Cik Mawar

kekawan -kawan

Perkahwinan Pn.Rahimah & omar berlangsung dengan jayanya pada 30 May 2009. bersamaa hari Sabtu 6 Jamadil'akhir..Aku pon cuti..ya lah kawan baik..jiran lak tu..tak sampai hati lak nak kojer.. N kebetulan skrg aku tgh berjinak2 edit2 pic..kekeke.. nie lah hasil nya..petang nie..lopeh balik kerja leh aku bagi kat dia.. Ikhlas..dia pon tak tahu apo fungsi aku ambik pic dia semalam..kekeke...tak dok lah lawo..cam tukang tangkap gambor profesional buat..tapi muleh lah.. lau mato aku raso lawo..lawo kot dia tgk...kekekeke..
Sekarang musin kenduri sajo..aduhai..setiap bulan ado ja kawan aku jemput..diorg kawen..aku nie muko g kenduri ja lah..mesti lau ado org perasan...asyik muko aku ja menempel kat tempat kenduri.. minggu depan kena cuti hari sabtu lagi.. Kawan gak kawen..yang tu pengantin perempuan n lelaki..dedua kawan aku..coz cinta dari sek..sampai lah jinjang pelamin.. semoga kekal lah hendaknya..amin..
Cik Mawar

Jangan terlalu mencari KESEMPURNAAN.
Jika kamu memancing ikan….
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu….
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ……..


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang…
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya….
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. …
Jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya….
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA….
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. …
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….
Jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…..

yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. … MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL…..

Cik Mawar
Peberot haku nie...NASI AYAM.. la la la..baru minggu lepas makan kat rumah.. hari nie dah bosan2...raso lapor lak..teringin lak tekak nie nak makan nasi ayam...Haku nie perangai pelik sikit..lau nak makan tu..dah macam terasa2 dah kat tekak nie..hahaha.. Mak pernah kata " His lau ngidam nnt camnor lah? " habis semua kot dia nak" hahahahaa... Nasib lah sapo jadi suami haku nnt.. ( kalau ado jodoh kawin lah)..hehehee.. Pada aku nasi ayam adalah hidangan paling simple n sedappppp...huhu "simple" bila order..lau buat sendiri..poloh2 gak kat dapur nak buat.. hehehe.. Tapi lau order..ni lah menu paling best oooooooo... tak yah susah2..lengkap, ayam, sup, sayur..besttttttttt...


Kebetulan ado kedai makan kat depan tempat aku kerja nie..namo kedai nya "Restoren Masakan Utara"....Dulu mmg pemiliknya org UTARA..sekarang org kelate..huhuhu.. nak banding ngan masakan pemilik sebelom nie n skrg..tak leh lawan lah..sodap agi masakan org utara.. hehehe.. Tapi Nasi ayam nya..boleh lah..Kira sodap lah..walaupon tak leh lawan keenakan Nasi ayam Orang Utara tu.. alah lau perut Cik Mawar nie..sumbat apo pon leh makan..janji Halal..

Nak suruh aku list makanan kegemaran...Tak yah lah...Manyak sangat leh kira semua...janji leh masuk molot, kunyah..makannnnn...
wah perut ku macam dikorek2 lak...nak pi order Nasi ayam lah..
la la la la la... ~awayyyy~
Cik Mawar
Manusia: "Eh dah subuh dah?"
Malaikat: "Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.."
Syaitan: "Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ni...awal lagi...zzzzzzzz"

Manusia: "Nak makan, laparlah"
Malaikat: "Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... "
Syaitan: "Ahh, tak payahla... dah lapar ini!! Mmm..sedapnyaaaa"

Manusia: "Hari ni nak pakai apa ye?"
Malaikat: "Wahai anak Adam, pakailah pakaian yg menutup aurat"
Syaitan: "Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!"

Manusia: "Alamak, dah lewat!"
Malaikat: "Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat.."
Syaitan: "Ahhh awal lagi..mmm..aaahh? Suruh si X, punchkanlah"

Manusia: "Azan sudah kedengaran.. ."
Malaikat: "Wahai anak Adam, segeralah menunaikan kewajipan"
Syaitan: "Baru pukul berapa..rilexlah. .awal lagi nieii"

Manusia: "Eh, eh... tak boleh tengok ni, berdosa..."
Malaikat: "Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!"
Syaitan: "Perggghh.. best tu...rugi ooo kalau tak tengok nie."

Manusia: "Saudaraku sedang melakukan dosa"
Malaikat: "Wahai anak Adam, cegahlah ia.."
Syaitan: "Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh"

Manusia: "Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain".
Malaikat: "Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu.."
Syaitan: "Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2..pandai2lah?

