Cik Mawar
Apa itu Cinta..Cinta

* Jika kita mencintai seseorang,kita kan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

* Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.

* Jangan sesekali menyerah jika kita masih merasa sanggup.

* Jangan sesekali mengatakan kikta tidak mencintainya lagi jika kita masih tidak dapat melupakannya.

* Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yg masih percaya,walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai,walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian & keyakinan utk membangunkan kembali kepercayaan.

* Jangan simpan kata2 cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kita terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yg tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

* Mungkin Tuhan menginginkan `kita bertemu dan bercinta dengan orang yg salah' sebelum bertemu dengan orang yang tepat kita harus mengerti dan berterima kasih atas kurniaan itu

* Cinta dapat mengubah.... .pahit menjadi manis,debu beralih emas,keruh menjadi bening,sakit menjadi sembuh,penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
* Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan Mencintai seseorang dan kita tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

* Seandainya kita ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kita mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kita terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

* Kadangkala kita tidak menghargai orang yang mencintai kita sepenuh hati , sehinggalah kita kehilangannya . Pada saat itu, tidak guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

* Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kita benar2 menyintainya setulus hati.

* Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.

* Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak , kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.

* Kamu tidak pernah tahu bila kita akan jatuh cinta, namun apabila sampai saatnya itu raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

* Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

* Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kita melupakan kegagalan kita dan kekecewaan itu.

* Cinta itu apabila kita bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

* Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tidak akan ada kemesraan atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan , kekecewaan dan kehancuran.
Cik Mawar
Disebuah penempatan yang aman lagi permai.. kelihatan sebuah rumah yang terang benderang dengan kilauan nion yang memberi cahaya kepada rumah itu.. keadaan diluar rumah itu sungguh sunyi..namun dalam nya kelihatan sungguh berbeza..seperti ada persidangan Bangsa2 bersatu sedang dijalankan. Sayup2 kedengaran bunyi kanak2 mengaji.. org sedang menyampai berita., kanak2 berlari riang, bunyi lagu di hanfhon... tiba-tiba.....

" Abah....abah..(dalam keadaan hendak @ tidak meluah kan hasrat hati yang dipendam)...abah.. kawan..kepada..eh..kawan org punya kedai nak pakai pekerja"

ayah yang khusyuk melihat Berita, menoleh sebentar... untuk memberi perhatian..

"Sian abah..kedai dia tak da org.. malam org leh kerja.. "

"huh... (jawab abah dengan selamba..kemudian memalingkan muka ke TV)"

walaupun jawapan "huh" sudah tahu apokah isi hati abahnya itu... abang lang memeriahkan sikit perbincangan yang diutarakan..

"kawan ko yang abang dia kawan abang long tu ka? huh... tak yah merepek"... baik suruh adik tu kerja sana..adik bukan ada kerja"

"tapi dia nak pekerja perempuan ja..maklumlah kedai makan"

"ha adik apa lagi esok pi cari baju kebaya..beli coli sekali" sampuk abang...

hahahahahaha..kedengaran hilai tawa sekejab...

"adik buat muka selamber ja... apa2 kerja apa?

"kedai makan... ko kan dah ada bentok badan..pakai baju kebaya, n coli ja nnt"

"huh..hampes...lopeh tu..pakai tudung..misai n janggut ado.. " jeling adik dengan muka bengang...

"hikhik"..kak ipor tak dapat menahan tawa.

"erm...tak leh lah kerja kat sana lah ya? (dengan muka hampa, walaupon sblm nie sering jua diutaran untuk bekerja disana.. namun jawapan nya tetap sama..mungkin tak manis kot dipandang..anak2 dara kerja n balik lewat2 malam..bagi keluarga ini"

keadaan sunyi , tiba2 meriah...kelihatan budak2 berlari pulang.. sudah selesai emak mengajar mengaji malam ini... alhamdulillah..

"adik g ambik laptop...jom tgk citer Drakulat...bosan lak"

"jom... on lah laptop tu"

akhirnyaaaaaaa...

"huh..sapo g tgk citer Drakulat kat pawagam mesti balik nangis..rugi duit ja..hampes tak best.. sapolah buat citer nie..."
Cik Mawar
Tidak pernah Ku rasa seperti ini... Hati aku berdebar2 ja.. takut kan sesuatu.. kenapa ya aku asyik fikirkan menda2 itu.. kalau duduk diam..tau2 aku dah peluh2... jantung ku berdeyut kencang.. seperti risaukan sesuatu.. minda ku terlalu memikirkan begitu banyak hal.. sejak kemarin lagi rasa ini telah menular dalam diriku...

