Cik Mawar


Alhamdulillah
sedar tak sedar
dah sampai pertengahan ramadhan
sudah sampai malam ke 10 akhir ramadhan
masa yang lebih untuk meningkatkan amalan
tetapi banyak dugaan
makin banyak kesibukan
nak mendapat sesuatu yang baik bukan senang
hanya insan2 yang bersungguh2 akan memperolehi
apa yang dikerjakan

dah masuk minggu ke3 puasa nie
encik pon diam ja
msg pon lepas sahur ja
sebab aku teman dia namo bagi tidoq
wat solat subuh dulu baru smbg tidoq
lau idak mesti terbabas
aku bahagia..dapat kejut dia tiap hari
tu ja yang aku termampu lakukan
dah bukan rezeki kami untuk bersama berpuasa lagi
insya'Allah andai ada rezeki mungkin puasa sekali lagi

Seperti biasa.. bila encik dah jrg msg
aku pon jadi MALAS nak cara
aku diam sama..
walaupun dia bukan cam lelaki lain
tapi semakin hari aku tgk
dia dah memahami perangai aku
ya lah dlm hati aku tertanya lah
knpa dia namo msg dah..
selalunya sblm tidoq msg gak kan?
nak tanya kat dia ..mmg tak gemar lah nk tanya banyak2
tapi mungkin dia merasa gelodak rasa nie
malam tadi msg cam biasa
aku tak tanya pon
tetiba dia bg msg

"beberapa hari nie badan letih ja"

so dah terjawab lah kan?
dia tidoq awal.. byk kerja katanya
lagipon poser..

aku faham lah..kerja dia
bukan cam kerja aku duduk mengadap PC dari pagi sampai ptg
tu pn sahur dia kdg2 mkn roti ja
tak lalu katanya.. sedih aku
apapun
semoga beliau sihat2 sahaja hendaknya
dan hubungan kami berakhir dengan kebahagiaan..
"amin "


Cik Mawar


“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).”

Surah Al-A’raaf : Ayat 26


Ada dua golongan dari ahli neraka yang dilihat keduanya itu:
(l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);
(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.
” Hadith Riwayat Muslim




Bila gk gambar diatas..mesti tidak suka kan???
bayangkan keadaan kita di akhirat.. dibakar rentung kerana tidak menutup aurat
jika didunia masing2 berbangga dengan kecantikan yang ada
apakah nasib kita di akhirat sana..
ALLAH SWT tak kan mewajibkan sesuatu yang hambaNYA
sukar untuk melakukan nya..
dalam melaksanakan yang wajib tidak perlu alasan
"saya perlu ikhlas"
Wajib TETAP wajib..
Buat dapat pahala.. buat tapi tak ikhlas tetap dapat pahala
Hati Kena kuat.. Syaitan tak pernah lelah untuk memesongkan kita
Namun Kita Sering tunduk pada bisikan mereka
Dan Desakan NAFSU Sendiri..

"YA ALLAH jadikan insan2 yang Solehah, Anak Yang Solehah jua Isteri n Ibu yang solehah, tetapkan Hati Kami teguh dalam AgamaMU YA ALLAH..Amin "


"Kesenangan , Kecantikan Adalah Dugaan Paling besar dlm kehidupan."
Cik Mawar


Tahukah kamu wahai suami dan bakal suami?? Suami Isteri ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali.

Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.

TAPI.tahukah kamu apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang

kau berikan untuknya

KALA kamu tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kamu buka wallet ada duit pulak di dalamnya,

tahukah kamu yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek ± Ada duitkah suamiku? ±

TAPI Bila kamu ada duit, wah! wah! kamu siap boleh tanya lagi isterimu. "kau Ada duit ke?"

sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?

Tahukah kamu wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama

yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya,

diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan

TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran...

Tahukah kamu wahai suami, kalau kamu balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi

atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, isterimu yang dirumah tu tak lena tidur,

selagi kamu tak balik selagi tulah mata tak leh pejam

TAPI yang kamu tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat isteri,

dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje

Tahu tak kamu wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas

di fikirannya ialah 'Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?'