Manusia: "Aku telah berdosa.."
Malaikat: "Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun... " Syaitan: "Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali.rugila. ..(kalau sempatla ha ha)"

Manusia: "Kalau pergi disko, mesti seronok!"
Malaikat: "Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan: "Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh"

Manusia: "Uuhhh letihnya arini..tak solat lagi nieee"
Malaikat: "Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu
Syaitan: "Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah) untukmu..."


Cik Mawar

3 hari ku bertungkus lumus jahit manik kat baju intan nie...akhirnya siap jugak tempahan baju dia nie.. dia pon nak g konvo kat kelantan 28 may nie... So dia nak lah aku siapkan cepat2.. Alhamdulillah akhirnya siap gak..Dia kata nak simple2 ja..aku pon buat yg biasa ja lah..nak yg luar biasa ...idea aku pon tak terkeluar...kekekeke.. Dah selamat pon..kawan tu pon dah ambik..fuhhhhh...lega.. la la la la la.. Hope dia berpuas hatilah.. :)
Cik Mawar
Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut... ..besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak re la mengakuinya
Telah ditakdirkan ... kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam.....


Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani... di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat... di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah... bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah... bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah... terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita... .
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI"


* Petikan dari WebKL.Net By.Mr.Payid.
Cik Mawar
Pelik aku tak sangka ada org boleh ceroboh Blog aku n tukar password..aduhaiiiiiiii kenapalah insan nie buat macam nie? kalau nak blog, tak boleh ka buat sendiri? kenapa blog aku yang tak seberapa nie jugak yang nak diceroboh... siap tukar password pulak tu... ish ish ish... Kalau nak buat blog...aku boleh ajarkan...walaupon aku tak berapa pandai pon.. tapi kenapa nak ambik blog aku nie? Dia ada ka kaitan ngan hidup aku? setahu aku even keluarga aku pon tak tahu password blog aku nie.... ermmmmmmmm..MANUSIA2....
Dah lah aku tak berapa sihat hari nie...datang2..bukak blog tak leh..pelik gak.. tub tub.. ada gadjet baru...sah lah org "TU" yang letakkkkk...
KEPADA ORANG YANG CUBA UNTUK MENGAMBIL HAK ORANG LAIN.. PLZZZ LAH.. JANGAN LAH AMALKAN SIKAP NIE.. .... WALAU APA PUN NIAT ANDA BAIK ATAU PUN BURUK... TAPI SIKAP TU TAK KENA PADA TEMPATNYA...aKU TAK PERNAH CUBA NAK AMBIK HAK ORANG LAIN..SO JANGAN LAH AMBIK HAK AKU.
Cik Mawar

Ainul husna

First Day dok bukak mata lagi nie..

Dipangkuan nenek

Abang Luqman sayanggggg Husna.. hehehe

Abang Luqman & Ainul Husna

Dipangkuan ayah
Cik Mawar
Syukur Alhamdulillah, hari ini tanggal 14 Mei 2009 Aku dapat seorang lagi anak sedara. Anak abang Lang..pukul 8 Pagi Tadi kak ipor selamat melahirkan baby Girl... Pada mulanya aku terkejut gak.. bila kakak yang kat JOHOR tu bagi tau aku dapat baby girl..aku ingat lelaki..sebab abah pon balik rumah bagi tau abang tepon..kak ipor selamat melahirkan ja...dok da pong bagi tau baby apa.. Yalah sblm nie dah scan...kata lelaki...hehehe..Rupanya Luqman dapat adik perempuan... mesti cumell...hehehe..nie first anak sedara perempuan dalam keluarga.. mcm mn lah gaya nya nnt..Kalau ikut achik dia nie.kekeke..habis lah..bising ja...

Lepas nie luqman adalah kawan nak ajak main..hehehee..dah 6 orang anak sedara aku..alhamdulillah.. semoga semuanya menjadi anak yang soleh n solehah aminn~... Nak tunggu anak achik depa nie lambat lagi..kekeke..main lah korang sesama sendiri...hehehehe..yang first pon dah tingkatan 2..anak dara dah ha.. klu ikut anak sedara yg betol lam keluarga abang nasywa..dah darjah 2...hehehehe.. rindunya aku kat anak2 abang long..dengar kata cuti sek bulan depan diorg nak balik..moga jadilah..rindu sangat kat diorg... klu tak jadi jawabnya raya baru leh jumpa..ermmm.. Apa pon.. semoga semuanya sihat sejahtera..tu yang diharapkan... amin..

