Cik Mawar

YA ALLAH
tabahkan lah hati hambaMU ini
tika ini..aku sudah berhenti menghitung hari
mungkin aku begitu mendambakan hari tu
tetapi ALLAH swt maha mengetahui
apa yang terbaik buat kita
hati aku tersentap jugak
sebentar tadi...
aku hanya mampu beristiqfar panjang
bila mengetahui perkara ini
mungkin bukan rezeki aku
nak pulang..
nak kata tak sedih
tipu lah.. aku sedih.. sedih..
tapi tidak lah sampai menitiskan air mata
aku pegang satu ja
jika ada sesuatu yang berlaku
pasti ada hikmahnya
ALLAH SWT telah mengaturkan
terbaik buat kita
ALLAH SWT lebih mengetahui
apa yang kita tidak ketahui
"kadang kala kita rasa benda itu baik buat kita, tetapi adalah sebaliknya"
yang mengetahui segalanya
hanyanya
ALLAH SWT..





Cik Mawar

Setelah 2 hari bercuti
menyambut hari raya aidiladha
kini aku kembali bekerja seperti biasa
aidiladha kali ini
disambut seperti biasa..
dah juga bersederhana
cuma rasa lain sikit lah
kakak tak balik...
huhuhu..

Malam raya aku sorang2 ja bekemas
sedar2 pukul 3.30 pagi baru tidor
pagi bangun2..dok masak lauk pauk lagi
dah aku ngan mak ja ada
bekerja kat dapur..
nak tak nak.. bersilat lah sesama
tapi tak ramai lah tetamu
yang hadir raya kali nie..
aku pon dok rumah ja.. ngantuk pon ado..
huhuhuhu
menu pagi raya kali nie
daging lembu masak kari
rendang ayam
hati lembu masak lempap.. ( tgk lan blog kawan)
huhuhu.dah sedekah jiran sikit
diorg balas
penuh satu meja
ngan lontong..sambal goreng jawa, ayam masak merah..
huhuh.. manyak agi
alhamdulillah rezeki..
tu lah kalau berjiran :)

huhuu..dok bekebun.. dok baca emil
sedar2 nak dekat kol 6 dah..
cepat sungguh masa berlalu..
dok kerja menghitung hari ja nie
~ 5 hari lagi~
la la la la...

Cik Mawar


Selamat Hari Raya aidiladha
buat semua teman-teman
dah jua taulan..
semoga kehidupan kita
sentiasa dilimpahkan RAHMAT
dan diberkati berada
di bumi ALLAH SWT
~amin~

Cik Mawar
Alhamdulillah..aku masih diberikan kesempatan menyedut udara segar di bumi ALLAH SWT yang sementara ini.. hari ini.. cuaca sungguh indah dan permai.. setelah menyiapkan semua kerja dirumah...aku bersiap sedia untuk menunaikan kewajipan mencari rezeki yang halal..
Motor tu meluncur dengan girang di jalan raya.. ku bawa motor dengan penuh berkhemah lagi sopan.. ( kantoi ngan mak angkat dah aku bawak laju) sampai dok pasan dia dia selisih ngan aku...huahuhuhauaa..... perjalanan diteruskan ke stesen minyak SMART.. walaupon aku tgk mak cik2 kat situ tak smart..tapi aku suka isi minyak kat sini.. sebab tak ramai org yg mengenali diriku.. huhuhuh..
motor ku memasuki lorong yang kosong tanpa ada kenderaan lain menanti untuk mendapat titisan minyak bagi kenderaan mereka..
Ku lihat wajah mak cik yang bertugas.. mungkin sebaya mak ku dirumah... kesian dia..dalam usia begitu masih bekerja..memerah keringat..
http://emo.huhiho.com

Aku : Mak cik .. isi penuh ya..
Mak cik : ok.. ( sambil mata beliau liar memerhatikan daku )
* dalam hati ku berkata.. eh.. tidak kena kah pakaian ku.. terlebih ayu ka aku hari nie.. ???
kotak fikiran ku berhenti berfikir..apabila melihat .......@_@http://emo.huhiho.com

Aku : Mak cik ... minyak melimpah tu ..http://emo.huhiho.com
Mak cik : eh.. tak pasan.. penuh lak.. angin nie..
Aku : aku mengangguk2. seketika.. . " berapa semuanya mak cik
Mak cik : RM 5.50
Aku : mekasih ya :) aku pergi dengan muka hairan...

ish ish,,tak tahu lah pada org lain.. selama aku reti bawak motor.. n selama hidup aku g stesen minyak.. lom penah agi jumpa minyak sampai melimpah.. uhuhuhu.. nie pertama kali lah.. terkejut aku.. lam hati.. kang tebakor motor aku.. ( hahaahaha sengal ja).. apa lah mak cik tu fikir.. mungkin fikir.. anak dia kot.. bila tgk aku.. teringat dia anak dia dok balik raya haji nie kot..
huhuhhhu.. Tak pon dia fikir..budak mana lah nie.. anak sapa lah.. sopan ja.. hahahahahaah
( pasan jab)http://emo.huhiho.com

http://emo.huhiho.com kepada kawan2 yang hendak pulang ke kampung halaman.. semoga perjalanan anda semua selamat hendak nya.. amin...