Sampai makan pon tak rasa kenyang ..n langsung tak berselera..Tapi perut kena isi juga.. namun ku tak merasai kenikmatan makanan yg ku makan.. makan hanya sekadar makan.. apalah akan berlaku... semakin hari semakin banyak kah salah yg aku lakukan YA ALLAH.. manalah tempat aku di akhirat nnt..nauzubillah.. semalam g kerja..nyaris2 nak jatuh motor.. apa lah yg aku fikir, Tapi aku pon tak tahu apa yg aku takutkan.. apa yg aku cemaskan.. mengapa ada rasa ini..

Ku luahkan pada insan tersayang..dia suruh aku tabah dalam menghadapi dugaan yg akan tiba.. walau apa pon aku kena kuat.. aku tak leh lemah.... pedulikan apa yang akan jadi hanya ALLAH tahu siapa kita.. Tulah yg dia katakan padaku pada malam tadi sewaktu ku luahkan apa yg aku rasa... MUNGKIN ALLAH SWT nak tunjukkan aku kebenaran, yang mana kebenaran itu akan buat daku muhasabah semula diriku semula..

"YA ALLAH apa jua yang akan berlaku hari ini, hari esok atau hari kemudian ..ENGKAU tabahkan lah hatiku YA ALLAH.. hanya kepada MU hamba memohon.. Tunjukkan lah kebenaran pada yang terselindung YA ALLAH..Sesungguhnya ENGKAU lah yang mengetahui apa yang terbaik buat kami.. amin.."
Cik Mawar
Mekasih kepada Habang yang dengan rela hati memberikan award buat daku sahabatnya yang jugak kulaan nya ini...jasamu dikenang HABANG


Peraturan kali ini..kena buat 10 "AUTA" apa yang bohong tentang diri kita.. renung2 kan dan selamat berkenalan..

1. Suka Dibohong oleh orang yang disayangi

2. Suka nyanyi lam bilik mandi..sambil mandi lam buih2.

3. Tak suka bersembang @ chating bila bekerja.. Buat kerja dengan tekun lagi berkhemah..

4. Payah nak tidur malam..walaupon dah kira kambing sampai 1 juta ekor.

5. Kerja 3 hari ja seminggu.. selalu datang kerja awal 3 jam.. n balik lewat 1 jam..

6. mesti MOP lantai CC 5 minit sekali.

7. Dah kawen anak dah 12 orang

8. Tak Suka buat lawak..rasa nak tampo ja lau org buat lawak.. selalu serius n sukakan ular

9. Pro sangat bawak kereta.. tak reti bawak motor.. apa kes nak bawak motor tak ayu lah.. tak leh pakai kain belah2. baju kebaya..lau naik motor.

10. Belajar sampai peringat PHD

Award ini tak nak bagi kat 10 orang.. Aku bagi kat SESIAPA yang baca blog aku nie.. AMBIL lah award nie.. n paste kat blog korang... Renung2kan.. Selamat bermimpi bersama insan tesayang..


Cik Mawar




Sometimes in life,
you find a special friend;

Someone who changes your life
just by being part of it.

Someone who makes you laugh
until you can't stop;

Someone who makes you believe
that there really is good in the world.

Someone who convinces you
that there really is an unlocked door
just waiting for you to open it.

This is Forever Friendship.

This is the sacred RED
ROSE.



Just be nice & pass it on....May we all be loved so much.







Cik Mawar
KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
Cik Mawar
Tika ini..ku rasakan seperti daku betol2 sendirian... tidak ada hilai tawa kawan...tidak ada senda guwau tawa, tidak ada ...tidak ada...
Ku rasa seperti daku sudah menjadi halimunan...hanya air mata menemani ku sejak kebelakangan ini.. masih terngiang2 difikiran ku
" hang boleh tak jangan bagi aku semak cam nie"

