Cik Mawar
Akhirnya saat2 yang dinantikan menjelma jua..Hari nie aku akan berjumpa dengan sahabat yg telah lama terpisah..huhuhu berdebar jugak mulanya nak jumpa nie...camner lah skrg dia kan?
erm..4 tahun leh berubah ka erk? fizikal @ perangai seseorang?kalau diri aku nie..samo ja..tak da yg berubah..baju, kasut,semua samo ja saiz..tapi sifat org yg menilai..pada aku..aku still macam dulu.

Akhirnya sampai jua detik yg dinantikan..dia datang pukul 3 kat tempat aku bekerja..kebetulan ramai pulak custemor hari nie...aku soh ja dia dok pejabat sebelah..senang kami nak sembang..tak dalah segan sgt..Aku macam biasalah lah..bila dah jumpa buat cam biasa ja..debar ka..gemuruh ka..lari lintang pukang dah..erm...dia dah berubah dari segi fizikal..dah bulat sikit..hehehe..n perangai dia..erm..lain lah..tak pemalu macam dulu..cam mesra alam lak pulak.. hehee..tak sangka kan..4 tahun leh mengubah dia smpai mcm tu..

Hari nie aku sempat melihat gerhana matahari ..bentuk bulan sabit..kata kat Indonesia ja jelas..kat sini pon jelas..aku tgk guna disket..nak cari filem kat kedai komputer mn ada..sib baik haku ingat disket..huuhu..Dapat jua aku melihat gerhana tu..Tanda kebesaran ALLAH SWT ...alhamdulillah

huhuhu..apa pon Aku sukakan pertemuan ini..jua hari ini..Sahabatku dah kembali...Alhamdulillah..
Cik Mawar
Hari Jumaat so aku cuti..Kakak balik hari nie..best2 dah lama tak jumpa..last raya haji. he.. Kakak n abang ipar cuti sampai hari selasa...Pagi nie aku kena tolong Mak buat kuih lagi..nak siapkan tempahan org..lagi 3KG tepung nak kena buat ..dah 2 mlm berturut2 aku tlg mak..buat sikit2..sebab mn lah larat wat sekali gus..tu pon tiap malam tidoq kol 1 pagi ngan mak..Takpo lah org kata mencari rezeki tu..mcm2 lah carannya. he

Sementara mak mengadun Doh aku basuh baju (guna mesin ja, masuk, putarrr..hehe)...kemas2 umah, n siap2 g kedai jab..mak suruh beli lauk nak masak tgh hari..Abah tak sihat sgt...Aku pon apa lagi..pakai simple2 ja lah..just g beli lauk n balik umah..Balik tgk abah tlg mak buat kuih..Aku pon masak lah dulu..nnt kakak sampai lak..hari nie masak ikan sambal, sayur tumis, n sambal goreng jawa...dah siap masak, baru aku tlg grg kuih..tak selera lak nak mkn..aku just mkn sambal jawa ja..

Kakak dtg lepas sembahyang jumaat..dia singgah umah abang ipar dulu hantar adik abang ipar dia.
Kali nie akak bagi tudung kat aku..hehe..tudung2 ala indon tu..tapi selesa lah..nak pakai kat umah tak yah guna kerongsang..sarung ja..terus aku pakai tudung tu..hehe..petang nie nak g pasar petang (sbb dia buka petang) ..sblm tu baru aku teringat nak basuh motor..habuk dah motor kesayangan aku tu..basuh biasa2 ja..janji habuk n kotoran ilang...then siap2 g pasar, sblm tu g CC ambik gaji lam laci..hehe bos dah tinggalkan.sbb aku akan jadi BOS slama 4 hari nnt..

Sampai kat pasar aku n kakak terus tuju tempat pakaian..aku tgk baju cantik2..lagi fesyen skrg yg ada reben kat pinggang aduss..dah lama aku tingin..kbtln gaji bln nie ada lebih sikit.. kakak pon berminat..Aku pon beli baju tu satu n untuk akak sekali..then aku beli kain skirt Labuh..Ayu2 gitu kekeke..dah dpt semua tu..beria aku cpt2 ajak balik.ekek padahal aku memilih tadi lamo..teruk tol.kekeke..Sampai ja umah aku beria ngan kakak terus test baju tu..hehe.. abang ipor n mak geleng pala ja tgk gelagat kami ..kekeke..