Cik Mawar




Tanggal 23 November 1985
Lahirlah seorang bayi perempuan
yang memecahkan keheningan subuh
tepat pukul 2.10 Pagi
yang selamat keluar dari rahim ibunya

setelah beberapa bulan berada di dalam kandungan ibu tersayang.
Diberikan nama yang sungguh elok bunyi nya
yang sering disebut2 orang

heheehhe...tersenyumlak..

Dilahirkan di selangor..

namun beliau adalah anak jadi pahang sepenuhnya
cucu banjar.. yang cumel ...huahuhauaa


Mendapat pendidikan awal
dari ibu bapa dan insan2 sekeliling

semakin hari.. dia pandai dan betah bercakap
sehinggakan tidak dapat dikawal segala percakapan beliau..

sek pertama yang mengajar beliau pendidikan yg formal
Sek tadika Kemas Keratong 5.
Disebabkan kepetahan dan kefahaman yang baik beliau
melanjutkan pelajaran di

Sek kebangsaan Keratong 3
sehingga darjah 6..
Disebabkan tiada sek asrama yg rela hati mengambil beliau

beliau meneruskan niat menyambung ilmu
di Sek menengah Kebangsaan Keratong,pahang
yang berada 6 Km daripada rumah beliau
setelah berjaya menghabiskan PMR dengan baiknya
beliau dan kawan2 seangkatan
telah diarahkan berpindah ke
Sek Menengah bandar tun Abdul razak

yang baru dibina berdekatan dengan tempat kediaman beliau..
setelah berhempas pulas
menyambung pelajaran selama 2 Tahun di sekolah tersebut
dalam bidang Ekonomi

beliau telah terpilih menyambung
pelajarn di
Sek Menengah Muadzam Shah..

menjadi pelajar calon STPM
walaupon beliau mendapat
diploma di Politeknik pasir gudang..
hanya dipandang sinis olehnya

beliau yakin.. pilihan nya tepat..
untuk meneruskan pelajaran
di Sek berkenaan dan mengambil STPM

Nasib hari depan tiada siapa yang tahu
mungkin bukan rezeki beliau
untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading
keputusan yang diperolehi
sungguh tidak memberangsangkan akal fikiran

sesiapa sahaja yang melihat..
huahuahuauahuahua ( gelak jab...penat serius nie)

Beliau menimba ilmu bukan ngan timba lagi

kini di pusat cyber
untuk memperolehi sijil Komputer..

setelah tamat sijil tersebut
beliau telah mendapat tawaran

menyambung pelajaran dalam bidang
bakery n pastry di bandar Baru Bangi selangor

Akhirnya beliau telah memiliki
sijil MLVK level 1 & 2 dalam bidang bakery n pastry
setelah menamatkan pengajian
beliau ditawarkan bekerja

di pusat komputer yang lebih mudah dikenali
sebagai Cyber Cafe @ CC

menjadi satu2 nya pekerja disini..
beliau amat dipercayai sepenuhnya oleh bos
beliau bekerja dengan penuh ketekunan lagi kegigihan
cuti pon dia kerja.. demam pon dia kerja..
huahauhauaa..

kini sudah hampir 3 tahun beliau bekerja disitu..
niat untuk bekerja tempat lain ada..
tetapi ada sebab mengapa beliau tidak terus memikirkan nya
biarlah beliau sahaja yang tahu..

Kini Genap 24 Tahun

beliau menjadi Khalifah di muka bumi ALLAH swt
beliau memiliki abah dan mak yang sangat menyayangi beliau

Keluarga yang bahgia..
adik beradik yang baik
sanak saudara yang ramai
kawan2 yang baik..
beliau amat bersyukur
menjadi diri beliau..

beliau mengucapkan
terima kasih kepada semua yang terlah
mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR "
kepada beliau,
seperti mana kawan2 yang mengingati..jua menyayangi beliau
begitu jugalah
beliau menyayangi semua...


Mekasih semua:
Encik, akak, sis, adik Rosyana, adik fira, adik safuan, wan, comoi, kak sha, zaidi, aya mor, kak awin, adik far,choo, yana, keiko, ikin, nash, ayah chu, ibu dian, kak reen, sumbet, habang, apis,Reen, fazna, put3 @ aumchak, Ulung, abang ako..uji, abang payid, adik bogat, wawina, gojila,Darling, Cik Kuna. cik Odah
Sayang Kamu semua... dan semua teman2 yang sudi menjadi kawan mawar :)


Dari sis lynn.. muah sis :)

Cik Mawar

20 November 1955
Lahirnya seorang lagi insan
yang sudah ditakdirkan menjadi khalifah
dibumi ALLAH swt..
yang diberi nama
Jamaiah Binti Hj Aini
Lahirnya disambut dengan
penuh kegembiraan dan kesyukuran
menjadi anak pertama jua cucu perempuan
pertama dalam keluarga
amat membawa kegembiraan yang tidak terhingga
diperlihara.. menjadi anak yg solehah..
diberikan didikan agama yang baik
diberikan didikan yg penuh nilai kasih sayang

Setelah meningkat remaja..
ibu bapanya telah menetapkan pilihan
Yang terbaik untuk membimbang beliau menjadi
isteri dan ibu yang baik
Alhamdulillah setelah beberapa puluh tahun
melayari kehidupan berumah tangga
kini beliau memiliki
4 Orang anak lelaki
2 org anak perempuan
3 orang menantu
6 orang cucu
yang amat disayangi...

