Cik Mawar

KETAWA penawar duka. Ungkapan yang kerap menjadi santapan halwa telinga, terutama ketika memujuk mereka yang dilanda kemurungan atau kesedihan.
Kebenaran bahawa ketawa itu penawar duka yang mujarab juga sukar ditolak, kerana secara logik pada saat seseorang sedang ketawa tidak mungkin pada masa sama mereka memikirkan perkara yang menyedihkan.



Bahkan, sudah banyak dibuktikan bahawa seseorang yang sentiasa hidup gembira dianugerahkan kesihatan yang berpanjangan.
Golongan perubatan juga percaya bahawa ketawa bukan sekadar terapi yang mampu mengubat ketegangan atau tekanan, bahkan ia mampu menghindari pelbagai penyakit berbahaya termasuk barah, kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi.



Selain menjadi santapan jiwa, ketawa juga amat baik untuk kesihatan fizikal, melalui dua cara iaitu sebagai ‘bahan perangsang' yang sihat dan merehatkan tubuh badan secara keseluruhan.
Penyelidikan perubatan menunjukkan bahawa ketawa merupakan satu senaman yang baik bagi melancarkan pengedaran udara ke paru-paru, otot, saraf dan jantung.
Ini kerana ketika ketawa seseorang akan menggerakkan otot wajah dan tubuh, sekali gus mempercepatkan kadar degupan jantung dan pernafasan.




kajian menunjukkan bahawa ketawa 100 kali sehari bersamaan dengan berjoging selama 10 minit. “Dengan ketawa sebenarnya bukan saja memperoleh manfaat daripada segi emosi atau psikologi, bahkan fizikal,” katanya.
Labels: edit post
0 Responses

Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers
Daisypath Anniversary tickers

Cik Mawar FC