Malam..aku tak mkn nasi lg..mmg tak da selera..just ptg td ja mkn burger...pastu tlg mak buat kuih lagi....mlm nie mega movies best lak..fuhh..sib baik ada TV kat dapur...mmg best citernya..tp tak ingat tajuk..he....En.abang aku tu aku msg diam ja....maybe dia kuar kot ngan kawan2 lah tu ...maklumlah dah kat kampung cuti 4 hari gak.then just bg msg ucap slmt mlm ja lah...dlm kol 1 pagi gak baru siap.. n bungkus sekali..esok pagi org tu nak ambik dah ..-end-

Cik Mawar
Tak ku sangka sahabat yang ku cari selama ini..telah hadir semula dalam hidupku, jika difikirkan dialah insan (lelaki) yg sudi menganggap aku sebagai kawan baik masa sek..sebab aku nie kan comot, garang, suka gaduh, mana da laki nak wat jadi teman baik..kekeke. Tapi dia lain..dia tak segan jalan sama dgn aku, dengar luahan masalah aku, g Kuar Bandar ngan aku, boleh kata dia terima aku seadanya diriku ini.Bukan aku tak da kawan lelaki..tapi dia yg paling rapat.. yg boleh layan karenah aku yg selalu ngengada nie..manja tak bertempat..marah tak kena masa..ke ke ke

Persahabatan kami bermula sewaktu aku menolong dia mengambil kertas perbentangan kat asrama, kebetulan kertas tu aku simpan..dari saat tu aku menjadi sahabatnya..Hanya aku seorang sahabat perempuan dia ada masa itu..sebab dia jenis tak biasa dengan perempuan.. Tapi dengan aku dia sempoi ja..hehehe..dari saat tu..dari rasa kasih sbg seorang sahabat, Hatiku mula simpan rasa yg cukup indah padanya..Tapi Aku simpan rasa tu..simpan jauh di dalam lubuk hati ku ini.. Sapa lah aku hendak mendampingi dia sebagai seorang Kekasih.. Mungkin Kami hanya layak sebagai SAHABAT. Menjadi sahabatnya pon dah buat aku rasa bahgia..tidak perlu aku mintak dengannya lebih dari itu..

Persabahatan Kami berjalan dengan indah sekali..cuma kdg2 aku terusik. bila ada terlalu ramai meminatinya..Padanya hanya aku sahabat yang paling rapat dengan nya.. sewaktu 6 Atas hubungan kami renggang sedikit..sebab dia dah mula ramai kawan2 perempuan, adik angkat, n kami pon masing2 sibuk study..dia pon aku tgk byk menghabiskan masa dekat perpustakaan.. sekali sekala ja kami bertegur sapa..perasaan cemburu ku ini kdg2 buat aku sedih sendiri.. Namun aku pujuk rasa hati ku ini sendiri...Aku yg kdg2 terlalu nak lbh perhatian darinya..Padahal aku tak layak dapat semua tu.. Habis ja periksa STPM.. dia terus menghilangkan diri..tanpa ada ucapan apa2 pun buat ku.. Mungkin masa tu dia tak nak kacau aku..sebab dia tau aku mood tak elok masa tu...Dia mungkin tak nak mengharukan lagi suasana.. betol lah kata Org kadang2 DIAM ITU KADANG2 LEBIH BAIK.

Setelah 4 Tahun Ada seorang kawan dtg kepadaku memberikan no tel dia.. Sebab dah byk kali aku tercari2 no tel dia..tak ku sangka kawanku juga mengatakan dia mencari2 juga no tel aku.. masa tu..Terdetik rasa yg indah..yg pernah aku rasa kan 4 tahun lepas...dgn 1 msg dia terus call aku...saat mendengar suara nya..hilang rasa nya rindu selama 4 tahun...adusss..rasa ini sungguh indah...sejak itu..kami hanya berutus SMS.....Banyak detik2 masa sek diimbas kembali..semakin aku rindukan saat2 itu..." yang Pahit jgn dikenang , Yang indah dalam ingatan."

