Cik Mawar
Alhamdulillah
aku telah selamat pergi
n selamat kembali ke rumah sendiri dengan selamat
dan 'Bahagia'
hik hik
Dapat Jumpa sedara mara.. ramai
dapat jumpa en.tunang
erm...lepas rindu..
hik hik
Alhamdulillah majlis perkahwinan pak cik
berjalan dengan lancar
semoga rumah tangga beliau
mendapat kebahagiaan hingga akhirnya
amin..

ehem Ehem..
Tahun nie..besday aku
mmg tema tudung gamaknya
3 helai tudung aku dapat
2 yang aku kata akak bagi hari tu
n balik sana.
encik tunang pon bagi tudung
hik hik..sangat lah terharu
jgn tunang dia nie malas
pakai tudung udah lah.
ngeh ngeh...

Tudung akak bagi dua
n Meroon En.tunang bagi.

Semalam balik sampai dalam kol 9.30
siang tu kenduri..aku masak
lauk untuk pengantin
dah siap² aku pon siap molek²
ikut encik tunang poei kenduri umah kawan dia
kat bidor..
tak sangka lak
pengantin perempuan tu org kat tempat aku
akak dia tegur aku
n baru pengantin tu perasan aku.. hik hik
ramai betol jodoh org perak ngan pahang nie
ngeh ngeh..
masa encik tunang kenalkan
aku kat kawan² dia..jadi gembira pon ado
n segan pon ado.. kawan dia ramai :D
kebetulan kami sampai lewat..lepas makan..jumpa pengantin
kami pon gerak balik
dah petang tu aku nak balik pahang

sempat gak Bakal mak mertua
bagi ikan sepat kering
super duperr.mabeloss..
ambik kat umah nenek sikit
mak encik tunang bagi agi
satu besenn besor dapat
hua hua..

Sangat Gembira n bahagia
balik kampung kali ini..
@_^



Sangat Comel en.tunang bagi hadiah itu.. ngeh ngeh ♥♥♥


Cik Mawar

La la la la

Esok Mau Balik kampung

semoga perjalanan kami sekeluarga

selamat hendaknya..

amin...

mau jumpa nenek

sedara mara

bakal mak pak mertua

bakal adik ipor

bakal suami tersayong

hua hua.. last tu lagi teruja lah

nak dekat setahun tunang ha

huisss..baru nak jumpa kembali

nie yang makin wat segan nie

hik hik..

Apa pon lah alasan nya

balik coz pak cik kawen @

nak jumpa insan² tesayang

yang pnting..semoga

perjalanan kami selamat sampai

n selamat kembali hendaknya

amin...


Cik Mawar


''Jangan Berbangga dengan Calvin Klien & Armani Exchange anda kerana..

Pakaian Terakhir anda adalah Kain Kafan.& perfume anda adalah kapur barus..


'' Jangan Berbangga dengan BMW & Caldina GTfour anda kerana..

Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung.


'' Jangan Berbangga dengan Banglo dan Condo anda kerana..

Tempat Peristirehat anda yang terakhir adalah Kubur..


'' Jangan Berbangga dengan Kehenseman atau Kecantikan anda kerana...

Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing dan Serangga....

Cik Mawar


Alhamdulillah

hari nie genap Umur aku

25 tahun..

Dari kol 12 dah mula ada yang

wish.. pagi pon ado..

n masuk kerja on FB

penuh..Ada ucapan, ada video klip ado mcm² den suko

adolah semuanya wish lebih 100

yang mendoakan kebahagiaan

n kesejahteraan aku..

alhamdulillah...

bersyukur..sangat..

semoga bahagia n sejahteralah aku

dibumi ALLAH SWT nie..

*

"YA ALLAH dihari yang berbahagia ini, Ku Memohon padaMU.. berikan lah kesihatan, keselamatan, keimanan dan ketaqwaan..kepada semua muslimin muslimat, dan berikan kami kesudahan yang baik untuk kembali kepadaMU..amin "~.

