Cik Mawar
Faizal & Mala

Dari kiri: Mas, Jidah, Faizal, Mala, Mazita, Cik Mawar, Ains (depan) Ally


Mas, Cik Mawar & Mazita

Mas & Cik Mawar












Cik Mawar
Kembali lagi aku akhirnya..untuk mencoret kan lambaran kehidupan ku disini... Setelah 2 hari bercuti..Ku rasa kan..kenikmatan..meluang kan masa bersama insan2 yang tersayang.. Tanpa ada gangguan..tanpa ada rasa nak bergegas2 balik n pulang ke rumah jua ke tempat kerja.. Huhauaua.. Tanpa perlu mencapai helmed..n memecut motor ku mengejar masa..yang selalu rutin ku terlewat g kerja..n ingin pulang awal sebelum cerita SPA Q bermula..huauhaaa..

Hari jumaat...wat kerja2 umah ja, membasuh, mengemas, memasak, menonton televisyen, menidurkan diri di tgh hari, hehehee..cuti kali nie..petang aku masak bubur oat+barli+ sagu.. wah wah..teringin lak makan.. bubur nie baik untuk kesihatan..tapi jgn manis2 sgt buat bubur nie..elok2 untk kesihatan jadi penyakit lak..hehehe..lagi2..untuk santapan kedua orang ibu bapa yang tercinta..Malam dok lam bilik ja..msg ngan encik sekejab ja..pastu dia hilang..tetidoq kot..aku pon sedar2 kol 1..tgk tepon ado msg pak cik masuk...alhamdulillah pak cik aku dah kerja.. tak lah aku risau sgt..Semoga...beliau sentiasa berbahgia...N lupakan benda yang dah lepas.. Biarlah..ia hanya menjadi kenangan silam yang blh diberikan pengajaran..errmm..

Hari sabtu...Luqman tinggal kat umah, ibu n ayah dia g shoping kat Segamat..Dok bersilat lah aku ngan luqman kat umah..sambil menjahit..dah kol 10 lbh baru dia tetidur..aku tlg mak masak jab..hari nie nak g kenduri..kawan aku kawen..Sorang2 kawan kawen.huhuahaa..nie kadang2 wat teruja..Tapi KINI...errmm..biarlah..masa menentukan segalanya..Aku g ngan ains.sampai sana dlm kol 1 gak lah..pengantin pon dah bersanding..merah bajunya..cantik..Merah pekat + putih.. berseri2 muka kawan aku..Sempat gak kami ambik sedas dua gambor ngan pengantin.. yang tak tahan..adesss..aku ngan yg lain masuk lam bilik pengantin..melaram sakan..huahuaa.. dah lamo aku tak ambik gambor..wah wah..lense kemera asyik ditujukan ke arah ku saja..adess..segan den.. kebetulan warna cadar samo lak ngan baju aku pakai.muahahahazzz...posing lagi sedas. kunun2 ayu gitu...

Dah penat dok senyum2 kambing..g luar dengar kawan2 yg lain dah dtg..ramai lah jugak..n ado lah beberapa org cikgu..Tapi yang aku pelik..mengapa org lebih teruja nak tanya aku bila nak kawen? adesss..kawan aku tak dok pon diorg tanya..aku pon jadi hairan dengan keterujaan mereka semua...aku ngan muka yg selamber lagi berpekej kan senyuman yg manis menjawab " bulan 13 lah...lau ada nnt"ado ka? entah..hentam sajolah...hihihih...kawan2 yg dtg pon ada yg nak melangsungkan perkahwinan tahun nie jugak..semoga semuanya berjalan lancar...amin.. pukul 3 lebih baru aku balik..tu pon bergegas2..nak zuhur..adesss.. jumpa kawan2 tak hingat...

Petang mak lak ajak g padang tempat aku..ada aktiviti, check kesihatan, jualan2, dikir barat, sebab malam nie ada forum perdana ..Nak g check kesihatan mak ja..g bawak luqman hakim..ish ish..mentang2 dah pandai berjalan..habis dia keliling nya padang.. tak dukung..mayah dia..hehehe..luqman2..Malam kunun nya nak menyahut kempen totop lampu selama sejam, dah beria siap2 kan makanan..makan sama2 cepat2..sampai kol 8.30 aku pon tutup semua lampu..Tapi TV tak tutup sebab abah nak tgk berita..hahahaa..pasang lah lilin..luqman hakim main..sampai jari dia kena api..masa tu dia dok kat riba aku..aku ingat dia main2..upanya nangis...sakit..hauuauaa..abah terus marah..dah dah..g buka lampu..merepek ja..tgk umah lain..mana da tutup..awak ja beria..adess..hampe...Takpolah..lain kali lah...huauaaa.. Apapun..cuti 2 hari mmg best lah..Alhamdulillah .