Kebetulan skrg dia kembali solo...dengar cerita Makwe dia pon dah Berkahwin..erm..bkn jodoh dia lah tu..namum aku jua dah ada pilihan hati sekarang ..tak terdetik aku hendak melukakan hati hati insan yg sudah ku beri harapan.. Mungkin kami hanya ditakdirkan menjadi SAHABAT..Kadang2 aku terfikir jgk dlm fikiran ku yg nakal nie...alangkah best klu kami menjadi couple tapi org kata hubungan persahabatan tak sama dengan percintaan..aku masih merindukan persahabatan kami..aku tak nak persahabatan kami hilang lagi, ..Jua Rasa hormat n sayang pada "sidia" yg terima aku seadanya, jua mempercayai aku selama ini..Buat aku simpan jauh2 rasa itu..Apa pon Jodoh, pertemuan semua telah ditentukan... Kita Hanya merancang DIA yang menentukan segalanya.

Walau apa pon jua terjadi kemudian Hari nnt yang kita tak tahu apa yang kita tempoh.. Aku sentiasa mendoakan kebahagian nya..Terima Kasih sahabat..Kerana Mengasihi daku sebagai sahabat selama ini.. Insyallah Cuti Raya cina ini..Kita akan bertemu kembali..Ku tunggu saat2 itu...amin.
Cik Mawar
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3.Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8.Anda seorang yang istimewa dan unik

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda, anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya,sehari untuk teman tetap paling setia.walaupn punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga
Cik Mawar
Hari nie aku terjaga pukul 4.50 Pagi..Bangun Panaskan Nasi, goreng Telur makan...hehehe.. Lepas tu masak untuk Sarapan, Mak suruh buat sambal tumis ikan bilis,masak nasi n Goreng ikan, kakak ipar nak kerja. dah 4 malam kak ipar, abang n Luqman tidur kat rumah,Abang sakit mata tak baik2 lagi, tgk pagi nie kak Ipar lak kena, Luqman dah kena Kemarin..Adess..Padahal nie Minggu kedua Abang mula bertugas sbg Guru..Tapi apa kan Daya, sakit tu bawak Virus, nnt satu sek lak kena virus tu..hehehee...

Luqman Bangun awal, dgr ja suara aku terus dia nak keluar, Mak ayah dia malas nak layan dia pepagi buta nie..Dia kalau tejaga tak mau dok2 baring dah..terus ja nak keluar bilik main..Masa aku masak mak layan luqman,dah siap semua...Baru aku mandikan dia, siap pakai baju semua n aku Solat...Dalam pukul 7 kak ipar n luqman g kerja..dalam 15 minit sampai lah tempat kerja kak ipar. Pengasuh luqman dok sebelah ngan Klinik kak ipar kerja ja..mudah lau ada apa2 hal..

Dah sunyi rumah, Aku dok lah tgk HotFM kat TV8, Tak sedar upanya aku tertidur duduk kat kusyen..kekeke..mak lagi lah dia ingat aku dok duduk baca surat khabar..kekekeke..kelakor ja.. dalam 30 minit gak lah aku tidur, pastu rasa cam sakit pinggang lak, Masuk bilik, adusss gelap2 N Nyaman ja ..tidur semula....kol 8.30 bangun strika Tudung, baru mandi n siap2 g kerja...He..
Sampai tempat kerja...kemas2..n dok depan PC..Hari nie sunyi ja..Erm..Biasalah pepagi..Optsss..patutlah sunyi, tak pasang lagu upanya..kekeke.~ Away~
Cik Mawar
"Bismillahirrahmanirrahiim."

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.


Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."


Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
Cik Mawar
Hari nie rasa lain macam ja..entah lah..Tak dapat nak ungkapkan dengan kata, apa kah rasa yg kurasai skrg..Nak buka YM, PC aku nie lak wat problem... tak leh buka lak YM , Nak Masuk room, Hati aku Jadi tawar lak...Malam tadi aku mula rasa "sesuatu"..entahlah...Aku rasa cam... entah..apa rasa itu..
Sejak kebelakangan nie..Aku sejuk ja..malam pon kena tidur pakai stokin, kalau tak aku tak lena tidur, di tengah hari yang memancarkan sinar suria yang terik pon, tangan n kaki aku masih lagi sejuk...Nak kata aku tak sihat..alhamdulillah aku sihat2 ja...
erm...nak mengarang ayat pon fikiran aku buntu..Main games ja lah... -n-
Cik Mawar
Hari nie aku tejaga dari tidur pukul 4.50 Pagi..Aku tidur dari pukul 8 malam..fuhhhhhhh ..Bila celik2 mata..Baru aku teringat aku Belom Solat Isyak..Nauzubillah..Cepat2 aku bangun ambik air sembahyang..Solat isyak,lepas tu Mengaji jab..sementara nak tunggu Azan Subuh..YA ALLAh mmg aku tak sedar langsung malam tadi..Mimpi pon rasanya tak da..Sib baik terjaga lau tak lepas dah Isyak..tu pon hujung2 ja..ish ish ..Habis ja Azan Subuh berkumandang Aku terus Solat..


Sebenarnya Malam tadi aku bukan nak tidoq awal, lepas ja Solat maghrib Aku ada msg kawan sekejab ja..tapi tetiba aku rasa something..arghhhhhhh Hati aku sakit..Sungguh halus rasa itu, bagi menghilang rasa yang sungguh aneh itu, Aku pejamkan mata..alih2 aku hanyut terus..smpai pukul 4.50pagi..Tapi Aku sebenarnya tak layak pon nak rasa begitu..Kehidupan ini ada batasan..N Kita kena sedar batasan-batasan kita dalam kehidupan..

Hari dah mula cerah, dengar suara mak...Mak mayah mak kata " kenapa lah tidoq awal sangat, dok buat apalah sorang2 dalam bilik, Bukan nya nak sembang ngan mak nie..mak nie dok lah sorang2 tgk TV"..Adus ayat tu..buat hati aku terusik..Tapi aku mmg tak dengar langsung mak panggil malam tadi..selalunya kalau aku dengar suara mak aku bangun..tapi malam tadi serius aku tak dengar...Malam nie nak teman mak tgk TV..namo tidoq awal...he

Aku terus gosok baju, lepas tu aku basuh motor...motor aku kotor sgt, abang Ngah pinjam bawak g kerja smlm..suruh dia basuh dia tak nak..aku pon dengan muka moncong g lah basuh sendiri.. Sakit Hati bila kita suruh org tak nak..baik aku buat ja...pagi nie rumah aku sepi lah..sebab aku langsung tak bercakap...lepas siap ja basuh motor..aku mandi siap..Aku smpai tempat kerja pukul 9.15am.. awal tu..kemas2..sembang ngan kawan pejabat sblh..

Hati aku terusik lagi, Bila line maybank tak elok.., dah 2 hari aku tak msg ngan dia..bila hari nie nak topap line maybank2u lak tak ok...adus...aku cuba tenangkan hati nie..Tak nak lah aku nnt terbawa2 rasa nie..nnt langsung tak kuar senyuman dibibirku hari nie..payah gak...Lari custemor..takpo..mungkin tgh hari sikit line maybank ok lah tu..Amin...
Cik Mawar
Aku Mula chating dari tahun 2005, Start aku belajar Komputer kat CC tak jauh dari umah. Lepas STPM aku ambik sijil komputer nie. Masuk pukul 9.30 balik 12.45pm. Klu tak silap lah..dah 4 tahun berlalu..Ingat2 lupa..Masa tu lah aku tau apa itu YM (Yahoo Messenger)...Dan kat sini lah first sekali aku jumpa seseorg n aku couple, Sebelom nie mn ada berani ajak aku jadi awek..hahahaha..(Aku nie comot kot)..dah lah suka gaduh ngan budak2 lelaki..mana ada nak wat awek..huhuhu..Tapi tak lama pon couple ngan mamat nie..dia kata nak belajar lumba kereta kat Jepun( cam lawak ja alasan)...huuhu..Tapi aku nagis..masa putus tu..cettttttt..Lau leh undur masa..aku namo nagis..wat malu ja...