* Dapat hadiah 2 helai tudung pink n hitam..akak bagi..hik hik :D


Cik Mawar


Alhamdulillah..
semua yang dirisaukan jumaat lepas
kini telah kembali tenang
Abah tiba² dimasukkan ke hospital
kerana kencing manis nya
naik mendadak
dan kawan terlibat dengan kemalangan
pada masa yang sama
kebetulan masa tu aku kerja
jadi blur sekejab..
petang tu balik awal sikit
terus g lawat abah kat hospital
dua malam gak lah abah kena tahan
mak lah jadi peneman setia
akak ngan abg ipar pon balik
pagi diorg g..
petang aku ngan abang n kak ipar lak g

Kawan yang exciden tu
semalam aku dah g tgk
alhamdulillah tak da apa yg perlu dibimbang kan
dia pon kena tahan wad 1 malam ja
cuma keretanya mmg teruk
dan tak boleh dibaiki
suami dia kata..lau tgk keretanya
mmg sangka dia dah tak hidup dah
tapi belum sampai masanya
kematian itu tidak cepat @ lambat walau seminit
alhamdulillah Allah masih memberi beliau
bernafas..bersama suami dan anak²

Abah lak tengah hari semalam
baru leh kuar.. kencing manis nya pon
dah stabil.. cuma lepas nie
cara pemakanan akan dikawal lebih ketat
sian abah.. sakit..sampai tak larat² nak bawak diri
aku nie pon kena berjaga²
penyakit keturunan tu
hua hua..

apa pun lega sudah hati ini
Alhamdulillah..

* Wah dah 11 bulan aku tunang
11 bulan juga lah menanggung rindu..
bila lah dapat bertemu bersua muka
melihat senyuman nya.. @_-
Cik Mawar

Ni Aktiviti Malam tAdi
Wat Kek 2 jenis..pastu bagi ambik sebelah²
kira bagi dua ngan kak ipor lah
hik hik

Yang nie kira cam kek lapis tapi diberi @ditambah
perasa ..kelihatan sungguh menarik gak
first time wat kek nie..
minat warna nya..cantik lak

Bahan-bahannya :-

1. 5 Biji telur
2. 1 Cawan Gula Pasir
3. 1 1/2 cawan Tepung gandum *
4. 1 sudu baking powder*
5. 1/3 Cawan Minyak masak @ minyak jagung
6. 1 Sudu Overlett
7. 1 sudu pes pandan
8. 3 sudu serbuk coklat
9. Perwarna Hijau

* Diayak bersama.. sekurangan nya 2 @ 3 kali.bagi sebati

Cara-cara Membuatnya :-

* Panaskan Oven dahulu

1. Putar Telur bersama gula sehingga kembang ( putih ) , Masukkan Overlett bersama sblm betul² kembang
2. Setelah Kembang telur nya.. masukkan minyak dan gaul sehingga sebati..
3. Kemudian masukkan tepung sikit demi sedikit..sehingga acuan sebati dengan minyak n tepung
4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian
5. Bahagian 1..masukkan pes Pandan n pewarna hijau
6. Bahagian ke 2..masukkan serbuk coklat dan kacau sehingga sebati
7. Loyang Disapukan majerin kemudian litup kan dengan tepung.. (ketuk bawah loyang untuk buang tepung yang berlebihan ) * cara nie..kek tidak melekat dan tak perlu susah² boh kertas minyak.
8.Adunan dibubuh secara selang seli.. buat step tersebut sehingga adunan habis..
9.Masukkan ke dalam oven dengan suhu 180 'c..selama 45 minit @ cucuk guna lici.. lidi licin tanpa ada lekat dengan adunan kira masak lah tu ☺