* Pic kat kenduri kawen..akan menyusul kemudian..
Cik Mawar
Alhamdulillah aku masih diberikan peluang berada di bumi ALLAH swt ini.. untuk menghirup udara yang segar, sujud kepadanya jua menjalankan kehidupan seperti biasa.. Malam tadi aku tidoq kol baper tak perasan lak..coz bosan sgt..Hari Rabu cerita lam TV mmg tak best..Tepon lak.Tak dok sapo pong nak msg..huahuaa.. sedar2 dengar suara mak gerak aku " bangun, tolong mak kat dapur nie..wat sambal, mak nak masak nasi lemak nie.." ..Ngan muko mamai bangun lah aku nie..g ambik cili kering n bawang...mato dok pejam2 agi nie..hauhaua..dengan kegigihan yg jitu akhirnya...Siap juga aku masak sambal sotong n sambal ikan bilis....Alhamdulillah...

Azan pon dah berkumandang..gerak adik..Hari nie ado agenda baru..hihihh..Aku n Adik Nak poei Jogging..la la la...mak n abah gelak ja..aku kata.."lau adik kurus nnt, aku nie tinggal rangka" ..huahuhaaa...kol 6.30pagi mulakan aktiviti yg lama dah aku tak buat nie..masa study kat Bangi dulu selalulah aku pi jogging..lau class ptg..sempat2 poei pagi..kat tasik Cempaka.. lau tak dok membuta ja kat Hostel...Sib baik ado geng yg kena paksa ngan haku..hiih.. Tempat aku nie banyak bukit..kojer naik n turun bukit ja lah.. adess..semput2 gak haku nie.. Kat tempat aku nie..lau jogging org tgk mcm nampak alien..muahahahazzz..yolah jarang ado yg nak jogging..tu kami poei subuh2,,maleh nak menerujakan pandangan org...

Dalam 25 minit gak lah..sampai umah..tu pon hari dah cerah..Penat nya nauzubillah...aduyaiiii..dah lamo tak jogging..badan pon dah beyat...ayak!!!.. tetiba lak raso nak pitam ado..sakit palo ado...mcm hilang semua tenaga..adess..dah wat regangan sikit2... terlepek aku atas katil...raso dunia nie berputar2 lak... mak apo agi...bising lah..." ha..nak sangat, jadi apa camtu"..g sarapan tu..Adesss...NAsi lemak sambal sotong yg biasanya lau..makan aku mesti tambah..kali nie aku makan 4 sudu ja..tak larat....huahua Cari penyakit..Lau bagi tau encik nie..mesti kena mayah " ha...baguslah cari penyakit..tak dok kojerr"..hauhuaa.. Encik mano ya? diam ja....(adess..tetiba teringat lak )

Adesss...pala pening2 lagi nie...g kerja tadi sempat ambik pisang ja...tak dok terasa lak nak makan...raso satu badan lomah..adess..sampai ja tempat kerja ado custemor tunggu nak suruh Taip kertas kerja, Cikgu nie...Dia nak cepat lak...terpaksalah aku menumpukan sepenuh perhatian pada kerja hari ini.. Bos lak tepon kata..lau nak cuti Sabtu...takpolah..esok tutup ja..tak yah kojer...huahuhaua..(aku pon apo agi..., lagi semangat lah nak siapkan kojer).huauaa.. Cuti 2 hari...best nya dah lama tak cuti lebih dr sehari...hihihi..

Esok nak g agi joging..kena lah hari2..lau selang2..nnt sakit agi badan2..nie.. hehhe.. luangkan 20 minit sekurang2 nya 3 hari seminggu..baik untuk kesihatan.. hehehe.. Adess..nak balik lah...lapor lak rahsanya...

~Selamat Bercuti~
Cik Mawar

Diari salah seorang kawan aku...huahuahuahaa..tak tahan nak gelak bila tgk vedio klip nie.. Tak tau lah lau org lain tgk gelak @ tak? tapi sebab aku kenal kawan aku nie.. hahahaa..tgk banyak kali pon vedio nie mesti nak gelak.. Muka dia serius gila...hampes ja.. nyanyi macam tak dok perasaan.. adessss.. Disebabkan terlalu fanatik dengan video klip nie..aku mintak izin kat tuanya.. nak letak lam blog haku nie.. leh kongsi ramai2 diari hidup dia..hauhauhaa..adesss..

DImana jua mu sahabat..ku harap dikau sentiasa berbahgia..Semoga Bahagia jua sering bersama kita.. Kehadiran mu sahabat amat aku hargai... Semoga persahabatan kita berkekalan.. dikau lah sahabat..dikaulah saudara ku....dikaulah... bla bla bla... hauauuahuaa..

Cik Mawar
Kenapa plak nak tutup lampu ?? - Sebab..sudah tiba masanya untuk kita bertindak dan sedar. Tentang pengunaan dan pembaziran tenaga yang berlebihan selama ini. Secara tidak langsung telah memberi kesan terhadap kenaikan suhu dunia. Satu jam ( 60 minit ) tanpa lampu , diharapkan dapat memberi impak. Tentang bagaimana kita menilai sumber tenaga yang sedia ada.

Siapa yang startkan benda nieh ?? - Ianya bermula sebagai sebuah kempen di Kotaraya Sydney , pada tahun 2007. Kempen ini mendapat sokongan dan amat berjaya , apabila hampir 2.2 milion rumah dan kedai perniagaan bersama-sama menutup lampu. Setahun kemudian acara ini telah menjadi sebutan di seluruh pelusuk bumi - dengan penyertaan hampir 50 million orang dan merangkumi sejumlah 35 buah negara. Acara ini diraikan , sebagai satu simbol harapan kepada satu perubahan.