Fitri, Kawan chat yang aku kenal masa belajar komputer nie gak. smpai sekarang kami masih berhubung,dialah kawan chat aku yang masih lagi berhubung antara byk2 kawan masa tahun 2005.Masa aku belajar kat Bangi ada lah beberapa kali kami jumpa coz dia dok kat kajang, First jumpa kat Giant Senawang masa tu aku on the way nak balik Pahang Dari Program Rokan Waja Anjuran FELDA.Masa aku Belajar Kat Bangi dia kerja lagi kat Seremban, klu time nak balik pesan kat dia belikan tiket Mara Liner.he..Skrg dia dah ada peniagaan sendiri kat Kajang, sibuk, jarang2 ja kami msg..

Marikh N Nur...Nie kawan aku kenal tahun 2007 melalui MIRC, masa kerja kat sini, MIRC nie pon Bos aku yang ajar..hehehe MIRC Undernet..Marikh nie orang Brunei, N Nur orang Batu pahat Johor,Kira diorg pon kenal melalui chat, n Marikh dah jadi macam anak angkat keluarga Nur.Raya Tahun 2007 Diorang datang umah aku,Terharu sangat..Aku pon masakkan lah diorg makanan untk lunch,diorg pon dalam perjalanan nak g Kuantan,lalu tempat aku singgah sekejab..Baik sungguh diorang nie...sempat lah bergambar bersama..Marikh nie kecil molek ja..cantik..Nur pon ayu..skrg Marikh sibuk ngan bisnes,tgk dia selalu ulang alik ke China, Nur pulak masih kerja kat johor,Dah tunang,Insyallah Tahun nie dia kawin..mintak2 lah aku dapat g masa tu..mesti seronok.

Kepslok aku kenal kat Undernet gak..masa tu dia mengajar kat Sabah,bila time nak raya tanya lah dia balik mana rupanya pahang,dekat tempat aku gak, ayah dia pengawai kilang kelapa sawit..macam tu lah kot.dia ada gak dtg raya umah aku...n bila time cuti sek klu dia balik sini,mesti dia dtg tempat kerja aku nak guna tenet..Tapi cuti sek kali nie tak nampak lak..rupanya ada kawan bagi tau keluarga dia dah pindah Negeri 9.

Stanic dia nie orang N9 sempadan ja ngan tempat aku, kenal dari Undernet gak..dia pernah dtg sini,tapi masa tu aku kerja.Just aku belanja dia makan kat kedai makan depan tempat kerja aku ja..sekali tu ja lah dia dtg..dia nie tenggelam timbul..dah lama diam..nnt tetiba ada lah balik..


Adik SaFuan...Aku kenal kat YM nie..masa 2007..dia study lagi kat Universiti Petronas, perak tak sangka lak Nenek n Atok dia dok kat tempat aku..bila time raya dia mesti datang umah aku yang dia cari Almond London..hehe..tiap tahun mmg aku buat biskut nie..Klu time aku kerja..dia dtg sini..just dia singgah lah kat tempat aku kerja walau sekejab..Baru minggu lepas dia singgah sini..sekejab ja...hehe

Kak Shahira Aku kenal bulan 6 2008 kat MSN chat room Mol .Yang nie dah aku anggap macam kakak aku pon..Aku sayang sgt kat dia..Masa raya tahun lepas aku mintak cuti 2 minggu seminggu dok johor aku dok umah kakak tidoq 3 malam..umah kak Sha 4 Malam..Sblm nie kakak pernah jumpa Kak sha nie..Sbb aku ada kirim barang kat kakak soh bagi kak sha..masa first dtg umah kak sha..berdebar gak..malu2 gitu..heheh(biasalah sifat aku bila first jumpa) dah beberapa hari aku oklah..tapi still segan2 ngan kak sha..kak sha ambik MC masa aku dok umah dia..Aku sempat lah ajar dia jahit manik kat baju..adolah sikit ilmu..walaupon aku buat pon tak cantik sgt...he.n ada 1 mlm kami (aku,kak Sha n akak serumah kak sha) g karaoke kami 3 dok nyanyi dr kol 9 smpai tempat tu tutup..kol 2 rasanya..aku tgk Bil fuhhhhhhh RM120 kot..adesss.. tapi gembira sgt..mula2 plan nak balik sabtu, tapi tunda balik ahad..tak puas lagi dok ngan kak sha nie..entah bila lagi lak dpt jumpa..Terima kasih kak sha..atas segalanya nya..Tie syg kak sha..Muah muah