Selamat Mencuba @_^ ☺




Cik Mawar

Ehem ehem.. tinggal 2 hari ja lagi
Selamat... hari ..Raya..
la la la..
malam tadi dah start wat biskut rayo
hua hua.. Wat biskut mazola ngan sarang semut ja
kali nie.. lagipon aku cuti pon
satu hari ja
sungguh sedih :(
Tapi takpo..semangat tu Tetap ado
Resepi Nya leh tgk
Disini
* Tambah sedikit majerin (gaul bersama adunan)
Entry raya tahun lepas
cuma corak n hiasa ja lain..
fuhhh wat sorang²
pastu 3 adunan lak
coz kak ipor nak jugak
kol 3 pagi jugak lah baru tidoq
ha ha ha..sementara
tunggu masak..sempat ja
baring depan OVen..
takpo..jenis tak tidoq mati
lau idak..hangus lah biskut nya
hik hik :D


Sementara tunggu biskut² tu masak
sempat gak subuh² tu
rebus kacang dal
nak wat untuk sarapan pagi..
masalodeh..
hik hik.. rebus siap²
pagi tadi bangun..just sediakan bahan
n goreng..
wat lebih sikit..bawak bekal..
perut nie..kenyang kuih ja ha..
cam menari² cacing nie..nak makan nasi
gamaknya.. ha ha ha


Resepi Masalodeh
Disini
Kali nie tak boh jintan² tu
just tambah ikan bilis ja..

* Balik nie nak singgah pasar..nak beli siput sedut.. lau ada.
nak buat siput sedut masak asam pedas ngan keladi.. weiiiiiiiii
mesti sedap.. la la la


Cik Mawar


Semalam
hari Jumaat..
aku cuti..
lepas tension tu
mmg aku tak berminat nak
kerja OT ..
tak sabor nak ............ ja
hua hua.. takpo..
malam nie keputusan akan dibuat
semua tekanan akan terjawab nnt

Petang semalam aku g
rumah nenek sedara ngan mak
Nenek lelaki masuk wad
kat muadzan shah coz
kurang darah..
lepas ja kak ipar ngan abang sampai rumah
kami siap² g hospital muadzam
lawat nenek sedara tu.
alhamdulillah keadaan nya tidak lah teruk
cuma masuk darah n air sahaja
beliau masih boleh bersembang
tersenyum seperti biasa
cuma katanya kena tahan
3 hari lah..paling lama
jika tiada apa² yang meragukan

kami dok Hospital sampai maghrib
solat kat surau hospital terus
then g jalan² cari makan
senang balik rumah rehat ja
hik hik...
banyak yang kami makan
aku ambik chiken chop ja
pastu abah mee sup
then yang lain
nasi putih
siakap 3 rasa
tom yam campur
sotong goreng tepung
kailan ikan masin..
hua hua.. tak terfikir lak
nak ambik gambar
nnt aku jadi lapor balik
bila tgk.. ha ha ha..
pukul 8 lebih gak baru balik rumah.

* Semoga Nenek kembali sihat seperti biasa..amin
Cik Mawar

Tension n sakit hati

bila apa yang kita buat

langsung tak dihargai

huk huk..nasib badan lah

nak wat camner kan?

takpa.. pasti tindakan

akan dibuat untuk meredakan

tekanan ini..

wait n see..

Cik Mawar
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.


5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9 . Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah.


Peringatan.

Solat itu wajib, jgn biarkan diri dimamah usia dengan kekosongan rohani. Isikanlah dengan zat-zat yang berguna.
Sebaik-baik rumah adalah Syurga. Sewanya dibayar dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah.
Seburuk-buruk tempat adalah neraka. Hindarkanlah dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah.
Kubur yang luas kerana solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah.
Kubur yang sempit kerana tidak solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah.
Lakukan sebaik mungkin yang wajib, insya’Allah yang sunat pun akan berkat.
Amin.