Cuma tutup lampu lah ?? - Ya , hanya tutup lampu selama 1 jam ( 60 minit ) pada 28 Mac ini , bermula jam 8.30 malam . Itu sahaja tanda sokongan yang perlu lakukan. Dan dalam kegelapan ini , mungkin kita boleh berfikir betapa sumber tenaga itu seharusnya diguna dengan baik, dan bukan untuk dibazirkan.

Boleh ke saya buat benda ini ?? - Sudah tentu boleh . Hanya memerlukan hujung jari ,[ Untuk menutup suis lampu ] kita akan mampu mengubah nasib Bumi ini . Mari kita semua beramai-ramai menyahut seruan 60 MINUTES-Earth Hour 2009 .Yang akan berlangsung pada 28 Mac 2009 [ Sabtu ] , bermula jam 8.30 malam. Dengan hanya menutup semua lampu selama 60 minit , kita telah membawa harapan baru terhadap masa depan Bumi.

Apa matlamat untuk tahun ini ?? - Tahun ini , diharapkan sebanyak 1 billion umat manusia yang bertaburan di lebih 1000 buah kotaraya . Akan bersama-sama berganding bahu dalam projek global ini. Ini akan menjadi pemangkin yang kita boleh sama-sama mengambil tindakan bersama , dalam menangani isu pemanasan suhu dunia yang berlaku sekarang ini.

Siapa lagi yang saya nak ajak ?? - SEMUA !!! - Tindakan ini menuntut kerjasama semua pihak. Dari orang perseorangan , Industri Perniagaan dan komuniti setempat. Kita boleh bersama-sama keluarga , teman rakan dan ahli komuniti tempat kita tinggal untuk merayakan 1 jam tanpa cahaya ini. Begitu juga dengan Pihak berwajib , dan dari situ baru kita akan dapat melihat setiap bangunan. Yang melatari kaki langit setiap ibu kota dunia , bermula dari asia , eropah , africa dan amerika akan bergelap untuk menyahut seruan kempen ini.

Cik Mawar
Nauzubillah..tgk ja pic kat atas tu leh menitis air mata nie...hati nie terusik ngan keadaan sekarang..org langsung tak tahu dah mana dosa pahala..sampai nya hati..nyawa insan yang tak berdosa dilakukan sedemikian, mana pergi nya semua nilai kemanusiaan dalam hati diorang..? Dah tentunya anak2 yg dibuang nie hasil dosa mereka...kenapa nak buat tak nak fikir? dah hidup satu nyawa..baru nak gelabah buang sana sini...YA ALLAH jauhkan lah kami dari semua ini.. Tak da ka langsung rasa kasih sayang pada anak yg mereka kandungkan 9 bulan, Nauzubillah. lihat senyuman seorang bayi pon dah boleh menghilangkan penat bekerja seharian, lihat bayi menangis pon dah meruntum kan jiwa ini..bagaimana pula mereka yg sanggup membiarkan anak mereka diperlakukan begitu?

Orang yg ada ikatan suci pon nak dapatkan anak kdg2 usaha pelbagai cara..Tapi diorg nie senang2 ja nak buang anak merata2...Kalau dah buat satu dosa tu..wat apa nak tambah satu dosa lain..Pintu taubat sentiasa terbuka buat semua yang ingin bertaubat..ALLAH swt Maha pengampun lagi maha penyayang..Manusia mana yang tak pernah buat kesilapan..? Kdg2 kesilapan jua yang boleh menyedarkan kita jua membawa kita ke pangkal jalan..Tapi jika diri sendiri tak mahu fikirkan tu semua...Tu yang sering berlaku berulang kali perkara di atas.. Anak tu langsung tak berdosa...Mereka lah yang akan menjadi bidadari/ bidadara di akhirat kelak... mereka insan yg suci,

Ada Kawan dtg jumpa aku..dah dekat setahun diorg kawen, Biasalah soklan cepu perak lau jumpa kawan2 dah kawen nie " ekou dah ado ka?" dia leh jawab"lom ado agi, mcm2 skill dah aku cuba, tapi lom ado agi rezeki"..adess..dah lah laki dia yg bagi tau camtu..hampes ja..blusing2 muka haku.. n dia ada kata " entahlah...kita dah kawen nie payah sikit nak lekat, Tapi org yg dok berzina tu, senang ja dapat, pastu bukan nak hargai"....Malam Tadi aku baca surat khabar, tertarik dekat satu artikel...kes pembuangan bayi dekat pantai,mersing, sedih aku, kebetulan pulak kat berita TV3, pasal bayi perlukan sumbangan untuk pembedahan jantung berlubang, menangis aku tgk bayi tu tercungap2, menangis...tentu sakit..tapi budak2 mana lah tahu nak cakap..apo diorg rasa..Tgk, yg dapat anak , sakit...pie berubat..usaha jugak nak anak tu sihat, Tapi yang dapat, sihat senang2 ja campak anak merata2...even tak nak anak tu,,jgn lah dibuang dlm tong sampah, bawah kereta, dalam lubang tandas, yg boleh meragut nyawa bayi tu..
Hantar lah kemana2..yg boleh buat bayi tu selamat...adussss..
Cik Mawar
-sekadar gambar hiasan-