Aku
rasa sungguh bertuah
menjadi salah seorang yang lahir dari rahim beliau
pengorbanan, kasih sayang dan apa jua
yang beliau telah berikan
tidak akan mampu ku balas hingga
akhir hayatku..
beliau ada lah anugerah yg tidak
terhingga yg aku perolehi dalam hidup ini..
Aku bukan lah anak yg baik..
tetapi aku berusaha menjadi anak yg baik

YA ALLAH hanya kepada MU
daku memohon..
Semoga emak..dipanjang umur , dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan, diberkati hidup dan setiap detik umur nya.. dan diberikan kesudahan yang baik..
amin...




Cik Mawar


Dah lama tak main tag2 nie
nie pon ambik kat blog Lya..
huauahaua..
selamber ja lah..walaupon dia
tak soh aku wat tag nie


1. Bekas kekasih saya adalah..

- Nak bekas yg mana? huahuahua
( aku pon dah tak ingat sapo yg last jadi bekas tapawere)



2. Saya sedang mendengar...
-Dj Kelubi seman pot pet kat Rilekfm

3. Mungkin saya patut..
-Makan ubat selsema sekarang..


4. Saya suka...
~Lau ada satey depan mata sekarang.. encikkkk nak makan satey
uwaaaaaa


5. Sahabat-sahabat saya...
~Semua sayang saya macam saya sayang mereka..
la la la la


6. Saya tak paham...
~Camner saya leh kena selsema.. sedangkan semalam tidak hujan
masa balik basah kuyub pon saya tidak selsema..
aduhaiii

7. Saya kehilangan..
~Tenaga yang banyak hari ini..kerana asyik menghembuskan something
dari idung nie.. sampai pening2 kepala


8. Ramai yang berkata..
~" erkkk..ko kerja sini lagi.. lama nya"


9. Cinta itu adalah...
~Kebahagiaan yg tidak terhingga

10. Di suatu tempat, seseorang sedang..
~Fikir camner ya nak cari duit nak pinang ada dara orang nie


12. Saya akan cuba...
~Bersabar sehingga bulan 12


13. Ayat SELAMANYA membawa maksud..
~Kita tak selamanya berada didunia ini yang merupakan
satu persinggahan sahaja


14. Telefon bimbit saya..
~Dah lama tak rasanya tak topap
org lain ja yg topap kan..
kekekekee


15. Bile saya terjaga...
~Mesti tgk tepon...ado sajo msg malam tadi..tak balas lagi..
hahahahaahaa



16. Saya paling meluat...
~Perempuan yg bangga sangat pi deting cam laki bini
tgk lps kawen nnt pimpin tangan ko idak
masa couple cam tak leh bla
huhuhhuu


17. Pesta/parti adalah..
~Tempat org tak ingat mati


18. Haiwan yang paling comel penah saya temui...
~Binatang2 lam farmville.. huhuhuhu


19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah...
~Masa kecik2.. tak pikul apa2 dosa lagi...


20. Hari ini..
~Aku selsema..pening pala.. tisu banyak habis..tong sampah penuh tisu


21. Malam ini saya akan..
~Tidur awal kalau selsema nie tak baik2 lagi sampai ptg nie


22. Esok pula saya akan..
~Kerja..seperti biasa..


23. Saya betul2 inginkan..
~Menjadi anak yang solehah


24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini..
~ohhhh..ada lagi jerawat nie.. ingat ilang dah..


25. Pusat membeli belah atau arked permainan...
~pergi jika ada keperluan


26. Makanan barat atau jepun..
~Kenapa ngan makana2 nie.. dedua aku dok reti buat..

27. Bilik yang terang atau gelap.
~terang lah..selamat..nyaman.. aku tidoq pasang lampu..



28. Makanan segera adalah...
~Mudah dan cepat untuk dimakan..
sedap lak tu..


29. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang..
~Pc no 8 Rm 3.20
( ado budak baru keluar tadi )

30. Anda tak perasan ke soalan no 11 itu tiada?
~Tak pasan pon.. bukan nya aku tgk no..
aku tgk soklan ja..
ayukkk..

Cik Mawar
Di suatu pagi yang tenang...angin sepoi2 bahasa menampar pipi ku tidak terlalu mulus ini.. kerana masih terdapat jerawat2 halus yg tidak2 jemu untuk menapak di pipi ku...
Debaran hati ini.. semakin kencang.. hati bergelora..kepala jenuh untuk memikirkan.. "bagaimana kah aku hendak membuat ayat..untuk berkata2 kepada sir nie " alahai.. minda ku bermonolog sendiri..
sejak malam tadi.. fikiran ini tidak berenti memikirkan.. sambil solat ku mohon doa.. sambil mengaji ku mohon juga doa..sambil solat sunat ..ku mohon juga semoga ALLAH swt permudahkan segala urusanku...