Sis Awin..tu tu tu Blog dia ada lam senarai aku..sis awin nie orang johor gak.kenal kat tempat aku kenal kak sha..aku jumpa dia , masa sblm g umah kak sha..aku beraya umah dia..sib baik akak aku baik..sporting sanggup bawak aku g beraya umah kawan chat aku..huhhhhh..mana nak cari akak macam akak aku nie..tak kan ada dah lam dunia nie..dia sorang ja akak aku dunia akhirat.. Masa aku raya umah sis Awin dia dlm pantang, tapi dia masak gak untk aku..hehehe..dia masak mee sup,ada udang sebab dia tau aku suka seefood..Kan aku kata semua kawan yang aku kenal semua baik...Tapi masa jumpa sis nie sekejab..berapa patah ya perkataan kuar..sis tanya baru aku jawab..hehehe..Semoga jumpa lagi sis..Muah

P/S : Ini semua pengalaman bersama kawan chat yang aku pernah jumpa....ramai lagi kawan chat yang still berhubung ngan aku melalui telefon walaupun yang dah berenti chat..Nak taip semua kang ada yang tertinggal lak.N Hari nie pon aku dapat kawan baru..hehee..what ever pon..Aku sayang semua kawan2 aku...-n-
Cik Mawar
Alhamdulillah Aku Masih diberikan Kesempatan Untuk menjalani kehidupan bermula 1 January 2009.Petang Semalam lepas balik kerja,Terus makan , Si Dia msg katanya Pezen Aku kirim dah smpai, Kecoh satu rumah adik dia bagi tau Mak n ayah dia..kekeek Berpeluh aku masa dia bagi tau.Tapi dia sempat sorok Frem yang ada pic aku...Tapi Rasa cam malu gak nak Balik Perak nie..takpo2..cool...Bukan nya mak ayah dia tak tau aku ngan dia..apolah aku nie.:)

Malam Aku main ngan Luqman Hakim, bab yang aku paling suka lau dia datang, Mandikan dia..hehehe..bila masuk ja bilik air menjerit dia..Buas btl skrg nie..lagi sweettt lau dia jalan...ketek ketek ja(gaya cumel la) ..hehehehe ..Aku layan citer hindustand masa luqman dah layu2 nak tidoq..kat laptop abang, Pastu nak tgk TV, dedua citer best...alih2 aku tetidur kat tepi luqman.pukul 11 baru terjaga..sambung msg ngan Dia...dia g Bandar Teluk intan tgk budak2 rest Motor katanya, dia tak join, mtr dia lepas exciden mana ok sgt..tapi aku suka lah..tak yang dia Gatal nak join..riso aku nie...Tepat kol 12 mlm aku bg msg nak wish kat dia..tapi msg tak leh send line sibuk kot semua nak wish hapy new year..kol 12.30 am..baru lepas..Baru aku tidoq.

Bangun pagi, solat pastu g cari luqman hakim..hehehe..mandikan dia..pastu aku bawak dia bagi ikan makan , luqman nie plg suka bg ikan mkn, adolah beberapa ekor ikan kap(tol ka eja nie) kat umah aku...then bawak luqman round ngan motor, tapi dekat ja..aku pakai baju tidoq..malu lah nak g jauh2..hehehee..pukul 8.30am.luqman layu2 dah...bancuh kan susu then tidoq kan dia..tgk dia dah nyenyak aku gosok Baju, Kena g Kojer lah.. Rumah kak ipor dah siap kemas..hehehe..Abah kata " yang nie, tak reti2 cuti, kerja ja.." Aku jawab..he " Ini lah Lau Koli" heheehe..

Sampai Tempat kerja, aku kemas2 apa yg patut, duduk depan PC terus buka blog n tambah2 bahan bagi menarik kan lagi blog nie..semalam lah tukar templet..terus beberapa data hilang..hangin gak smlm..Tapi salah aku gak..tak simpan semua data wat pa..hehee..Padan Muka Aku...So aku buat semula dgn penuh ketenangan..Alhamdulillah berjaya masukkan something..Then Lihatlah kekawan..Blog Ku di Tahun Baru 2009.

Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Cik Mawar FC