Hari nie haku dapat gaji dah..huahuhaua..alhamdulillah.. rezeki.. padahal lambat agi 25 hr bln..Rezeki nak mai kan sapo tak nak? hambik lah.. Ya lah maybe nie cara Bos nak berterima kasih kot..sebab cuti sek seminggu nie..dia masuk hari rabu ja sekejab..ambik duit hari2 yg lain dia tak masuk...balik kampung katanya...sedara mara habis dok pakat nak kawen ja..hihihi.. asyik pegang duit berkepok2 ja..Bos pon apo agi..." ambik lah gaji tu dulu, Takpa..tak yah tunggu minggu depan" yolah samo gak..hehehe..ambik hari nie @ rabu nnt..hehehe

Bulan nie tak leh nak menjula joli...coz roadtax motor habis 9.4.2009 so..duit gaji lah nak kena save..buek insurans n roadtax..ingat nak servis motor tu gak.. minyak hitam kena ganti bulan nie...Petang nie leh g pasar jab..g beli sandle.. sendle yg ado tercabut lak tapak nya..huhuu..yg elok pon hari tu dah kena sonlap..kena lah beli baru..murah ja beli kat pasor RM12 hinggit...manyak pilihan..lawo2..hehehe..


Cik Mawar
Sebut ja walimatulurus..mestilah berkaitan ngan perkahwinan..hehehe..bulan nie..mmg bulan penuh ngan kenduri kahwin kat tempat aku..sampaikan tiap minggu aku kena g kenduri kawen..huhuh..makan free sajo lah...semalam jiran kenduri..hari nie pon nak g kenduri..anak sedara kawan lak kawen..huhuh...minggu depan kawan aku lak kawen... huhu..aku jo lom ado nampak bayang nak kawen agi.. Encik aku tu tak dok angan2 ka nak kawen? hauhuahuahaa.
bila citer ngan dia.. " kawan2 ramai dah kawen, ado yang anak dah besar " ( ayat pancing nie ) dia jawab...." nak wat camno, jodoh diorg awal"..tettttttt..ayat mati disitu sajo..

Hihihiihhi..Kawen sekarang lau tak dok puluh ribu..raso cam tak lengkap nak wat kenduri..mmg lah org kata biar berpada dalam melakukan sesuatu..klu majlis aku pon nnt aku nak buat sederhana ja..Tgk lah artis2 skrg, Tak payah artis org biasa pon..fuhhhhhhhhh..sekali wat kenduri..kalau cakap habis RM30k tak yah terkejut lah..kat tempat aku nie pon Hantaran RM10K dah jadi macam trend..Tak da yg terkejut dah? lau dulu RM8K pon mato mak ayah dah terbeliak...skrg lau kata RM10K..biasa ja..ada yg aku dengar..ramai gak yg kongsi2 pasal bab2 hantaran nie? patut ka? lau RM10K hantaran tapi RM3K duit perempuan? apa natijah sebenar diorg nak buat? nak menunjuk ka?...apa salahnya lau ikut ja kemampuan lelaki tu hantaran RM7K..Tapi perempuan tak perlu bagi duit dia dah...Tak da masalah kot...hihihi..entah lah aku pon tak faham... Kakak aku dulu pon RM7 K ja...Abah kata..biarlah sama ngan kakak ipar..so tak yah pening2 kepala...maybe aku pon macam tu gak kot..huhauhauhaa.. Aku tak kisah pon, yg pntg semuanya berjalan lancar..Matlamat utama..adalah nak mendirikan masjid..n menambahkan zuriat..Insyallah.

Tapi bilo pasal kenduri2 nie..haaaaaaaaaaaa..nie yg selalu wat aku pening..huahuhaa..bila time aku nak tutup kedai tu..dilema nya..nak suruh custemor balik..huhuahuahua...kadang2 dah tutup tingkap dah nie..masih tak faham2 nak balik..sampai tu leh tanya..Akak nak tutup ka? padahal muka aku dah senget dok tunggu diorg...hahahhaa.. Bukan sajo nak menghalau-halau nie..Tapi aku ado hal..lau tak dok kenduri2 nie..aku pon tak dok nya ..nak tutup @ suruh diorg balik..hihihih..Ado satu masa tu aku rasa nak tutup ja pintu, kipas, lampu, n balik ja..bio diorg lam nie.. ( tapi niat lam hati ja lah) tak dok lah aku nak wat camtu.. mau ado yg kena pelangkong palo nnt... skrg nie pon ado agi 2 org nie..sib baik budak2 muko tak degill..senang haku nak soh balik..jab agi nak g umah salemah..anak sedara dia kawen..adesss..salemah nie bilo lak..sampai anak sedara dulu kawen..hehehe..

~away g kenduri ~
Cik Mawar

ANDA yang mudah lupa kini boleh mengamalkan satu cara mudah untuk menguatkan ingatan.

Menurut para penyelidik Jerman, mencium bau-bauan yang kuat, seperti bau bunga mawar, boleh menyegarkan semuladaya ingatan mereka yang mudah lupa.