Kedengaran bunyi seseorang menaiki tangga..sambil menjinjit selipar untuk diletakkan ditempat kasut dihadapan pintu masuk ke cc.. "oh sir rupanya". kataku di dalam hati ..
* sir = BOS

Sir : hai.. everything ok?
Aku : ok ja .. aku memberikan senyuman :)
Sir : Ok ..nie saya nak tunjuk gambar yg saya cuci guna printer baru tu ..
Aku: wahhhhhh cantik lah jugak.. leh lah org cuci banyak2 nnt.. hehehhe
Sir : hehe.. uit dah sampai surat perkeso nie.. camner ya nak bayar nie.. erm..takpa saya bayar kat kuantan ja nnt.. wat salinan fotostat ya.
Aku: ok .. sir.. kalau org cuti bulan 12 nnt nak cari org lain ka ganti kan?
Sir : oh.. hari ahad nie kan?
Aku : eh bukan...ahad nie kan ganti jumaat.. nie bulan 12.. nak mintak balik kampung 2 kali bolehhhhhhh? (fuhhhhhhhh lega akhir nya dapat jugak ku lepaskan ayat ini)
Sir : eh.. nak wat apa?
Aku : kan mak cik kawen tu.. Tapi awal bulan nak balik gak.. ada gak kenduri kawen ngak..
Sir : oh.. yang tu..
Aku : org sanggup cuti raya haji nie 2 hari ja.. boleh ya sir..
Sir : Eh baru raya haji nak bagi cuti satu hari ja.. huhu
Aku: erk..!!!!
Sir : takpa yak yah cari.. nnt saya jaga kot.
Aku : oh.. , eh ..sir kata nak ajar cuci gambar guna print nie..
Sir : ok..meh saya ajar.. tgk ya..

kring..kring..

kakak : adikkkkkkkk tepon maxis mana?
Aku : erk.. ok2.. jab jab tepon tu dalam hand bag..
aduhai..akak aku nie time sibuk nie lah nak call.. sambil cakap ..sambil belajar cara print.. sib baik sir wat dont know ja.. hahahaha .. aduhaii...
bla bla bla .. ( cakap ngan kakak jab...)
kakak : oklah.. bateri tepon akak kong lak.. nnt akak call lagi.. ok..

Sir : ha faham tak? tadi?
Aku : erk..ajar semula lah sir.. ngeh ngeh
Sir : ok g setting.. bla bla bla bla..
Aku: oh.. ok senang ja..
Sir : ok lah.. saya nak balik ambik anak lak nie
Aku : eh sir.. duit nie tak nak ka?
sir : oh.. meh sini.. ada berapa semuanya..?
Aku : Ada RM 186.00 ja
Sir : ok..

sir pon melangkah keluar dengan niat untuk mengambil anak nya di raptai penyampaian sijil akhir tahun..

Aku : eh sir cuti camner? diluluskan ka?
Sir : nnt lah saya balik wat solat istikarah .hehehee
Aku : alahhhhhhhhh sir nie
Sir : hehehe cuti ja lah.. apa2 hal msg ja okek..
Aku : ok..

la la la la

ku terus capai tepon.. klik msg.. Taip ..
" acik..ok ya handak jua pang umpat bulik beha kawen nnt"
( acik..ok nak jugak ikut balik beha kawen nnt)
" ok " msg ringkas dari pak cik..mungkin dia sedang bekerja..

la la la la
Alhamdulillah YA ALLAH..
Tak yah pos2 dah kuih muih ha.. la la la la



Cik Mawar

Akhirnya setelah beberapa minggu
Blog aku tak da memaparkan
resepi2 yg aku masak sendiri
akhirnya
dengan penuh kecekalan..
hari ini berjaya jugak
aku paparkan lagi satu resepi untuk
tontonan n sumber bacaan
pelawat blog2 aku
alhamdulillah...

Nasi Goreng Sotong
nie aku buat pagi semalam
lama jgk tak buat ns grg stg nie
hehehehe..meh meh kita belajar
masak itu kan mudah :)

Bahan- Bahan Nya:-

1- Nasi


2- Ikan Bilis
3- 4 ulas bawang putih
4- 1 biji Bawang Merah
5- Sedikit Halia ( tak nak bubuh pon tak pa)
6- 8 Biji Cili Api


7- Sotong


8- Kacang Buncis - potong pendek2
9 - Daun Sup
10- Garam
11- Pati ikan bilis Tumix
12 - sedikit minyak masak


Cara Membuatnya:-

1- Ambil ikan bilis, bawang, halia, cili api.. timbuk hingga lumat, masukkan sekali garam ketika menumbuk semua bahan tersebut
2- Panaskan minyak..setelah itu tumis bahan yang ditumbuk
3- apabila sudah naik bau ..masukkan sotong..kacau seketika..
4- Masukkan Kacang buncis.. masukkan pati ikan bilis tumix
5- kacau dalam beberapa minit.. kemudian masukkan nasi..
kacau sehingga sebati..
6- Bila nasi agak kering boleh tutupkan api..dan masukkan
daun sup.. kemudian boleh lah dihidangkan



~SeLaMaT MeNcUbA~


Cik Mawar




Dengarlah wahai sahabat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan aku berlagak taat
Sebelum terlambat
Ayuh sama-sama kita bertaubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahal’adzim

Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuma satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sahabat, ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal’adzim
Astafighrullahal’adzim

Astafighrullahal’adzim


Cik Mawar



Alhamdulillah Aku mengandung
huhuhuhu.. 'AKU' tu bukan lah 'AKU'
Aku tu kawan2 'aku'
depa dok bagi tau aku..
hahahaha

Kalau kawan2 yang lain
sibuk hendak mengatur majlis
perkahwinan..
dok sibuk edar kad kawen.. dok msg jemput dtg kenduri
Tapi ada kawan2 lain yang tengah
bahagia.. mendapat khabar gembira
meniti hari untuk
menerima orang baru

Norihan : dtg jumpa aku 3 hari lepas

Norihan: Uit..pa khabar ..hehehe.. aku singgah cc ko jab nie
suami aku dok gunting rambut kat kedai bawah
Aku : Uit ..lama nya tak jumpa.. ko sihat ka?
Norihan : aku sihat2 ja cam nie lah.. erkk.. Ko sakit mata ka?
Aku : hehehee..aha.. tapi nak wat camner.. kena gak lah kerja
Norihan : Takpo2.. aku dah kena minggu lepas.. sampai kuar darah ha.. Eh apa citer akak ko? dah ngandung ka?
Aku : Tak da lah.. lom ada rezeki.. lepas gugur tahun lepas .. lom ada rezeki.. Ko lak?
Norihan: hehehe.. aku dah 3 bulan..
Aku : alhamdulillah.. Jaga lah elok2 ya.. jgn wat kerja berat2.. akak aku dulu pon masa 3 bulan lah gugur.. org kata masa kandungan 3 bulan, 5 bulan, 7 bulan.. yg bulan ganjil2 nie kena jaga2 sikit. :)
Norihan : Insyallah..

Norihan nie kawen tahun lepas dia bulan 6.. kakak aku bulan 8.. hehee.. lam agak diorg tunggu..akhirnya.. murah rezeki diorg. suami dia pon aku kenal.. kawen ngan budak satu kelas.. hehehee.. semoga selamat hingga melahirkan lah.. amin

Wanie : msg aku semalam

tet tet..msg...
msg : Salam ..ani aku mengandung dah.. 4 bulan.. huhuhu..k jaga diri
wah sungguh ringkas msg dia.. terus habis camtu ja
cam tau tau ja aku tak da kredit nak balas
wanie n ajie kawen tahun nie bulan jun
nak tgk pic diorg kawen klik di sini
hehehee..mesti anak diorg nnt comel2..
semoga wanie pon selamat melahirkan amin.





Cik Mawar

Terbaca tentang satu pertanyaan membunuh semut..


Bolehkah kita membunuh semut dengan racun kerana apa yang kita tahu semut merupakan salah satu binatang yang dilarang bunuh oleh Rasulullah s.a.w seperti yang terdapat dalam hadith baginda. Masalahnya semut ini terdapat di mana-mana sahaja termasuk di dalam sinki, di atas meja makan dan lain-lain.. untuk menghalaunya satu persatu agak menyusahkan, kadang-kadang terpaksa membunuhnya. Adakah Islam memberi kelonggaran untuk membunuhnya? Jika Islam membenarkan, bolehkah digunakan racun yang dapat membunuh kesemuanya termasuk di dalam sarang?

Jawapan:


Dalam sebuah hadith dari Ibnu Abbas ra ia berkata; "Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang, semut, lebah, burung hudhud dan burung shurad". Hadith ini menunjukkan hukum haram membunuh empat macam binatang tersebut dan memakannya.

Islam merupakan peraturan hidup untuk setiap manusia. Di dalam Islam tidak ada suatu perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula suatu perkara itu sengaja diringan-ringankan tanpa alasan atau sebab tertentu yang boleh meringankannya. Semut adalah sejenis binatang yang berada di merata-rata tempat, jika kehadirannya menimbulkan mudarat bagi diri kita dan anak-anak, seperti gigitannya dan sebagainya, maka dibolehkan mengusirnya denga penyapu, jika ia terbunuh bukanlah perkara yang kita inginkan.

Jika ia memiliki sarang, korek dan angkatlah sarangnya itu serta buanglah ke luar rumah, setelah itu tutuplah lubang tersebut agar semut itu tidak membuat sarang kembali. Usaha yang kita lakukan tak lebih untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sebab pasti ada hikmah yang terkandung dalam larangan dan suruhan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang kita tidak mampu untuk memahaminya secara lebih pasti. Wallahu'alam




dipetik daripada :http://harmoniinn.blogspot.com/2009/06/membunuh-semut.html


Cik Mawar




Jemputan Ke majlis perkahwinan
huhuhuhu.. Bukan aku nya
majlis lah
orang nya majlis
aku mendapat jemputan.. Yang mana
bagi tau awal aku dah plan2 lah
duit..masa...cuti..Baju
Tapi
malam semalam
Aku dikejutkan dengan satu panggilan
telefon dari akak aku
AKAK: "Adik..tadi acik Lim tepon..semalam acik ina Tunang, bulan 12 nie dia kawen"
AKU: "erkkkkk..kami kat sini tak tau pon"
AKAK: "entah lah..tu pon acik lim yang bagi tau akak"
AKU: "aduhai akakkkkkk..tak kan nak balik 2 kali kat Perak"
AKAK: "Ermmm..entah lah..ok2.. akak nak tido lah , nnt bincang"