ermmmm... mungkin betol kata dia..aku nie hanya menyemakkan hidup orang ja..
Aku nie tak pandai kot nak bahgiakan hidup org.. hanya menyusahkan lagi kot...
Entahlah...Andai itu adalah diriku.. biarlah daku hidup saja dengan diriku..
biarlah semua bahgia.. yalah aku nie ada pon dalam hidup masing2..bukan boleh membahagiakan pon..pasti semua boleh bahgia walaupon aku tak da..
takpalah...
kalau tak da aku..semua akan bahgia.. aku rela sendiri.. andai ini takdirnya.. aku masih ada keluarga.. Aku masih ada DIA tempat mengadu.. tempat ku luahkan segalanya.. minggu nie.. setiap hati...setiap hari...hatiku bagai ditusuk2.. begitu lemah rupanya diriku... ku ingat selama ini aku sudah kuat untuk menghadapi dugaan cinta dunia.. tetapi aku silap dalam menilai diriku.. aku masih sama seperti pertama kali hatiku dilukai..
apa pon hidup belom berakhir... disaat dia ungkapkan ayat itu..aku masih bernafas.. masih diberi peluang oleh NYA untuk meneruskan hidup ini..
Mengapa mudah mutiara ini mengalir disaat ini.. YA ALLAH lemahnya hamba MU ini .. Maafkan daku YA ALLAH.. jika hambaMU meratapi dugaan kecil yg KAU turunkan untukku..

Buat semua teman2...maafkan daku..jika selama ini daku bukan sahabat yang baik untuk kalian.. Semoga kalian semua bahgia.. hadirku tak da niat hendak membawa duka.. andai ada yang terluka... maafkan daku.. Daku bukan lah insan yang sempurna yang bisa buat kalian semua tersenyum..
Cik Mawar
Cik Mawar
 
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita,
bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan,
tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`


Cik Mawar


Hari Sabtu yang Padat? Padat apa? Padat ngan aktiviti...Hari nie aku cuti...hehehe..Semalamnya (jumaat) aku kerja...kira ganti lah..yang semestinya..aku cuti seminggu satu hari sajo...huhuh..kalau minggu lepas Rahimah dah menamatkan masa bujangnya..Hari nie 6.6.2009 Azizul(aji) & wanie lah menambatkan zaman bujang mereka..

Diorgng nie lau tak silap aku couple dari form 4..Masa tu aku nie tak kawan sgt ngan diorg..ya lah..kelas jarak nya jauh..kekee..so tak rapat sgt..Tapi tau lah lau pasangan bercinta2 kat sek nie..kekeke..kami rapat pon masa sama2 masuk Form6..sebab form 6 pelajar tak ramai..so..lau tak kenai n rapat antara satu sama lain..cam tak patut lah..hehehe..Bersohri2 muko diorg nie..heheh Suka haku nengok...Semoga Bahgia lah hingga akhir hayat..amin

Hari nie ramai geng2 perempuan ja dtg..Aku tak nampak pon budak laki..maybe ado aku ja tak perasan..dok ralit ngan kemera aku ja..muahahhahazz asyik nak ambik gambor ja..sampai nak makan pon smpt agi ambik pic nasi..hahahaa..diorg kata.."hisss, dah dah lah tu ambik gambor nya" kekeke.

Apa pun..saat2 camnielah..leh jumpa kawan2..kumpul ramai2...ya lah masing2 kerja jauh2..aku ja kerja Kampung..sampai diorg gelar aku wartawan sini..hahahah..apo2 hal semua tanya aku..adesss..Lepas sessi begambor berahmai2..baru kami balik.


Balik pon...solat jab..pastu...ado agenda lain sebenarnya..jeng jeng jeng...huhuhu.. Nak g Segamat lak...Ado org nak belanja Fizza...la la la..Segamat,Johor nie kira tempat paling dekat lah..lau nak raso g bandar besar...45 minit ja...tmpt aku nie kan sempadan Johor..lau nak g Kuantan..fuhhhhhhh 2 jam..sempat tidoq 3 round baru sampai sana...kkeekeke..Aku dari sini g ngan Cik Dayah (kak de), n Cik Anidah (Yan)... org yang nak belanja Tak sabor nak tabur duit dah..dia tunggu kat Segamat...huahuahuaa..Nikman namanya...dia nie kawan masa form6 gak..