Para penyelidik itu mendapati bau-bauan boleh merangsang ingatan baru dalam otak manusia semasa mereka tidur.

Laporan penyelidik itu, yang dimuatkan dalam jurnal Science, menarik perhatian bahawa ingatan manusia mulaterbentuk dengan lebih teratur semasa tidur dan unsur rangsangan yang diterima didapati boleh menyegarkan semula laluan ingatan otak.

Dr Jan Born dari Universiti Lubeck di Jerman dan rakan-rakannya mendapatkan 74 sukarelawan untuk ujian ini. Mereka disuruh bermain permainan seperti Concentration, yang memerlukan mereka memandankan objek atau kad dengan menterbalikkan satu objek atau kad sekali saja dalam sesuatu masa.

Selepas satu malam, mereka yang menghidu bau mawar didapati boleh mengingati 97.2 peratus padanan kad dan objek yang mereka cuba ingati sebelum tidur. - Reuters.
(Dari Petikan Untuk Panduan Bersama)
Cik Mawar
Sekarang nie bezy lah sikit...Maklumlah custemor ramai..aku pon jadi kalam kabut sikit..heheh.. ya lah bkn selau custemor penuh cam nie 12PC semua penuh..balik sorang terus masuk custemor baru..alhamdulillah..murah rezeki bos aku..huahuaa..yolah..Gaji aku samo ja..hehhe.. Tapi best gak..meriah ja raso..huahuaa..lau tak aku ngan PC n kawan tenet ja.. buhsan gak..kdg2 nak muntah chat.hahaha..

Tamboh bezy aku dok isikan borang2 sambung belajar untuk adik aku tu.. Baru lepas SPM.. erm.. budak lelaki lau tak minat belajar tak leh nak wat apo dah..Aku isikan lah IKBM, SPA8 tgk lah nnt apo2 yg leh isi lagi..Nak masuk U tak lepas tu... Lau g sambung kemahiran..leh lah belajar something yg berfaedah..nie lau dok belajar baja buku tebal2 pon tapi tak masuk lam otak.. buang masa n buang duit lak.. Dia pon dah bagi tau awal2...nak sambung kemahiran ja.. Biarlah.. daripada dia tak tentu arah.. Tu lah satu2 nya adik aku lam dunia nie.. Aku dapat adik lambat, darjah 1 baru dapat adik, so masa tu dah manja sangat...Bila tau ja aku nak dapat adik..aku siap cakap kat mak " siaplah..lau adik keluar nnt, nak tanam dia kat belakang umah.." hahahah, Tapi apo yg berlaku sebaliknya, Lepas ja aku dapat adik, org lain tak leh dekat nie, lau leh aku nak dok kat dia 24 jam..hauhaua..Aku suka ngan baby..hehehe..Baby pon suka aku ( cett perasan ja)

Tapi bila masa terus berlalu..berlalu sehingga sekarang..adik aku pon besor n tinggi lebih daripada aku..hauhuaa..lau kata dia abang aku..mesti orang percaya, ehem ehem.. (pasan muda lah nie ) hehehee...Tapi satu ja..aku ngan adik tak mesra sgt..kdg2 nak gaduh ja..entah lah..masing2 sama2 panas kot.. ngan abang n akak dia tak berani nak lawan, cakap sekali terus dia buat..ngan aku..huh..cakap sekali..dia tak buat, cakap manyak kali, ha..aku kena marah..adess..tu yg bila aku lawan balik..leh terangkat semua..hauhauh..leh gegar umah....huhu.. time mood ok..oklah..tapi time tak ok tu..ish ish.. senjata aku senang ja.." ha..aku bagi tau abah"..muahahahaazzz..dia takut lah.. Lau ngan mak dia kureng takut..maklumlah..mak baikkkkkkkk..ayah pon baikkkkkkk..Tapi sebab ayah jarang marah...tapi sekali dia marah..gegel tutut..hehehehe.
Adess..dah lah nak sambung isi borang nie. bebel lak lam nie.. Tersedak adik aku.huhuhuhu.
Cik Mawar


Peria atau dikenali sebagai kanbas atau nama sainsnya Momordica Charantia adalah sejenis sayur yang rasanya amat pahit,tetapi di sebalik kepahitan itulah tersembunyi seribu satu khasiat untuk menjaga kesihatan tubuh badan.Di pasar kita biasanya dapat melihat dua jenis peria. Ada yang panjang dengan warna hijau muda dan ada yang kecil saiznya atau digelar ‘peria katak’ yang mempunyai warna hijau tua.
Peria mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Setiap 100gm peria mengandungi 92.4 peratus lembab, protein 1.6 peratus, lemak 0.2 peratus, mineral 0.8 peratus, fiber 0.8 peratus dan karbohidrat 4.2 peratus.Sejak zaman purba lagi peria digunakan untuk merawat kencing manis.
Doktor dari England telah membuat penyelidikan untuk mencari nilai saintifiknya. Hasilnya mereka menemui hypoglycemic atau insulin. Seterusnya mereka mencipta plantinsulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing.Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit kencing manis ini ialah dengan meminum jus yang di ambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi.
Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan. Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potong peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk.Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah dihancurkan pula digunakan untuk di sapukan ke tempat buasir.
Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah fungus, peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan.
Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengamblan alkohol.Walaupun peria tidak diminati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak.
* Ulam kesukaan Cik Mawar nie..heehhee
Cik Mawar

" suka2 ja custemor tu nak marah haku "
Dia yang Tak dengar
Cakap Haku lak berat mulut
Hampes.
Cik Mawar
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?

"Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.
Cik Mawar

Taraaaaaaaaaaaaa..nielah kuih yg selalu membuatkan aku n mak tidoq smpai kol 2 pagi..huahaua..Tapi kuih versi mak tak da lah warna2 macam atas tu..pic atas tu aku cari kat internet ja..kuih kitorang buat warna putih ja n sira ngan gula.. Tapi tak selalulah..ikut klu ada tempahan adolah kami buat.. Mak jual dengan harga 1 tin RM20.00, Biasanya time musim kenduri adolah yg tempah..blh lah buat tampung2 duit belanja, Kuih nie kena buat malam, sebab lau siang tepung nya mudah kering (sbb panas).
Malam kemarin n malam tadi aku buat ngan mak, 2 tin org tu tempah, nak ambik esok katanya. Biasanya pkl 8 lbh lepas solat semua mak mula dah mengadun, aku tolong grg ja..hauhauha.. masak kuih nie kena guna lidi coz nak buka lapisan yg ado tu.. api tak boleh kuat @ pelahan..sederhana ja.. sib baik ado TV kat dapur tak dok lah bosan sgt... Mak lau ikutkan tak larat dah nak terima tempahan, Tapi sbb aku ada tlg, lagipun custemor tu dah biasa tempah, tak sampai hati lak nak kata "TIDAK".
Org dalam umah aku mmg tak makan dah kuih nie..huahuhaa..dah lau selalu ado depan mato.. mana lah lalu nak makan..lau raya pon buat sikit ja untuk tetamu. Klu nak makan pon kuih nie.. yg nipis2 hujung2 kuih tu..sira ngan sambal...baru habis disantap..huuhu..lau setakat cam atas tu sira ngan gula..mmg tak jalan..hehehe..

Cik Mawar
sewaktu proses memasak
Hasil pembuatan kuih Ros @ kuih Loyang

Bahan-bahannya:-
1 Bungkus Tepung Beras
1 mangkuk santan pekat
1 cawan gula
2 biji Telur
2 Sudu Air Kapur
Sedikit Garam

Cara Membuatnya :-
1. Masukkan telur n Gula putar hingga kembang
2. Masukkan santan, air kapur serta garam.
3. Apabila bahan sudah sebati, masukkan tepung dan kacau hingga semua sebati. jgn terlalu pekan @ terlalu cair adunannya.

p/s : sebelum tu panaskan acuan bersama minyak, agak2 acuan panas baru mula kan aktiviti memasak.

Petua : untuk mengelakkan adunan melekat pada acuan, rendam acuan dalam air asam jawa semalaman.

Nie kuih yg aku paling suka buat..lau raya mesti tak tinggal nak buat kuih nie, setakat nie lah..hehe..Baru 2 hari lepas buat, sebab mak nak bagi kat jiran, untuk majlis kenduri kawin...Tapi buat kuih nie hati mau tenang, lau tak..kuih pon tak mau jadi..huahuaa...





Cik Mawar
Minggu lepas aku ada cari maklumat kat internet nie..Pasal wasiat imam Syafie, pastu terjumpa satu laman web pembelian buku secara online.. belek punya belek aku tertarik dekat satu buku nie...(tu kat atas tu tajuknya :Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah) tak tahu lah nak kata..tapi byk2 buku dlm laman web tu..buku nie yg begitu menarik minat aku.. boleh beli secara online.. Tapi aku ragu2 lah..kang tak pasal2 duit haku melayang.. even RM 25 termasuk pos.. Tapi lau lesap..camno? duit berharga tu... lagi2 pada org mcm haku yg bergaji rendah juga nie..hehehehe

napolah tak dok kedai buku kat tempat aku nie, lau tak mesti aku dah berlari cari buku nie @ tempah.. Nak g kedai paling dekat pon kat Segamat, 45 minit..mana ado masa, lau nak g naik bas tambang g balik RM10..masa lagi..hauhauaa...Pastu teringat insan tersayang lak.. on emel taip

"akak nak mintak tolong leh tak?
kat sana kan banyak kedai buku
nak mintak tolong beli buku leh?
nnt balik adik bayor lah
ngeh ngeh ngeh
nie tajuk nya " Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah"


emel dibalas semula

"ok nanti akak carikan ye"

hehehehe...Hope akak ingat lah nak belikan aku buku nie.. Tak pernah aku teruja sampai macam nie nak sesebuah buku.. Bulan 4 akak baru balik...agak2 dia ingat tak? huauaa..takpo2..nnt ingat kan acap kali.. Hope buku tu ado kat kedai... Harga dia sebenar murah ja RM19.50. Tapi byk ilmu dalam tu yg aku pasti sesangat , (tgk dari sinopsis lah)
sinopsis nya ada dlm laman web nie: http://www.bookcafe.com.my/index.php?target=products&product_id=960
Cik Mawar





















Cik Mawar
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”


PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

* kn kurangkan mkn lepas nie..
Cik Mawar


Aduhaiiii...Penangan budu nie mmg kuat melanda diriku masa ini.. skrg lau makan mesti budu siap dah..Kat rumah tu dah lah aku jo makan budu..huahua..sebulan 2 btl budu.. Lagi2 lau ado ikan grg ngan ulam..mesti bikin haku tambah nasi.. skrg selera pon dah bertambah2..sampai takut rasanya nak pi timbang berat badan...hahahaha...