Lepas tu..kepala aku asyik memikir ja
sampai semalam dari bangun tidoq sampai nak tidoq
pening..
huhuhhuu.. sini penting.. sana penting..alahai

Senarai jemputan:

15 November 2009 : Majlis Perkahwinan Jiran
22 November 2009 : Majlis perkahwinan Sulihah, Shiha, yani
( dekat sini ja )
1 Disember 2009 : Perkahwinan Jiran sebelah rumah
6 Disember 2009 : Majlis Perkahwinan Kakak Encik
( Perak, sungai manik)
20 Disember 2009 : Majlis Perkahwinan Mak cik
( Perak, sungai Manik)
23 Disember 2009 : Atok G menunaikan Umrah
( Perak, sungai manik)

( dah tentu2..umah encik depan umah Atok ja..hahahah)

huhuhuhu... 6 Dec ngan 20 tu yg berbelah bahagi..kena pilih antara satu..
aku nie mana lah boleh cuti sokmo..
Lagipon Mak cik kawen dulu aku balik jugak
*Nie perkahwinan kedua mak cik la..he he he
nak balik 6 Dec tu pon dah mintak cuti bulan lepas lagi
huhuhuhhu
tau2 ja lah dah kerja sorang
aku tak da..
tutup lah cc nie..
dok bincang2 senja semalam
keputusan dibuat
Kami balik 4 Dec - 6
pastu Mak tinggal perak
nnt lepas kenduri mak cik
Mak balik pahang ngan Pak cik kat johor tu
Pastu malam tadi Mak cik Baru tepon
mak kata dia nangis2..
lau mak tak da masa majlis dia
alahai..
yolah aku faham
maklumlah mak diorg ( nenek aku)
dah tak da..
mak pulak KAK LONG..
mestilah Mak penting..
Takpolah..
Lau aku leh cuti.. lagi
nnt aku balik perak naik bas ja lah
kuikuikui..
Insyallah,..
semoga semuanya dipermudahkan.
aminnn..
Cik Mawar




Kau digelar sebagai penyeri dunia
hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dunia yang bisa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
tebalkan ia dengan limpahan ilmu
Jua Hatimu Bak kaca yang rapuh
Kuatkan ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindungi
Dekat jua dihati untuk dikasihi

Engkau wanita hiasan duniawi
Mana mungkin
Lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datang dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Engkau Wanita Istimewa

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukan harta ataupun pujian
kelak tidak binasa
Sedarlah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari TUHAN
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Cik Mawar
Kisah Saya dan Awak
nie bukan lah kisah aku pon
just terbaca dekat web yg selalu
menjadi tempat persinggahan aku
banyak yg aku belajar
semakin kerdil ku rasakan dirku ini
begitu byk dosa selama ini
YA ALLAH
bimbinglah kami.pertingkatkan lah iman2 kami YA ALLAH
kisah cerita nie hampir sama
antara aku ngan encik.
tapi aku tak jatuh longkang
cuma step perhubungan ja sama
skrg.. aku aku hanya mampu berdoa
andai dia untukku.. dan aku untuk nya
insyallah kami akan bersama..
YA ALLAH sesungguhnya ENGKAU mengetahui apa yang terbaik buat kami
amin.

Mari ikuti kisah ini..blh dibuat pengajaran dan pedoman

Sedar tidak sedar, sudah 3 tahun saya mengenali awak. Tak pernah saya terfikir peristiwa memalukan saya terjatuh ke dalam longkang membuat hati kita bertaut. Terima kasih kepada Allah kerana mentakdirkan saya terjatuh dan terima kasih juga kerana Allah menggerakkan awak untuk mentertawakan saya. Jika tidak, hubungan kita tidak mungkin sampai sejauh ini. Siapa pernah menyangka peristiwa sekecil itu mampu mengikat hati dua insan. Walaupun saya dan awak masing-masing berjauhan, teknologi benar-benar mengikat kita.

Saya sedar, hari demi hari saya semakin menyenangi kehadiran awak dalam hidup saya. Saya bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana kita bukanlah seperti pasangan kekasih lain. Awak tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang. Seingat saya sepanjang 3 tahun ini, tidak sampai 5 kali kita bersua muka. Itupun tatkala awak dan keluarga datang beraya ke rumah saya. Saya juga bersyukur ibu bapa kita saling meredhai persahabatan kita. Hari demi hari, kita semakin matang. Saya semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam sebenar. Dulu, saya fikir hubungan kita tidak salah. Ya, memang tidak salah dari pandangan mata luar. Namun jujur jauh di sudut hati saya, saya sering merindui awak biarpun tiada siapa antara kita yang pernah melafazkannya. Pernah saya angankan awak menjadi pembimbing keluarga saya kelak. MasyaAllah, begitu jauh saya lalai. Kata-kata seorang teman suatu waktu dulu benar-benar mendorong saya berfikir panjang. “Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama”.