Tapi kamu bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi..

Tahu tak kamu wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia

setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..

bukan dengan harapan dapat apa-apa), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping,

picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya,

bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja..

INI YANG BEST NI

Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!!

tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia,

tak yah guna spy dia orang musti tahu punya.

Hargailah isteri dan bakal isteri korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain

.Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..

JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!

Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya.

Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA.

Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji,

perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh.

Kalau kita sbg lelaki tak soleh, jgn harap dapat bini yg solehah.

Syukur apa yg telah dikurniakan.

Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik???

Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri;

Ada can ker bini itu TURUN dari langit..

Kita tak suka perigi mencari timba. Perempuan jenis apakah itu???

Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelak,

bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.

Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. Tanpa usaha , rezeki itu memang tidak ada.

Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian¡.


FIKIR-FIKIRKANLAH.

Cik Mawar
Sungguh Cepat masa berlalu
kini sudah 11 ramadhan..
semakin hampir Syawal

Makin Ramai Yang mengumpul pahala
tak tertinggal lupa yang sibuk mengumpul
harta dunia..itulah kehidupan skrg
kadang2 aku juga tergolong dalam golongan itu
"sering Terlalai"
dalam meniti hari2 mendatang

Semalam Cuti..ingat dapat lah bangun lambat
lepas solat subuh
rupanya.. banyak hal yang harus dilakukan
g tengok anak kawan baru bersalin..
nie baby diorg.. comey..
semakin kuat naluri keibuan
untuk memiliki cahaya mata sendiri..
he he he

Lepas tu G bank, g cuci2 mata kat kedai pakaian
huk huk.. g kedai beli majalah wanita
beli barang2 dapur.. last
tengok anak jiran sebelah..
balik ja dah kol 12 lebih
tetiba rasa nyaman lak membaringkan diri
hambik tidoq sampai kol 2 petang.
huk huk huk

Lepas dah siap mandi
n tunaikan apa yang patut
bersilat kat dapur lak
menu:
Pecal,
Sambal grg Tempe, kacang tanah,ikan bilis,tahu,
Ayam Goreng
Kuih Masalodeh
Pastu kak ipor dtg
bawak kuih pelita, ngan sayur nangka
jiran bagi laksa N kuih apom..
alhamdulillah murah rezeki bulan2 ramadhan nie

Jika Semua tempahan Membuat baju raya telah ditutup
aku still rilek ja. coz jahit sendiri (kdg2 mak jahitkan )
hahahahaha...
kali nie aku BARU beli 2 pasang ja..
tak tau lah kot2 ada bajet Jual kuih raya
leh lah TAMBAH agi.. hik hik

Jeng Jeng... Baju raya Cik Mawar.. hik hik

hek Hek.. baju biru tu corak English Rose ( wat baju kurung)

Yang Pink Corak Batik( Kurung Pahang)

Tudung tu beli smlm lepas g bank.. RM20 ja..selesa :D

Cik Mawar

Hari nie genap lah
8 Bulan aku bergelar tunang kepada
En.Khairul Nizan Bin Zakaria
bersamaan 8 Ramadhan
18 haribulan 8
he he he
aku suka angka2 itu

Walaupon hbgn kami tak mcm
pasangan Skrg..tapi aku bahagia
n aku bersyukur..ada insan
yang sudi menyayangi ku
dan ingin mengambil ku sebagai pemaisuri hatinya
Bila diceritakan kisah kami
pasti org kata.."dia" mcm tak syg aku
tapi udah begitu sifatnya..
dan aku terimanya seadanya
selagi dia tidak menyakiti hati n perasaan ku


sejak bertunang kami langsung tdk pernah berjumpa
bkn aku tdk suruh dia kesini
tapi tiada masa.
n aku tahu dia sungguh lah pemalu klu nak dtg sini sorang2
hikhikhik.. kalau telefon boleh bilang dengan jari
tapi sekali dia call..ada lah dekat 1 jam
dia kata tak baik call selalu.. rosak otak
hahahahaaha.. mula2 aku dengar alasan dia mmg gelak
tapi bila fikir2 .. ada baiknya.. lagipon
kami bukan lagi pasangan yang HALAL
cuma msg boleh cakap Hari2 lah
satu perubahan selepas kami bertunang

walaupon dia tidak seromentik lelaki yang lain
Tapi aku dapat merasakan kasih sayangnya pada aku
hanya dia dihatiku..
yang ku bayangkan menjadi Suami ku
suatu hari nnt
insya'Allah..