Yang paling parah skrg..budu aku siap kuah kat nasi..sampai merah nasi tu.. selagi tak habis budu..tak berenti makan..ayak!!!..Kritikal ka masalah aku nie.?? org kata makan budu nnt banyak jerawat....huahuahua..semenjak aku makan budu nie..tak dok lak teruk muka aku..biasa2 ja..ada pon jerwat kecik2 ja..Alhamdulillah..skrg muka dah ok lah sikit Tak da lah jerawat besor2 cam sblm nie..Maybe Pakai Bedak Rawatan Reena's Cosmetics kot..hihihi..
Apa pun penangan budu nie nie..mmg lah tak leh nak kata...huahuaa..sampai raso nak minum lak budu tu..hahaha..parah2..adesss..aku mmg sejak dari dulu lagi suka masakan @ makanan kelantan but kuih kureng lah..sebab aku tak suka manis2..masin takpo..hauhuaa.. kalau nasi kerabu, laksam, laksa lemak tu mmg feberot lah.. kira lau nak masak sendiri aku boleh lah buat.. Cuma nasi dagang ja aku tak pernah cuba buat..lagipun tak minat sangat so tak axcited nak tray buat...Tapi akn cuba jgk suatu hari nnt.. Adess..citer bab makan nie..peyot jadi lapor lah..adesss.. Ikan bakar + budu + ulam + nasi panas...huaaaaaaaaaaa... Lapor.. hehehe
PS: kawan ada Pesan klu budu tu nampak merah cam atas tu elok lah..lau hitam tu kureng elok sikit ..hehehe..

Cik Mawar

Didalam sebuah cinta…Terdapat bahasa
Yang mengalun indah…Mengisi jiwa
Merindukan kisah…kita berdua
Yang tak pernah bisa…
Akan terlupa....Bila Rindu ini..
Masih milikmu ....Kuhadirkan sebuah..
Hanya untukmu...Harus berapa lama..
Aku menunggumu..
Didalam masa indah…saat bersamamu
Yang tak pernah bisa…akan terlupa
Kenangan masa yang…menghancurkan jiwa
Dengan segenap cinta…aku bertanya
Dalam hati ku menunggu..
Dalam benak kumenunggu..
aku…Masih menunggu….
Masih Menunggumu...
Cik Mawar
Hari nie Panas betol cuaca kat luar..waktu2 cam nie lah teringat..Nauzubillah...panas dunia belom lagi panas Akhirat.."YA ALLAH Jauhkan kami semua dari api neraka MU". Tgh hari balik jab umah nak g kenduri umah kawan abang, Abang nie dah biasa ngan keluarga kami, so segan lah lau tak g dia kawen,G ngan kakak ipor n akak kepada akak ipor..hehehe..sampai ja sana...ado budak2 tgh bersilat..tu anak2 buah adik haku lah tu..Pengantin dah sampai.. tgh dok ateh pelamin...dok sanding...org dok salam2..

Punya lah ramai org masa haku sampai nie..bersesak2 nak makan..aku pegang baby..anak kakak kak ipor, sian lak dia panas..cepat2 kami masuk umah..makan lam umah ja lah...tgk org ramai sgt..mesti tak dok tempat duduk. Kak ipor g ambik kan makan, Aku pon mkn ja lah apo yg kak ipor ambik...Nai putih + ayam masak merah + kari daging + pisang muda masak lemak, nenas tumis kuning + air bali.. makan pon sambil dok jago luqman nie...heehe..sejak pandai jalan nie..tak dok diam dia..suapkan nasi pon baper suap ja..pastu tak nak dah..

Hari nie lam sejarah...tak pernah2 agi..kasut hilang masa kenduri..Hari nie lah terjadi tanggal 8 March 2009, sandle den kena sonlap...uwaaaa...Nasib lah bawak kasut sandle biasa ja.. dah lamo gak pakai...erm..takpolah haku halal kan ja lah sapo ambik tu.. cuak gak haku..camno nak balik? last sekali..aku pon jadi pencopek sandle...muahahahazzz..Jaat aku nie...entah kasut mak cik mano lah haku hambik tuh...haku ambik sandle paling buruk yg ado kat situ...ermmm..harap mak cik tu halalkan lah...uwaaaaaaaaaaaaa...aku nyesal nie..cam nerlah aku tak terfikir nak pulangkan balik..sampai kat kereta,..aku pakai lah sandle kak ipor n poei hantar balik.. kenapa lah haku tak terfikirrrrrrr.......sian org tu..mesti dia pon cuak cam haku..camna nak balik..sandle kena sonlapppppppp...adesssssss... "YA ALLAH semoga org itu memaafkan dosaku ini. Kau bukakan lah hati nya..agar beliau memaafkan daku mengambil sandle ya YA ALLAH..amin..