Kiranya kami semua rapat masa form6 lah..walaupon dok kampung samo..hehehehe...adeess..yg tak leh tahan..aku makan paling byk..smpai last..sessi tgk aku makan..hahahaa..last2..tak habis gak..pizza lagi sekerat..Udang dah masuk perut...tepung tu tak best...hahahaha.. Wat muka kesian.." Korang....Leh tak lau aku tak habiskan "...muahahhaazzz..sib baik diorg hangguk...lau tak,..naya aku nak habiskan..adesss..pa pun mmg Best... MAKANAN FREE..mmg paling best di alam maya...hahahahaha

Dah kenyang...Singgah mesjid jab...dah kol 5..thennnnnnnnnn..poei gedung pakaian...huahauhaa.. skrg tgh jualan Murah..alah yang femous lam TV tu...Jakel gedung jualan kain...huhu.. Aku beli sepasang ja (hijau lumut)..n belikan mak sepasang(ungu)..nak belikan untuk kakak tak da bajet lak.Niat hati lau leh nak beli untuk satu keturunan.....hehehe..Tapi lau bawak duit RM100 pon habis kat situ...huhuhuh..Dalam tu penuh sesak ngan pakaian nya..org nya..sib baik tak dok bau macam2...kekekeke..

Then dah siap semua..sblm balik singgah pasaraya jab..beli air..hausss...masuk lam kereta baru raso penat, haus, lenguh...huhuhuh..maso dok sakan jalan tgk pakaian tadi tak raso...hahaha.. Kol 8 malam baru smpai rumah..sompek mahgrib...hehheee..dah siap semua..tgk TV jab...bummmmmmm.. ZZZzzzzzzzzZZZZZZZzzzz....
Cik Mawar


Akhirnya balik jugak keluarga abang long ke rumah....last jumpa masa raya tahun lepas..Tu pon rasa puasa..sebab raya haji aku, Abah, mak, kakak, abang ipar, adik beraya kat perak..Nie pon kebetulan cuti sek..lau tak mau raya bulan 9 kot baru jumpa..kekekee..tapi nak wat camnor..org sibuk lah katakan..

Besar dah anak sedara aku ..yang akak tu dah dari tinggi dari achik dia nie....achik dia ttp kecik2 cumel (pasan ja)..hahahahaa...nak makan calcium yg cam dalam TV tu raso dah terlambat..tak leh kot tinggi, nak gayut pepagi...hussss...bdan dah beyat...Takpolah..kecik2 nie senang nak usung kemana2 nnt..kekekeke..

Semalam tau ja aku nak g kerja..masing2 dah siap mandi nak ikut..abang long hantar..Aku nie harap ja ado lesen kereta..Tapi takut2..entah bilo lah nak berani..lesen wat hiasan lam dompet ja..adessss..Tunggu ado kereta sendiri kot baru berani...Khusyuk ja gaya anak sedara aku main komputer..adik ngan abang tu aku dah masukkan games lam PC tu..yang kakak n sukma dok layan internet..siap ado myspace lagi..kekekeeke..achik dia nie..masa form 2..internet pon tak tahu...kekeekek..

Hari nie diorg nak ikut g kerja agi..maleh lak nak bawak.lagipon ptg nie diorg nak balik dah..bagi peluang diorg luangkan masa ngan atok n nenek diorg lah..Aku tau..mak abah rindu sangat kat cucu diorg tu..Tapi diorg faham, lau anak tak balik tu....tak da nya mak abah nak paksa2 soh balik ... Mak abah luahkan ja ngan kata2..lau anak jenis faham..faham lah..lau wat2 tak faham...ermm.. sendiri mau ingat ja lah..
Cik Mawar
Pembuatan kuih Tiram @ Kapal terbang akhirnya tertera jua di blog ku ini..hehehe..dengan usaha yang gigih lagi kental like gila kentang..akhirnya..dengan keizinan Yang Maha ESA..ku dipanjang kan umur jua diberikan masa untuk memaparkan pada semua bagaimana proses membuat @ menyediakan kuih ini.Seperti Post sebelum ini..ku telah menyatakan..daku memberiakan diri ini untuk mengambil gambar sewaktu mak membuat kuih nie malam semalam...

Step :

1- Adunan disediakan dengan kedua belah tangan mak ku, tanpa menggunakan mesin pengadun yang terdapat dipasaran..Bahan nya hanyalah: Tepung gandun, air sejuk, air garam, telur

2- Adunan yang telah sebati

3- Adunan yang telah sebati digelek menggunakan mesin (lupa lak aku nak snap mesin gelek tu)

4- Proses menyapukan tepung beras yg dicampur bersama minyak masak (Bagi lapisan kuih tu terbuka apabila digoreng)

5- Setelah disapu dengan tepung beras tersebut..adunan tadi digulung.