Tak sabar nak tunggu baby balik esok... la la la la
Cik Mawar

~*Jantung*~

Saya akan cerita serba sedikit tentang jantung. Banyak pelajaran berguna yang saya pelajari daripada jantung ini. Jantung ini berakhlak mahmudah (akhlak yang terpuji). Jantung amanah. Dia tidak pernah mencuri. Jantung ini ada satu otot, namanya endocardium. Endocardium ini tidak akan mengambil darah yang beroksigen buat dirinya. 100% darah yang diterima, 100% darah yang berkualiti juga akan dipam semula. Tidak pernah sesekali dia menggunakannya buat keperluan dirinya.

Sekiranya coronary artey tersumbat, jantung tetap tidak akan mencuri. Apa yang akan terjadi? Kematian. Dan jantung menujukkan satu lagi sikap, lebih baik mati dalam kemulian daripada mati dalam kehinaan.

Jantung juga tidak mementingkan diri. Dia tahu organ-organ lain di dalam badan memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam jemaah, ada "team work". Jantung mengepam 5 L darah dalam masa satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi air. Dia bekerja tanpa rehat. Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat. Tapi jantungnya akan terus menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.

Jantung menerima arahan dari SA node. Bahasa mudahnya, SA node ini seperti seorang ketua dan jantung akan mematuhi arahan ketuanya. Dia tidak akan datang lambat. Dia tahu betapa penting dirinya. Dia perlu selalu berinteraksi, menjaga batas perhubungannya. Sekiranya dia berhenti berinteraksi, akan berlaku "sudden cardiac death". Jantung akan tiba-tiba mati.

Satu lagi perkara mengenai jantung - dia tidak akan berhenti bergerak. Apa yang akan terjadi kalau jantung berhenti bergerak? Darah akan bergumpal dan seterusnya menyebabkan strok dan serangan sakit jantung. Jantung mengajar kita agar sentiasa belajar - menjadi continuous learning person. Jangan berhenti. Exam bukannya terminal (penamat) segalanya-galanya. Sebagai seorang muslim, perlu belajar sehingga ke liang lahad.

Jantung ini patuh pada siapa?? Jantung ini patuh pada penciptanya, Allah. Kalau dia patuh pada saya dan awak, dah lama jantung mati. Contohnya, awak beri arahan, sekarang berdegup cam gini...cam gini...Lepas tu, awak beri lagi arahan...berdegup cam gini...cam gini...Awak akan jadi gila, dan jantung juga akan mati kerana mematuhi peraturan yang tidak masuk akal.

Kadang kita tidak sedar betapa hebatnya kasih sayang Allah buat hambaNya. Derhaka macam mana pun, jatung tetap berfungsi dengan baik. Semua itu nikmat. Nasihat - untuk saya dan awak juga, marilah kita bertaubat sebelum jantung itu berhenti berfungsi kerana mematuhi perintah RabbNya.

HARGAILAH JANTUNG ANDA.....
Cik Mawar
Andainya aku bukan ditakdirkan untuk nya apa kan daya aku hendak menghalang perpisahan ini... mungkin ia bukan diciptakan untuk menjadi milikku.. tak ku sangka akan ada jua perpisahan buat kami.. aku sayang kan dia seperti mana dia menyayangi aku..ku tahu walaupon ia tidak mengatakan kepadaku.. susah senang kami lalui bersama selama ini.. Kami dikatakan pasangan yang serasi..dia tidak malu berada disamping ku...begitu jua aku... Tapi dah lumrah kehidupan..setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. Apa yang mampu aku buat sekarang..andai perpisahan ini betol2 terjadi..aku redha ja.. Sapalah aku hendak menghalang semua ini..
Cik Mawar

Rule :

  1. Put this badge in your awesome blog
  2. Award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly
  3. Make sure you put the recipients name here, along with their links
  4. Let them know about this
Terima kasih daun betik ku hulurkan buat Habang haku tu sebab sudi memilih blog ku..walaupon haku tahu dia dok fikir tak dok namo lain dah nak letak...muahahahazzz..Tapi fikir 3 kali...mesti Habang ikhlas nak bagi haku bondo nie..sebab dio kan peminat haku.. ( kekekekee, jgn muntah habang baco ayat haku nie :p ) Disebabkan keperihatinan jua kespotian haku..so haku nak bagi kepada 10 org lagi kawan2 ku...

