sebelah umah.. Mak cik tu org kedah.. mula2 aku pelik gak..menda apalah nie.. cam hancur2.. sekali makan.. perghhhhhhh sedapnya.. huahuaa.. rasanya nya masam, masin lah sikit2.. n manis.. bila rasa bawang tu.. huhuhu.. aduhai.. lapor lak..

http://emo.huhiho.comBahan-bahan :-

2 ekor Ikan Pekasam (tak kisah apa jenis pon)
1 biji Telur
1 biji Cili besar ( hijau)
1 biji Cili Besar Merah
1 biji Bawang Besar ( saiz sederhana)
1 sudu Minyak masak

http://emo.huhiho.com Cara membuatnya :-

1. Grg ikan pekasam hingga garing
2. Ambil isi ikan pekasan sahaja, kemudian tumbuk isi ikan dalam lesung batu
3. Hiriskan bahan yg ada n gaul kan sekali bersama telur
4. Kemudian masukkan sekali isi ikan pekasam. Kacau hingga sebati
5. Setelah kuali panas, masukkan minyak.
6. Masukkan telur yg tlh digaul bersama bahan dan kacau seperti menggoreng Kelapa nak buat Kerisik
7. Setelah agak garing @ kering blh angkat , Sedia untk dihidang

P/S : Tidak perlukan garam kerna masin ikan pekasam sudah mencukupi.

Selamat Mencubahttp://emo.huhiho.com
Cik Mawar
Penurunan Berat Badan secara mendadak.. tak ku sangka.. patut lah sejak akhir2 nie rasa pakai seluar sleck rasa macam longgar.. kain baju kurung pon cam tu.. http://emo.huhiho.com Tapi tak nampak sangat lah kurus tang mana2.. huahauhaua..

Pagi tadi masuk kerja g timbang berat kat pejabat kawan sebelah.. last2.. mmg terkejut http://emo.huhiho.com berat aku turun 4 KG ...... wahhhhhhh tak sangka lak byk jugak tu.. Last berat Aku naik 2KG tu pon lepas raya puasa tahun lepas.. Lepas tu mentian ja.. Timbang gak tapi sama ja..

Ermmm.. maybe sejak kebelakangan nie mcm2 masalah timbul http://emo.huhiho.com kot.. masalah cari sendiri ..kekekee.. Sampai kan aku tak da selera nak makan.. nak kata aku diet.. tak da lah.. aku makan cam biasa ja.. lau kena selera 3 kali sehari makan nasi.. ha.. Maybe sebab tekanan @ kemurungan http://emo.huhiho.com kot.. berat badan kita boleh turun secara mendadak.. Tak palah.. aku buat semua tu sebagai pengalaman di masa hadapan.. masih banyak lagi yang akan ditempuh..http://emo.huhiho.com Kalau dipanjangkan umur nie.. Insyallah.

Tapi turun 4 KG dok nampak pong kurus nya.. biasa2 ja.. heeheh mentian cam biasa.. Sekarang berat 46 KG http://emo.huhiho.com


Cik Mawar
Manik Dibaju Cik Kuna telah difream seperti diatas.. huhuhu.. Mula2 jahit main2 ja baju Cik kuna nie.. sebab dia kata nak balik 17 July depan.. last2 dia YM..

Cik Kuna :"leh tlg belikan tiket"

Cik Mawar :" ha..bila?"

Cik Kuna :"jumaat nie, 10 july balik 12 July"

CIk Mawar :"erk??? :O "

Cik Kuna :"naper? "

Cik Mawar :" hehehehe..tak da apa2, nnt aku belikan tiket yo"


Huhuhuh haru cam nie.. kena siapkan nie.. Tulah nie lah suka wat kerja last minit ha.. wat dengan penuh kesungguhan.. sokojob ja pong dah siap.. hahaha.. Tu lah minggu lepas macam2 jadi..nak menjahit pon tak da mood.. ( Alasan yg manusia gemar buat) Apa pun..semuanya selamat siap.. n Cik kuna pon dah ambik baju.. hehehee.. Adop agi satu baju dia hantar.. aduhai Cik Kuna.. design kali nie.. mmg kena buat hari2 lah kot.. sampai siap.. Tapi tempoh sebelom sampai sebelom raya lah ya Cik kuna.. Den usaha sebaik mungkin.. ngeh ngeh.. (Design nie.. cik kuna pilih sendiri ..aduhai..mencabar dan rasa tercabar) siap pesan : "untuk baju aku ja design nie" ye ye ye.. heheheehehe..