Astaghfirullah…saya beristighfar panjang. Dengan segala kekuatan yang ada, saya katakan kepada awak. “Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya”. Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang saya lakukan. Saya sedar awak pasti kebingungan dengan kata-kata saya kerana antara kita sememangnya tiada yang istimewa. Saya juga sedar hakikatnya, awak juga punya perasaan terhadap saya biarpun awak mebisu seribu bahasa. Hubungan kita terputus begitu sahaja. Enam bulan berlalu dengan amat sukar bagi saya. Setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan segala yang terbaik untuk saya, semoga Allah permudahkan jika apa yang saya lakukan benar-benar keranaNya. Ingin saya katakan, betapa sukar melupakan awak. Dalam kesibukan saya melupakan awak, tiba-tiba saya dikejutkan dengan rombongan peminangan. Andai awak dapat melihat hati saya, pastinya awak tahu betapa terkejutnya saya. Ya, awak tunaikan permintaan saya. Awak datang lagi ke rumah saya, tapi kali ini dengan sebentuk cincin. Sekarang saya sudah sah menjadi permaisuri hidup awak. Sekarang saya bebas merindui awak tanpa rasa berdosa, saya bebas berbicara dengan awak tanpa rasa bersalah dan saya bebas menyayangi awak kerana awaklah pembimbing hidup saya. Terima kasih Allah ikatkan kita dengan tali perkahwinan biarpun pada usia muda remaja.

Terima kasih Allah menghadirkan awak sekali lagi dalam hidup saya.


www.iLuvislam.com oleh : eVe
Cik Mawar
Hari ini saya sakit mata
sudah dua hari sata sakit mata
mata saya pedih sungguh rasanya
saya kerja jugak
walaupon mata saya sakit
sebab saya nak tuai tanaman saya
dekat farmville

saya tidak pandang orang
takut mereka jugak sakit mata macam saya
tapi kenapa mereka pandang jugak saya
mesti mereka kata saya lepas menangis

tak mengapalah
jangan salahkan saya jika mereka
jugak sakit mata macam saya



Bila sakit mata
kepala jugak sakit..
bila kepala sakit
saya mudah untuk menjadi tidak keruan

Saya tenangkan diri
saya main games dengan berkhemah lagi sabar
saya membaca
saya pergi menjelajahi segala ada yg ada didepan saya
ilmu dihujung jari..
Semoga saya diberikan ketenangan

amin







Cik Mawar



Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya:

Kita bertanya :
Kenapa aku diuji ?
Quran menjawab:
“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ." (Surah al- Ankabut, ayat 2-3)


Kita bertanya :
Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan ?
Quran menjawab,
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatau, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini ?
Quran menjawab,
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 286)


Kita bertanya : Kenapa mesti frust ?
Quran menjawab,
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah al-Imran, ayat 139)


Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya ?
Quran menjawab,
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah ayat 45)


Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab.
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah, ayat 129)


Kita bertanya: Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Quran menjawab,
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, ayat 111)


Kita berkata : Aku tak tahan!!!
Quran menjawab,
“. .dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87)


Kita berkata: Sampai bila aku merana begini ?
Quran menjawab,
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6)


Sudah.. Jangan mengeluh.. Jom baca Quran..

Sumber : www.iluvislam.com
Cik Mawar


Kami tidak berzina !
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaika
t! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Islam takde ke couple-cople ni?
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi d
ua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta....
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama.
Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?


Kami telah berjanji sehidup semati.....
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.


Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseoran
g wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa
ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)


Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Tau
bat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Sumber: http://www.iluvislam.com
Cik Mawar

muhahahahahaazzzz...
lihat lah duniaaaaa
cik Mawar Farm
huahuahuaa..
setelah ku habiskan modal
berribu2.. maybe lebih dari itu
yang aku tak pernah audit pon
akhirnya..
aku rasa puas
dengan hasilnya...
terapi yg sungguh elok
dikala tension
tanpa perdulikan org lain
dengan penuh bersemangat
menguruskan ladang
hahahaa..
oh yeahhhhhh
la la la la
duit aku banyak lagi tu
lau leh ambik
aku ingat nak beli kereta..
nak beli bas..
rumah dah ado 2 buah tu
hahahahaha..
memang menyengat lah games nie
cettt.. sib baik rumah aku
tak da internet
lau tak.. lagi haru lah..
hahahahaa..
oklah.. nak pi kemas lagi
~Away~



Cik Mawar

Arghhhhhhhhhhhh
sakitnya kepala aku nie
ermmm..
apa entah yang aku fikir pon
aku pon tak tau..
cam serabut ja
cam kosong..
cam macam2..
alahai..