6- Kemudian dikerat secara serong, dan kemudian digelek menjadi nipis

7- masukkan dalam minyak yang telah dipanaskan..semasa proses memasak gunakan api yang tidak tertalu besar

8- Buka lapisan demi lapisan dengan menggunakan hujung lidi..

selepas itu sirakan kuih tersebut dengan gula yang telah dikisar halus.(pic lupa nak ambik)..Dan...Akhirnya siaplan proses pembuatan kuih tersebut..

~ Sekian Terima Kasih ~

Cik Mawar
Pukul 2 pagi..dikala orang sedang nyenyak menikmati tidur yang tenang di pembaringan.Aku ngan mak masih di dapur memasak..Ada tempahan kuih yang harus disiapkan jugak..esok siang jiran dah nak ambik..Kuih apo lagi lau aku ngan mak buat...klu bukan kuih tiram @ kapal terbang tu.. Mak pon sebenarnya malas dah nak ambik tempahan..Tapi untuk mengatakan TIDAK BOLEH pada orang mmg susah..walaupon ada kalanya kita terpaksa..namun mmg sedih kalau kita tak dapat dapat memberi jika org meminta sesuatu pada kita..

Dari mula mak adun adunan tu sampai masak n siap..aku beria lah ambik gambor .. nak tunjuk cara2 pembuatan kuih nie..aku tau ramai tak tau pasal kuih n n tak pernah tgk org buat kuih nie.. Tapi dah siap2 ambik pic..dah bawak kemera ..kabel lak tertinggal...adessss.. camno lah leh lupo.. Takpolah..esok ja aku lampirkan hasil ku malam tadi..

Sebenarnya malam tadi aku tidoq dulu, biasalah lau menjahit..mata nie macam disapu2 ja soh tidoq..Ado baju kena jahit tepi..org nak esok...kena siap kan jugak....Sekarang nie leh kata...tiap hari ado ja menda nak dijahit.. tu lom dekat2 nak raya lagi..lau time poser nnt lagi sibuk kot....masa mak adun kuih tu..mata aku ngantuk tahap tak ingat dunia dah so lelap lah jab....letak ja kepala kat tilam ku yg empuk tu..terus hanyut..msg masuk pon dah tak dilayan..

Tu pon tersedar mak gerak pukul 12..suruh masak kuih tu.. (goreng)..tu yang sampai pukul 3 pagi baru tidoq semula.. selalunya abah tolong gak..gelek2 kuih tu...Tapi abah tak sihat sangat.. tu abanh langsung tak tolong malam nie..Mcm mn lah lau aku tak da tolong..mesti mak buat sorang2...sian mak :(.... kadang2 aku terfikir..lega aku dapat kerja sini..walaupon tak leh kaya..Tapi boleh lah wat belanja...boleh tgk kan mak abah.. kdg2 mak selalu gak kata " Sib baik hang kerja sini..adalah kawan mak nak sembang2, nak mintak tolong" ..lau mak sebut ja ayat nie..insaf jab..Yalah lau aku kerja luar pon..gaji ribu2..pon belom tentu boleh bagi kebahagian..Sebab kebanyakan anak2 kerja luar..gaji banyak2...nak balik payah..kadang2 nak hulur duit kat mak ayah pon tak da..sib baik ado raya..lau tak mungkin 2 @ 3 tahun kot baru balik.. adesss..Aku takut jadi macam tu... :(..kena fikirkan balik tawaran kerja kat selangor tu.. adess....

P/S: pic pembuatan kuih tu akan dilampirkan esok..Insyallah
Cik Mawar
Dekstop Background baru aku nie...hehehe..pada aku cantik...tenang...menawan kalbu..ado cahaya matahari..ado munga..ado hidupan...sedap ja mata memandang... yang lagi best tu tu tu..ado bunga mawar..hehehehee.. Ha ..kat dekstop tu adolah tersenarai menda2 alah yang ado lam PC nie..walaupon dalam manyak lagi..Tapi yang luar tu kira yang selalu digunakan lah..bagi memudahkan kerja2 seharian...

