Cik Mawar

KETAWA penawar duka. Ungkapan yang kerap menjadi santapan halwa telinga, terutama ketika memujuk mereka yang dilanda kemurungan atau kesedihan.
Kebenaran bahawa ketawa itu penawar duka yang mujarab juga sukar ditolak, kerana secara logik pada saat seseorang sedang ketawa tidak mungkin pada masa sama mereka memikirkan perkara yang menyedihkan.



Bahkan, sudah banyak dibuktikan bahawa seseorang yang sentiasa hidup gembira dianugerahkan kesihatan yang berpanjangan.
Golongan perubatan juga percaya bahawa ketawa bukan sekadar terapi yang mampu mengubat ketegangan atau tekanan, bahkan ia mampu menghindari pelbagai penyakit berbahaya termasuk barah, kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi.



Selain menjadi santapan jiwa, ketawa juga amat baik untuk kesihatan fizikal, melalui dua cara iaitu sebagai ‘bahan perangsang' yang sihat dan merehatkan tubuh badan secara keseluruhan.
Penyelidikan perubatan menunjukkan bahawa ketawa merupakan satu senaman yang baik bagi melancarkan pengedaran udara ke paru-paru, otot, saraf dan jantung.
Ini kerana ketika ketawa seseorang akan menggerakkan otot wajah dan tubuh, sekali gus mempercepatkan kadar degupan jantung dan pernafasan.




kajian menunjukkan bahawa ketawa 100 kali sehari bersamaan dengan berjoging selama 10 minit. “Dengan ketawa sebenarnya bukan saja memperoleh manfaat daripada segi emosi atau psikologi, bahkan fizikal,” katanya.
Cik Mawar
Kasih sayang sebenarnya adalah satu konsep yang kadangkala sukar untuk digambarkan secara fizikal. Dengan itu, kita berasa sukar untuk melakukan sebarang tindakan yang boleh dikaitkan dengannya.

Dengan kata lain, untuk lebih mudah memahami konsep kasih sayang itu, kita perlu menterjemahkannya kepada perlakuan yang menjadi lambang kepada kasih sayang seperti berpegangan tangan, bersalaman, memberi sentuhan, ciuman, pelukan, urutan, picitan, gosokan dan sebagainya.

Terdapat kajian yang mengatakan bahawa anak-anak yang dibelai dan dididik dengan kasih sayang akan menjadi lebih pintar, cerdik, tajam pemerhatian dan sentiasa berkeyakinan tinggi. Sebenarnya, apabila anak dibelai dengan kasih sayang badannya akan dirangsang untuk mengeluarkan enzim-enzim seperti endorphin, enkephalin dan norepinephrine. Ketiga-tiga enzim ini bukan sahaja mempu merangsang otak tetapi menjadikan seseorang anak itu lebih bertenaga, sihat, cergas, berwajah ceria dan tidak mudah diserang penyakit.

Sebenarnya, ibu bapa boleh membuat pilihan tentang kaedah yang sesuai dalam mendidik anak. Hakikatnya, kasih sayang sememangnya mempunyai kuasa hebat yang mampu merangsang dan menyerlahkan kehebatan dan keunggulan seseorang itu, khususnya anak kita.
Cik Mawar
Pejam Celik..pejam celik..lagi seminggu saja Ramadhan kian menjelma....alhamdulillah..daku masih bernafas sehingga saat ini..untuk menikmati kehidupan yang ALLAH swt berikan ini..Alhamdulillah ..

FUhhh...dah lama rasanya aku tak jenguk blog aku nie... tak da info pon yg leh dikongsi..kalau org masuk blog aku nie..membosankan ja..

aku pon jadi mati kutu nak letak apa dalam nie..nnt lah aku cuba cari info yg leh dikongsi bersama..lam internet nie berlambak info bermanfaat..tak pon aku godek2 emel aku yg ada beribu2 emel tu sampai aku pon tak larat nak baca.....hihihih...

Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers
Daisypath Anniversary tickers

Cik Mawar FC