Cik Mawar

Sambal Goreng Jawa..salah satu makanan kegemaran aku.. walaupon aku orang banjar.. hehehee.. belajar buat nie ngan akak Ipor.. dulu masa raya sebelom abang kawen ngan kak ipor.. pagi raya tunggu ja..mesti kak ipar akan hantar juadah raya.. menu nie mesti ada.. hehehe.. boleh kata seisi keluarga aku suka makan sambal nie.. Sedappppppppppp ooooooooo.. hehehee

Seperti biasa cuti hari Jumaat..aku akan fikir.."nak makan apa ya hari nie"??.. tetiba tekak teringin lak makan tempe, ha apo lagi , teringat Sambal grg Jawa nie.. cepat2 mandi2.. siap2 nak g kedai beli bahan2 nya.. singgah rumah kak ipar dulu..tgk budak2.. n kot2 kak ipor nak pesan beli apa2 ka.. sampai sana luqman ngan Husna tidoq.. dok sembang2 jab.. luqman tejaga.. apo lagi nak ikut lah achik g kedai.. Hari nie nak masak sambal grg jawa nie ngan ikan cencaru bakar sumbat sambal kelapa.. huhhhuu.. balik2 terus siap2...masak..

Bahan-bahan

(Digoreng)
Tempe
Tahu
kentang
Pucuk

bawang, ikan bilis, cili kering racik2 ( bahan untuk menumis)
santan pekat
suhon ( rendam)
garam
air asam
sedikit belacan
kicap

cara membuatnya:
1 - Tumis bawang, ikan bilis, cili kering sampai sedikit garing
2- Masukkan semua bahan2 yang digoreng
3- Masukkan air asam, belacan, garam, kicap -kacau sebati
4- Masukkan santan pekat
5- Setelah sedikit kering @ santan meresap baru masukkan suhon

Banyak cara org buat sambal grg Jawa nie.. ada yang tak grg pucuk, ada yang masukkan hati.. boleh kata setiap org lain2 lah.. tapi bahan2 nya sama ja.. ada jugak yang tak masukkan santan.. just tumis biasa.. apa pun ikut cita rasa tersendiri..

Cik Mawar

Kenapa cinta susah datang?
Walau mata sudah bertentang,
Walau hati sudah bergoncang,
Walau Sayang sudah terbentang,

Kenapa cinta susah datang?
Bila kekusutan selalu dikongsi,
Bila sayang sama berbahagi,
Bila melodi bertukar ganti,

Kenapa cinta susah datang?
Walau hati menggigil menahan rindu
Walau wajahmu tak terpadam dihatiku
Walau hatiku seakan-akan milikmu

Kenapa cinta susah datang?
Bila hati mula tak keruan,
Bila pertanyaan jadi soalan,
Bila jawapan jadi pertaruhan,

Kenapa cinta susah datang?
Walau ia ujian kesabaran
Walau jodoh bukan ketentuan
Walau ini kehendak tuhan

Kenapa cinta susah datang??
Sebab cinta tiada paksaan
Sebab sayang hanya persahabatan
Sebab takdir yang layak menentukan

Ridzuan Richie,
Dr.Cinta,
www.PanduanCinta.com

Cik Mawar


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari
4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).


Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
Cik Mawar

Luqman Hakim Dan sesuatu..tgk apa lah kali nie luqman kena ngan achik.. kekeeke.. cuti jumaat lepas geram tgk luqman nie..tak reti dok diam.. achik pon apa agi.. lepas sessi ambik gambor ngan husna.. tgk abang dok main2 ja helmed nie.. idea nakal dah mai.. dok pakai kan dia helmed tu.. jerit2 dia lari.. kekeke.. ayah dia dok kejar rakam gelagat dia kat fhon.. hehehee.. haku apo agi.. macam2 cara dok panggil dia nak ambik gambor.. smpai gelak2 aku bila ingat cartton Baby Soldier kat tempat chat.. kekekeeke

Luqman skrg dah banyak perkataan yg dia boleh sebut.. kadang2 entah apa2 yg dia bebelkan.. kalau ditanya tu pandai dah menyahut.. makan pon dah sendiri.. Lepas nie ambik pic aksi dia makan lak.. heheeheh ..yang dia tahu petang2 kena bawa dia g tgk bus, loyi (lori), tar (car) kekekeee..tu yang jadi rutin harian tu.. lau nampak aku balik kerja.. cepat2 tunggu depan pintu dah... nak tak nak.. kena bawak dia pusing2 dulu.. skrg makin manja.. lau majuk ngan achik nenek pujuk..lau nenek marah.. atok pujuk.. heheehee..

Tapi luqman nie mmg abang yang baik.. tak da macam budak2 lain nak pukul2 adik dia.. setiap kali g mana2..balik ja..mesti carik adik dulu nak cium.. penat2 main..g kat adik..cium agi adik.. sebut adik pon dah pandai.. lau tak sebelum nie dok panggil baby ja .. hehehe..