* Semoga Hubungan Kami berakhir dengan kebahagian..amin
* Tarikh kawen lom ditetpkan lagi...hik hik menanti dengan penuh kesabaran :)
Cik Mawar


Sahabat Hikmah....

Ada seorang wanita sukses dan sholehah bernama Salma.

Dia mempunyai keluarga yang sangat berbahagia dengan suami dan 4 orang anaknya.

Dia cantik berhiaskan jilbabnya, rajin beribadah dan berakhlak mulia.

Dia juga seorang pengusaha garmenn yg berhasil.

Dari keberhasilannya dia sudah membangun mesjid.

Dan panti asuhan dengan 150 anak yatim.

Dia tidak pernah terlihat sedih, bahkan ketika anak bungsunya meninggal.

Ada seorang temannya bernama Zahrah yg selalu memperhatikannya dan bertanya kepadanya :

"Jeng, saya sangat kagum pada Kamu."

"Kamu itu sangat rajin ibadah, dari sholat wajib, baca Quran, puasa sunnah, sholat malam, sholat dhuha, selalu tersenyum ramah dan baik kepada setiap orang."

"Kamu juga mempunyai keluarga yang berbahagia, sabar memberi pelayanan kepada suami dan membimbing serta menyayangi anak-anakmu."

"Kamu juga seorang pengusaha yang sukses, bisa membangun mesjid dan mempunyai panti asuhan dengan biaya dari usahamu."

"Jeng....saya ingin seperti kamu, memakai jilbab, rajin ibadah, berakhlak mulia, punya keluarga yang sangat bahagia, dan sukses dalam usaha...."

"Bahkan waktu perusahaanmu dibobol maling dan anak bungsu kesayangan kamu meninggal...saya lihat kamu sangat tenang sekali."

"Kalau boleh tahu apa KUNCI dari semua itu Jeng?

Salma tersenyum mendengar penuturan dan pertanyaan Zahrah, kemudian menjawab :

"Zahrah sahabatku..... sebenarnya setiap manusia yang memahami dan mengakui ALLAH sebagai Tuhan harusnya bisa seperti itu..."

"Hanya kebanyakan manusia tidak memahami dan mengakui ALLAH sebagai Tuhan."

"Maksudnya Jeng?"

"Mereka tahu Allah adalah Tuhan Sang PENCIPTA, tapi kadang tidak memahami bahwa karena SEMUANYA adalah CIPTAAN Allah dan atas KUASANYA berarti SEMUANYA adalah MILIK Allah dan mereka tidak mengakuinya."

"Saya memakai jilbab...karena rambut saya BUKAN MILIK SAYA SENDIRI, tetapi MILIK Allah...dan Allah memerintahkan untuk menutupnya di depan orang yang bukan mahram."

"Saya sholat, puasa, haji, berusaha berbuat baik kepada semua orang...karena DIRI SAYA BUKAN MILIK DIRI SAYA SENDIRI...Sehingga saya bebas semau saya...tapi DIRI SAYA MILIK ALLAH...saya harus mengikuti semua aturan-aturan-Nya."

"Saya bersabar melayani suami saya dan mendidik dan menyayangi anak-anak saya walaupun saya sibuk dengan usaha saya...karena suami dan anak saya BUKAN MILIK SAYA...tetapi MILIK Allah yg diamanahkan kepada saya."

"Saya mempunyai usaha yang berhasil...bukan karena saya hebat...tetapi karena Allah telah membukakan pintu rizki untuk saya dan untuk karyawan-karyawan saya... dan itupun semuanya MILIK Allah..saya hanya diberi amanah saja."

