ANDA yang mudah lupa kini boleh mengamalkan satu cara mudah untuk menguatkan ingatan.
Menurut para penyelidik Jerman, mencium bau-bauan yang kuat, seperti bau bunga mawar, boleh menyegarkan semuladaya ingatan mereka yang mudah lupa.
Para penyelidik itu mendapati bau-bauan boleh merangsang ingatan baru dalam otak manusia semasa mereka tidur.
Laporan penyelidik itu, yang dimuatkan dalam jurnal Science, menarik perhatian bahawa ingatan manusia mulaterbentuk dengan lebih teratur semasa tidur dan unsur rangsangan yang diterima didapati boleh menyegarkan semula laluan ingatan otak.
Dr Jan Born dari Universiti Lubeck di Jerman dan rakan-rakannya mendapatkan 74 sukarelawan untuk ujian ini. Mereka disuruh bermain permainan seperti Concentration, yang memerlukan mereka memandankan objek atau kad dengan menterbalikkan satu objek atau kad sekali saja dalam sesuatu masa.
Selepas satu malam, mereka yang menghidu bau mawar didapati boleh mengingati 97.2 peratus padanan kad dan objek yang mereka cuba ingati sebelum tidur. - Reuters.
(Dari Petikan Untuk Panduan Bersama)