Tgk gelagat cartoon nie mesti ingat luqman.. kekeeke http://emo.huhiho.com http://emo.huhiho.com

Cik Mawar
Wadai kiping nie sebutan bagi org banjar untuk kuih nie.. Cuti minggu lepas dok umah.. teringin lak nak makan bubur nie... bubur nie lebih populer ngan panggilan Puteri Mandi lau aku tak silap.. buat kuih nie senang n cepat sangat.. kebetulan durian kat belakang umah tu dah mula gugur, jiran2 pon ado bagi sebijik dua.. boh lah durian lam nie.. n lagi satu lau ada sagu kecik2 tu pon sedap.. Apa jua kuih yang menggunakan Tepung Pulut aku mmg suka.. cam kuih koci, kuih melaka n seangkatan ngan nya lah.. tepung pulut nie bau dia wangi.. selera ja nak dimakan.

Bahan:

Tepung pulut
Air pandan (lebih sedap)
sedikir garam
sedikit air kapur
santan
Gula
Gula merah
Daun pandan

Lau nak masak bubur nie.. kena didihkan santan nya.. Baru masukkan adunan yg dah digentel2 kecil2 tu..klu masuk kan awal.. nnt tepung tu melekat antara satu sama lain... bila tepung tu masak ia akan timbul sendiri... masa masak..api kena lah kawal takut santan pecah lak.. nnt cair bubur tak sedap.

Adesss.. dok citer2 nie.. terbau cam durian ja.. kpla pening2 agi nie.. malam tadi makan durian sebijik.. tah baper ulas.. dok makan sesorang.. last2 pala nino2 ja nie.. aduhaii. dah makin nambah usia nie.. makan pon tak macam dulu.. lau dulu makan sekali 3 biji selamber ja.. kekekeke..

Cik Mawar

Bling bling tepon haku tu ha.. entah mimpi apo akak haku tu tetiba ja balik minggu lepas dia bagi menda alah nie.. hehehe.. maybe dia fkr nnt haku mintak bila tgk tepon dia ado namo bling2 nie.. so beli lah siap2.. hehee -ANIE- heheheee.. sblm nie ado beli gak manik2 letak kat tepon NOKIA 7270 haku nie.. tapi dah ado yg nie.. lagi santikk.. Tepon nie aku pakai adolah setahun lebih.. tu pon akak jugak bagi.. ado kemera n GPRS so leh ambik gambor n MMS ja.. Tapi tak dop memory kad so.. apo2 ambik ..leh kuar kan guna MMS ja.. infrared nya pon dah monopos huahuahhaa.. tepon lamo.. tu pon bateri dah kong.. nak beli.. aduhai.. lopeh2 rayo lah..tak dop bajet.. janji leh guno agi.. OK lah tu

Nie tepon lipat kedua aku pakai .. sebelom nie pakai NOKIA 2650.. tu pon abang ngah bagi.. huuuhu.. masa belajar kat bangi pakai tepon tu.. last2 rosak..tak hingat pasal apo.. antara tepon yg aku penah pakai NOKIA 2650,7270,3310,2300.. hanya NORKIAH yg bertakhta dihati wat masa nie.. huhuhu.. lom adop rezeki nak pakai tepon jenama lain..

Selama guno tepon nie pon.. 3 no yg aku pernah guna 019-99, 017-24, yg lagi satu tak hingat.. kekek masa tu kunun2 nak tukar no maxis..alih2 tak best.. no skrg jugak yg tersemat dihati.. lau pasal beli tepon dah 2 kali aku beli .satu untuk aku n satu untuk hadiah besday akak..masa tu duit manyak..kerja Kilang DENSO kat bangi.. kerja..kerja..kerja..OT..OT ja.. rezeki lebih..belikan akak hadiah tepon.. tu hadiah paling mahai lah pernah aku beli..kalau hadiah besday mak , abah... biasanya kongsi2.. tak rasa sangat..

Nak pakai tepon baru tunggu hantaran kawen kot.. kekekeek.. (lau dapat alhamdulillah..amin)

Cik Mawar
Seorang WANITA umpama,
Sekuntum bunga ditaman,
Segar mewangi dipelosok dunia,
Setulus kasih sesuci embun.
Lembut WANITA kerana tutur katanya,
Patuh WANITA kerana setianya,
Cekal WANITA kerana beraninya,
Sabar WANITA kerana imannya.
Kasih WANITA kerana belaiannya,
Lemah WANITA kerana air matanya,
Ikhlas WANITA kerana simpatinya,
Dendam WANITA kerana cemburunya,
Sayang WANITA kerana sifat keibuannya,
dan...
Tanpa WANITA lelaki lemah
Kerana WANITA lelaki kalah..
Cik Mawar
Hari nie sibuk...tak dop masa nak bebel.. kena siapkan jahit manik baju Cik Kuna.. dia nak balik sini nnt, lau tak siap.. dia namo balik pahang terus lak.. huhuu.. sapo salah.. Haku jugak ..






p/s : Cik Kuna.. sedia2.. bersedia.. la la la la.. Aku sedia dah nie :P

Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Cik Mawar FC