Erm..kalau nak hantar balik kerja nie pon, tak guna gak.. mesti org tu pon tak cari dah sandle dia..erm...Berkecamuk hatiku.. nie nak wat muka sengal nie.. adess..sabor sabor.. YA ALLAH hanya kepada mu daku memohon YA ALLAH.. Semoga beliau menghalalkan perbuatanku mengambil sandle nya..amin.
Cik Mawar
Aku ingin menjadi mimpi indah
Dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu

Karena langkah merapuh
Tanpa dirimu
Oh… Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu
Yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa aku
Selalu memujamu

Tanpamu sepinya waktu
Merantai hati
Oh… Bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

oh..........

Hanya dirimu
Yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu
Aku merasa hilang… dan sepi
Dan sepi…
Cik Mawar
Aku Urang Banjar
Wayah aku anuman
Aku kada tahu
kanapa kakadang
aku terasa supan
mangaku urang Banjar
Amun aku tulak ka pakan
Aku musti basurah Malayu
Supaya urang kada tahu
Aku urang Banjar
Mungkin Wayahitu
Banjar kada ditiring urang
Karna Banjar Urang Pendatang
Kabisaan pun hanyar begawi di bandang
Wayahini aku kada supan lagi
mangaku aku urang Banjar
Karna aku sadar
Nilai manusia nang hakiki
Bukan pada bangsa wan gawian
Tapi pada kaimanan dan katakwaan
Aku bangga jadi urang Banjar
Karna Banjar parak identik awan Islam
Dan banyak malahirkan ulama basar
Petikan Majalah Baimbai 2001

Cik Mawar
Syukur Alhamdulillah Aku masih diberikan kesempatan menghirup udara di Pagi yang sungguh permai ini.. Dengan cuaca yg lembap Lagi segar selepas Hujan.. Sejuk Jua nyaman ja.. Hujan mencurah sejak pagi lagi..Alhamdulillah pkl 9.15 hujan dah renyai2.. Aku g kerja pon tak da sempat sampai basah pon...Waktu lepas hujan lah..Udara sungguh segar...Sesegar Bunga Mawar kat atas tu..Indah ja bila dipandang..

Malam Tadi Aku tidoq kol 12.15 am.. Tu pon lepas siap wat ais krim..hehe..Mak skrg sibuk menjahit..Banyak jugak lah tempahan..Alhamdulillah.. Rezeki..Aku pon tlg lah setakat yg termampu, Tak byk pon tapi dpt jua meringan kan beban mak.. Erm..malam nie pala aku wat hal lak..Rasa cam ting tong ja..Bangun tidur pagi td pon rasa tak ok lagi..sllu nya bgn tidur mesti ok..erm..lepas solat..baring jab baca majalah.. tak pasan lak tetidur upanya..Mak kejut pkl 8.30pg. Aku bgn2..gosok tudung ja.. Siap2 g kerja..
Hari nie senyap sunyi ja chatroom n YM haku..huhuhauaa..bagus2...sonang haku nak siapkan jahitan..mak dah pesan "jahit tu bagi siap, jangan nak chating ja" hehehehe..
~away~
Cik Mawar
Huaaaaaaaaa...g kojer ngantuk sgt...Ha padan muko sendiri...Gatai nak tidur lewat..huauha.. Mcm manolah org jenis tidoq 2 @ 3 jam ja satu malam..adess..Aku nie dah macam hidup tak keruan ngan sakit pala nya, mato dah cam panda..huahuhaa... hidup pon cam diawangan ja..mamai ja rasonya...adess.. Masuk ja kerja tak da custemor..sempat haku tertidur 30 minit depan PC...huauahaa...tu pon tejaga sbb custemor masuk lau tak ..mau aku g terbang diangkasa raya dah...he

Tgh hari kak ipor ajak g Kenduri umah kawan dia, Aku ok ja..adik pengantin kawan akak gak, Akak tak dapat balik dia suruh smpai kan salam ja. dlm kol 1 kak ipor,abg n luqman smpi.. Makan kenyang2..huauaa..Nasi minyak + ayam masak merah + kari lembu +sambal grg jawa + pajri nenas..uhuhu disertakan bersama bubur kcg hijo + jagung n air sirap...wah..kenyang yot haku nie..Alhamdulillah Rezeki..

Lepas g kenduri, Masuk kojer solat, baru buka smla..Hari nie kurang sikit custemor..Cam buhsan ja...Wat aku tambah ngantuk adolah..Layan Naruto smpai kol 6.. Balik umah Tgk kak ipor pon dah siap masak, Lepas maghrib makan sesama..Mato aku dah mula berat semula nie.. Dok lam bilik, brg jab..Nak solat Isyak lepas nie..Upanya tertidur terus..huauaa...ptt lah nyenyak hujan upanya,Tu pon tejaga kawan tepon, Sib baik..pastu terus solat isyak n sambung tidoq...huhu.. Cari penyakit mmg camnie...Lain Kali wat agi Cik Mawar.huahuhaua.

Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Cik Mawar FC