Cik Mawar
Semalam balik kerja singgah kedai
beli kacang Dal, selasih,keropok ikan kering..n sosej..
tetiba lak teringin..lama betol tak pernah beli sosej nie..
lam otak tetiba fikir nak wat sosej lada hitam
rumah aku nak cari lada hitam mmg semedang adolah
yang kering lam balang pon tak habis..lagilah kat pokok..lebat buahnya
lom dikeringkan..ada 3 pokok..mmg buah tak pernah berenti
alhamdulillah rezeki.. he he..
okek moh kita main masak²

Bahan² nya :

3 Biji bawang Merah
1 ulas bawang putih
Sedikit halia ( Dihiris)
3 batang Sosej dipotong serong
setengah Tempe dipotong ( tempe lam plastik)
setengah Biji Lobak Merah
3 biji lada hidup
1 biji bawang Besar ( Potong bulat)
Lada Hitam (ikut suka nak byk mana)
Sos tiram
Garam
Serbuk perasa


Cara memasaknya :-

1. Tumbuk bawang merah,putih n Lada hitam sampai lumat
2. Tempe digoreng hingga garing
3.Panaskan sedikit minyak untuk menumis..
4.Apabila bahan ditumbuk sudah garing masukkan Lobak Merah & Sosej
5.Masukkan sos tiram, garam, serbuk perasa n air
5.Apabila lobak sedikit lembut..masukkan tempe, bawang besar,halia hiris lada hijau
6.Apabila sudah sebati n pekat..boleh lah tutupkan api dan sedia untuk dihidang


* Sosej tak perlu digoreng..nnt kecut..n hilang rasa manisnya :D

* Selamat mencuba ♥♥♥

Cik Mawar

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGINGJangan makan DAGING bersama IKANJangan makan IKAN bersama SUSUJangan makan AYAM bersama SUSUJangan makan IKAN bersama TELURJangan makan IKAN bersama DAUN SALADJangan makan SUSU bersama CUKAJangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"
Cik Mawar

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)


* Ya ALLAH, hidupkan kami dengan perasaan kasih sayang sesama sendiri..Tabahkan lah hati kami dalam menerima dugaan Mu..sematkanlah sifat Sabar didalam diri kami.. Amin (-_-)


Cik Mawar

Kaulah cahaya dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku Kumbang yang selalu harumi hariku Anugerah Tuhan yang sempurnakan ku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu Menemani sunyi di hatimu

Ku akan setia disini
menanti menjadi suri dihatimu
hanya kamu yang ku mahu
terangi malam dan siangku.
Cik Mawar

Ehem..ehem..
/me jeling Cik Lya n Odah
hua hua hua.. dah dah lamo tunggu nak
den main masak² erk?
hari nie kito nenguk caro
cik mawar masak asam pedas yo :D
sangat lah simple n sonang

Bahan - bahan :


1. Ikan pari
2. 10 tangkai Cili Kering
3. Satu biji bawang Besar
4. 2 Biji Bawang Merah
5. 1 ulas bawang Putih & Sedikit halia
6. 2 batang Serai ( Diketuk)
7.2 kuntum bunga kantan
8. beberapa pucuk pucuk daun kesom
9. 2 Keping Asam keping
10. Sedikit Minyak Untuk Menumis
11. Kunyit (salut ikan pari)
12. Sedikit belacan
13.Garam & ajinamoto

Cara² memasak:

1. Ikan disalut dengan kunyit ( bagi tak pucat bila masak nnt)
2. Cili kering, bawang, halia & belacan (dimesin)
3.Panaskan Minyak, tumis Semua bahan no2
4. Tumis Sehingga Pecah Minyak
5.Masukkan Air, ikan, asam daun kesom,bunga kantan,Garam, Ajinamoto
6.Apabila sudah masak , boleh lah dihidang..

* adess..lamo tak taip masak² nie..ayat pon lintang pukang @_^


Cik Mawar

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.”

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami.

Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru.

Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah10 sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

1 dan 2 , berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

3 dan 4 , memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

5 dan 6 memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

7 dan 8 ,menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

9 dan 10 , jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira.

Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu. “?



Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers
Daisypath Anniversary tickers

Cik Mawar FC