Tetiba ja..
rasa nak kerja lain..
tadi dah isi semula SPA8
ermmm..
Pasal kerja nie.. ermm
org selalu kata knpa
aku tahan kerja sini lama
yg mana fikir macam aku faham lah
yang mana fikir wang..masa depan
mesti soh kerja lain
entah lah..
aku pon tak tahu nak fikir apa
kadang2 tension..
kadang2 syukur..
tulah manusia..
bila dok fikir macam2..
syaitan tu mula lah masukk
tu yg kepala pon sakit
macam2 fikir
dah lama tak sakit kepala cam nie
rasa cam dihempap2 ngan batu
encik ada cakap
malam tadi..
nnt lah dia tgk ..kot2 kat tempat dia
ada jawatan untuk aku
ermm...

nak kerja luar..
lam kepala..dok fikir ja
"akak harap ko ja..akak tak harap org lain..nnt ko dah kawen, tanggungjawab dah ke suami"
"takpolah..soh encik pinang lambat2 camtu"
"hiss ada lak camtu..tak da lah akak maksud camtu"
"entah lah akak.. kadang2 sedih..alahai"

akhirnya aku citer gak kat akak pasal
pertama ramadhan aku nangis tahap gaban tu
erm... mmg tak tahan sangat
masa citer ..banjir agi mata
entah lah..
dah umur semakin meningkat
hati nie mudah sayu..
air mata begitu murah
alahai
bebel agi ..
nak rehat lah

"YA ALLAH sesunguhnya ENGKAU mengetahui apa yang terbaik buat kami. Hanya kepadaMU hamba berserah...amin"




Cik Mawar

Semalam
31 Oktober 2009
sampai jugak akhir nya
aku ke Kelana jaya
penempatan jemaah2
yang ingin menunaikan ibadah Haji
sebelom berangkat ke lapangan terbang
perjalan aku dan semua selamat
sampai dah selamat kembali..

alhamdulillah

Tak sangka ramai betol
orang kat sana
ramai agi rombongan hantar sebenarnya
hahahahaa

dari jemaah nya
yalah
bayangkan..aku hantar mak n ayah kak ipor ja
org yang g satu bas.. 3 buah kereta
hahahahaha...
meriah tu ja lah ha..





rupanya mmg dah disediakn
tempat duduk2 untuk semua yang menunggu
so selesa lah nak makan @ berehat
petang jumaat tu
diorg wat nasi impit n rendang daging
huhuhu sedapppp
aku kerja.. so tak leh lah nolong pon
malam tu aku wat muffien n 2 bijik kek
leh lah nak wat makan2




huhuhuh tu lah hasilnya
muffien tu dah masak
kek tu aku ambik gambor
masa lom masak..
masa masak dah lewat
aku penat2 dah..
so dok ambik gambar pon
kek tu kerat2.. boh lam plastik siap2
esok senang org ambik ja
tak yah kecoh2 nak kerat2
huhuuh

Tapi yang aku tak sangka
tetiba tgh ramai2 org nie
ado insan panggil nama aku
dengan nama penuh
seperti dalam
kad pengenalan
upanya.....kawan sekelas aku g Haji
ngan mak n ayah dia
huhuhuhu..tak sangka kan
dah rezeki dia..
masa sek dia lah paling suka nyakat haku..
huhuhuh..last jumpa dia masa raya ngan kawan2
tak tau lak dia nak pi haji

kawan aku.. yg pakai baju kuning tgh tunduk..
huhuhu dok dapat ambik pic dia
nie pon curik2
hahahaha..
arip...arip.. alhamdulillah murah rezeki hang..

tengok lah nie, lah
keluarga aku
huhu..luqman dok beriba tu..
merengek nak susu
husna sib baik dok meragam
elok ja dia..
tu kakak kak ipor..ngan anak2 sedara dia
huhuhu


luqman nampak ja aku ambik gambor
cepat2 dia datang
nak kemera
huhuhu..
tidak sama sekali
sekali dia wat jatuh
dah lah..
hahaha cepat2 aku simpan
sempat ambik pic dia.. umpan dia
tgk muka dia ja
hahahahaa..
pastu simpan
15KG luqman nie
aku tgh sakit2 badan nie
asyik dukung dia
lau idak..lari kemana tah
alahai
sampai kasut acik tecabut
hahahahahahaa


huhuhu dah sibuk2 semua tunggu kat
tempat jemaah masuk
aku dah siap2 salam
dah siap solat dok lah rehat jab
sebelom balik..
masa salam tu hibaaaaaaa..
walaupon dia bukan mak aku
aku hiba gak..
yolah g jauh tu..lama
berserah ja lah
panjang umur ..jumpa lagi
semoga selamat
kak ipor aku..
adik beradik dia
ngalir air mato
cepat2 aku beredar.
aku bukan leh.. kang
aku yg lebih2..huhuhu



Kami semua pulang dalam kol 3 lebih lah
lepas mak n ayah kak ipor masuk dalam. nak tunggu
bas bawak g lapangan terbang lak
pastu..singgah giant senawang Tepi jalan tu ja ha
luqman suka benar naik bas
dia dok ngan aku
dok ja tepi tinggkap berdiri
tgk bus, lori, car, huhuhuu
mulut dia munyi ja
smapai tetido berdiri..hahaha
namo duduk
bagi susu baru lentok kat riba aku..
alahai....luqman2
lepas g giant
dah magrib singgah masjid..
solat maghrib
selesai semua
baru lah terus ja pulang..
dalam pukul 9 lebih gak lah..
sampai rumah
alhamdulillah..
selesai semua..
semoga mak n ayah kak ipor selamat dan dipermudahkan
menunaikan ibadah haji
~aminnnnn~



Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Cik Mawar FC