Hari nie tak ramai sangat pelanggan ptg2 nie..pagi tadi penuh gak..habis semua PC kena On...sekarang nie pon ado 2 orang ja..Sekarang cuaca panas sangat...kalau malam tu..lepas mandi pon berpeluh2 lagi..sib baik lah aku nie lau tidoq..terus ja hanyut...ado jenis org tu..lau panas tak leh tidoq..Aku nie...senang nak tidoq..cuma aku takut lau hari hujan lebat sangat n aku takut petir, kilat, guruh n seumpama dgn nya..Tapi tak dok lah sampai g cari mak...hehee..pejam mata rapat2..n merengkok lam selimut ja..lau tak leh gak..tutup telinga ngan bantal...kekekekeke...erk..melalut2 lak haku nie..la la la la la

Cik Mawar
la la la la

Bos : Hello...everything ok? tak da apa yang rosak? kecuali PC 11?
Aku : Semua ok ja..berjalan seperti biasa Bos
Bos : Oh ..oklah tu...berapa ya duit semalam?
Aku : dapat RM **.** ja Bos..
Bos : Takpolah...oklah tu
Aku : BOsssssss...heheheehe
Bos : Ha...nak cuti lah tu? ya?
Aku : hehehehe..Nak balikkk kampung..boleh tak ( muka dah meyah2 nie)
Bos : ermmmm..oklah.. bila nak cuti tu?
Aku : 12, 13, N 14 june..minggu depan.. Bos balik sini bila?
Bos : oh ok....Tak tau agi balik bila..takpolah..jumaat mmg cuti..so 2 hari ja lah.. sabtu n ahad ya?
Aku : aha...Nak balik kampung ( ulang agi ayat..sbb cuak)..hahahahaa
Bos : ok tak da apa2 dah kan..Assalamualaikum
Aku : Waalaikummusalam..

yeahhhhhhh.. la la la la la
Cik Mawar


PhotoScape..nie Lah ilmu baru yang aku belajar sekarang. tu pon En.Sepoi yang ajar..kekeke..dia pon meroyan edit aku tau..cuma tak nak tunjuk ja..siap pic haku dia edit..hahaha...aku,bila dapat ja download benda alah nie..aku pon mula dah meroyan nak edit pic ja..dari minggu lepas sampai ke hari nie..aduhaiii.. parah ka sakit aku nie ya?ish ish..Tapi aku mmg cam nie..lau dapat belajar sesuatu yang baru habis aku gode...semua menda alah yg ado lam tu..hehee..

Kebetulan skrg pon pelanggan tak ramai mai sini..So aku pon apo agi..gunakan lah masa yang terluang layan menda nie..Dari aku layan perkara2 tak faedah...buat nie..ado gak hasil nya.. Sekadar sedap mata aku pon dah Ok..Sib baik kat rumah tak dok komputer n tenet..lau tak habis gambor yang beratus2 lam pendrive 2GD nie, habis ku edit...hahahahaha
Apo- apolah..janji haku happy.. la la la la.. Bukan kaco org pong.
Cik Mawar


Perut ku memulas-mulas pulak pagi nie..rasa macam perut ku dipulas seperti kain yang basah lak.. nie mesti penangan , kari daging berturut2 selama dua hari nie..adess..hari sabtu g kenduri umah Imah tu..kari tulang lembu..fuhh..aku siap ambik kari boh lam pinggan..nasi pinggan lain..kekekeke, ahad.g rumah kawan gak..kakak dia kawen..ado lak kari daging n kerabu perut lembu..perghhhh..sakan makan.. n penutup malam tadi. makan roti 2 kepingn ngan Kari kambing...ado jiran haku wat kenduri kesyukuran cucu dia..Ado lah lebih sikit..Mak bawak balik.. mmg peberot aku Kari kambing nie..apo agi..tak hingat tu makan...

Pagi nie lah kesan segala yang diproses selama 2 hari keluar, kebetulan hari nie aku merehatkan aktiviti pemprosesan makanan...Rasa lemah lak badan nie...Pastu sintem2 sakit kpla mula lah bermula..aduhai.. Nie rasa nak balik rumah nie...kekeke..

Bos nie tak call2 pulak..aku tak sabor nak mintak cuti nie.. Nak balik Selangor Minggu depan la la la...nak cuti 3 hari....la la la la..Agak2 Bos bagi ka dak? adessss..Kena wat babak2 nangis tak agak2? erm...Mintak2 lah semuanya dipermudahkan..Amin...Eh..Habis taip nie..perut cam ok dah...Tapi..Kepala lak cam berat ja..aduhaii...kurang vitamen betol lah..adesss..

Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Cik Mawar FC