Cik Mawar


1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami ”degil” tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!).

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja. Itu hipokrit atau dalam bahasa Arab disebut Munafik. (ustaz/ustazah yg ada kat sini kalau silap sori yek)

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendir

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!

Cik Mawar

Dari Pagi aku datang
kol 9.40 ( lewat 10 minit)
sampai skrg nie jam 11.15 minit Pagi
Hanya 20 sen ja hasilnya
hua hua hua
korang tak rasa nie suatu yang parah ko?
ish ish,. jgn lingkup udahlah
mano lah den nak poei kojer lak

Bos mmg ado msalah kewangan
tapi..entah lah aku nak cakap pon tak tahu
tapi cara dia tu cam tak dop masalah
sebab dia lngsung tak buat apo²
untuk meningkatkan hasil
harapkan apo yang adolah
adess.. nak taip lebih² pon tak tertaip


* adesss..bilo gaji aku agi separuh nak dapat nie.. @_@

Jab agi 12.30 mau fulang
jiran depan umah tunang
la la la la


Cik Mawar

Wah skrg mood nak membaca kat Blog bekobar² lak ha..
banyak sungguh blog kawan² yang aku terlepas
lagi² resepi2 terbaru kat blog Dapur Tanpa Sempadan tu.
hik hik,.dok sambil baco..copy, paste n prints lah..
nnt kot2 gamaknya..ado maso leh lah buat masakan2 tu

Kemarin..balik kerja wat puding roti
hua hua..pertama kali buat.. tgk gayo
cam tak jadi ja ha.. hahahaa
takpo lain kali lah buat...
tapi tgk gayo mcm org² lam rumah tu
tak berminat ja nak makan ha
ado agi satu piring lam peti..
aku pon makan sikit ja..
hahahahaha..
semalam cuti.
wat bubur pulut hitam.
byk gak makan..
suka bau pulutnya tu
wangi sangat..+ lak ngan bau daun pandan
mmg MANTOP lah..

Tengah asah semangat nie
sikit² kot2 gamaknya lopeh nie
selalu lah den update blog nie ha..
sebenarnya byk nak citer..
tapi kdg² putus ditgh jalan
citer poei melancong namo dok lam nie
hik hik hik..

Hari nie mendung ja dari pagi
adessss.. ~Lapor~



Cik Mawar


Alhamdulillah...
daku masih berkesempatan mencoret sesuatu di blog ku ini
begitu lama rasanya tidak menyibuk kan diri meluahkan kata² disini..
bukan tak da apa yang hendak diceritakan tapi keadaan yang tidak mengizinkan
kerana tgh berperang dengan sakit yang datang menjelma..

still masak n ambik2 gambar.. coz terfikir nak post kat blog nie.. tapi..tak jugak buat²
insya'Allah lau ada masa lepas nie.. akan adalah resepi² baru yang akan dipaparkan..
cam biasalah..masakan2 kampung ja.. maskn² barat tu..manolah nak masak..
nnt org kat rumah tu bukan gemor sangat pon.. hik hik
malam nie nak wat puding roti.. lau jadilah.. leh lah den ngajor lagi nnt.. hik hik

Hubungan Dengan Encik Tunang tersayang alhamdulillah makin lama, makin byk belajar tentang perangai n sifat masing²...alhamdulillah Encik pon dah sok sek,,sok sek pasal majlis.. hik hik suka² semoga semuanya dipermudahkan.. amin..



Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Cik Mawar FC