"Dan saya mempunyai anak bungsu yang sangat saya sayangi...itupun MILIK Allah...saya tidak berhak menahannya waktu diambil oleh-Nya...karena itu BUKAN MILIK SAYA....dan Allah masih memberikan 3 anak yang lain serta PINJAMAN-PINJAMAN-NYA YANG LAIN....YANG SANGAT BANYAK..."

Zahrah termenung.....dan tak berasa butiran-butiran air matanya jatuh dan menangis sambil memeluk Salma.....

" Selama ini saya tahu Allah sebagai Tuhanku...tetapi saya tidak paham bahwa SEMUANYA ADALAH MILIKNYA......Kita tidak mempunyai apapun di dunia ini....dan saya sering TIDAK MENGAKUI bahwa Allah adalah PEMILIK SEGALANYA."

" Benar Zahrah .......dan kita berkewajiban mensyukuri semua nikmat PINJAMAN dari ALLAH. Allah berfirman dalam QS Ibrahim ayat 7 :

Dan (ingatlah), tatkala Tuhanmu memaklumkan : "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."

Innaa Lillaahi wa Innaa Ilaihi Raaji'un

"Sesungguhnya kita adalah milik Allah.....dan kita semuanya akan kembali kepadanya."



Cik Mawar


Alhamdulillah
dapat daku sekali lagi menunaikan ibadah Puasa
dibumi ALLAH SWT ini
semoga Ramadhan kali ini
lebih mendatangkan keberkhatan buat
diriku n semua..
amin

Cepat Sungguh masa berlalu
sampai tak sedar..
bila difikir masa begitu lambat
bila sudah sampai masanya..
seperti tidak percaya

Ku ingat puasa kali ini
dapat bersama2 dengan encik tunang
untuk menunaikan ibadah puasa
tapi mungkin belom sampai masanya
mungkin puasa lagi sekali
insya'Allah..

Seperti Tahun2 lepas
jadual kerja pon bertukar
5.30 ptg dah boleh balik kerumah
bersilat kat dapur..masak juadah berbuka
tahun nie ..lau boleh
namo masak byk2..
aku pon dah kurang mkn skrg..
hik hik..

Selamat Berbuka Buat semua..
Selamat Menunaikan tarawih..
~Fulang~
Cik Mawar


ANDAI INI YANG TERAKHIR


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat
yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman


Duhai Ilahi....

andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti


Namun teman...


tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan

yang terakhir kali bagi dirinya yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah

berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG

PERNAH DILAKUKAN

Selamat Menyambut

Ramadhan

AlMubarraq..

Wassalam

Cik Mawar
Bismillah...
alhamdulillah..
daku masih diberikan kesempatan untuk menjalani kehidupan ini
he he he.. buat semua yang berkunjung ke blog Cik Mawar
mekasih bebanyak.. adess.sejak dua menjak nie mcm2 jadi.. so tak da mood nak menaip
meluah kan rasa kat sini
dan
setelah sekian lama..tak post pasal masak2
hari nie.. nak ngajor lah sikit..
sebelum poser. minggu depan insya'Allah.. semoga kita semua dapat
menunaikan Ibadah puasa kali ini dengan
sempurna..amin.

HATI AYAM TUMIS CILI API

Bahan-bahannya :-

1. Bawang Merah
2.Bawang Putih
3.Halia
4.Bunga Lawang & Kayu Manis
5. Ubi Kencur
6.Cili Api * ikut suka nak pedas boh byk agi
7.Daun Sup
8.Asam Keping @ Asam jawa


Cara membuatnya :-
1. Tumbuk bawang,cili api, halia n ubi kencur.
2.Ketuk serai

3.Panaskan minyak..
4.Tumis semua bahan2.. bila sudah naik bau @ garing Masukkan Hati
5. Jika terlalu kering masukkan sedikit air
6.Masukkan Asam Keping, Garam & Serbuk perasa
7.Apabila hati nya sudah masak..boleh diangkat dan dhidangkan
bersama Daun Sup.

~ Selamat Mencuba ~


Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Cik Mawar FC