  1. En.Payid
  2. En.Adha
  3. Cikgu Aida
  4. Sarah
  5. Sepoi
  6. Cik Dila
  7. Nurul
  8. Sako
  9. Uncle aris
  10. Comoi
Tak leh bagi kat sapo yang dah dapek..nnt banggo lak..sampai bawak ke mimpi lak terima award.. kekeke..
Cik Mawar
Selamat Hari Ibu buat emak ku jua semua ibu didunia ini... Ibu, Emak, Umi, Mom, Mummy @ apa jua panggilan darjat seorang yang melahirkan kita amat mulia..Di tapak kakinya lah terletak syurga bagi seorang anak seperti kita.Tanpa mereka siapalah kita di dunia ini.. seperti mana aku sayangkan emak aku...korang jua seperti itu...Hargailah apa yang kita ada... sebelom kita menyesali jika ditinggalkan @ kita yang akan meninggalkan insan yang kita sayangi ini.

Cik Mawar
5 may setiap tahun adalah hari lahir abah ku yang tersayang...Semalam teringat lak nak beli kek untuk abah...balik beli kek tu..terlanggar lak lopak...kotak yg berisi kek termasuk lak raga... masa tu risau dah...habislah kek haku nie nnt...sompet sebelah... mmg tak berani nak buka.. Balik kerja g pasar beli buah, n bahan2 nak masak mee grg sikit2.. pakai beli ja yang nampak depan mata nak cepat ... Balik umah terus siapkan bahan2 nak masak..Lepas solat lah baru masak..masak awal2 tak sedap lak nnt..mak pon nak ajar org mengaji dulu..
Siap ja solat ..aku pon dengan bersungguh lagi raso bersemangat terus memulakan aktiviti memasak dengan jayanya... dah siap semua... baru bukak kotak kek.. debar2 nie... akhirnyaaaaaaa alhamdulillah...kek tu cantik..seperti mana aku beli kat kedai petang hari tersebut.


"Selamat Hari Lahir Abah"

Abah ku yang disayang

Antara hidangan malam tadi

Mee Goreng Cik Mawar
Cik Mawar
Picture Resize Genius1 nie aku baru dapat hari nie... tu pon aku tanya robot jaat tu camno nak letak link kat pic..kunun2...pic hak terpelihara lah..hehehehe.. nak guna adobe payah lak nak kena dwld lagi...dah lah PC haku nie...tak sihat sangat..malas nak membebankan PC nie lak.. So tanya lah robot tu..ado ko apo2 yg leh wat pic camtu...mula2 guna paints..Tapi nnt jadi putih lak tak elok.. so robotjaat on YM dia bagi bondo nie... Haku apo agi..ngan raso yang membuak2...terus tekan apo yang patut... n taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. Jadi lah hasilnya.. N post pertama guna menda nie bawah nie..motor kesayangan ku itu.... hehehee... MEKASIH robotjaat.....hehehehe...

Sungguh megah ia di PC ku yg berbunga2 mekar nie

Proses pembelajaran
Cik Mawar
Aku dan sesuatu yang ku sayang kini...tiap hari hanya dia yang ku dampingi... dia lah tempat aku mencurahkan rasa hati...dia jua lah yang menemani ku jua menantiku tanpa jemu...walau dimana jua daku berapa... tidak pernah sekali pon dia merasakan jua menunjukkan rasa jemu ketika bersama aku.. Tidak pernah dia mengatakan jua mengeluh tentang kenaikan berat badan ku...
Namun ada kalanya dia merajuk kepada ku.. kerana daku terlalu sibuk hingga tidak endahkan tentang makan n minumannya.. sampai kan mogok dia..tak mahu menemani aku... Namun ia senang dipujuk...bagi saja minuman...hilang lah rajuk nya...

Oh motorku yang daku sayangi... dikaulah teman ku walau dimana jua daku berada... Semoga jodoh kita untuk bersama sentiasa bahgia...aminnnn..
ecehhh...soh posing2..malu2 lah dia...cam tuannya

Lihat motorr ku bersih kan (walaupon dah sbulan tak basuh..kekeke)

fuhhhhhhhh Mana nak cari no plat camnie.. hanya ada padaku
Cik Mawar
Setelah aku bertungkus lumus untuk menyiapkan tempahan manik nie..akhirnya dengan jaya nya pada tanggal ( kepala lom tertanggal ) Pagi 1 Mei kol 3 Pagi aku berjaya meyiapkan baju kawan ku ini.. Disebabkan janji telah ditetapkan beliau akan mengambil pada siang satu mei.. iaitu semalam... Haku pon dengan muka jua sikap yang gigih..siapkan lah jugak Walaupon daku yg cari penyakit...wat main2..kekekekeke...
Pada keesokan aku yang seperti biasa hari jumaat tidak bekerja..menyiapkan diri untuk menyambut kedatangan kawan ku yang tidak sabar2 untuk melihat baju nya sering dia mimpi2 kan selama ini... Namun...setelah siap ku melakukan semua pekerjaan...tgh hari masak... ..petang tgk TV, mandi...tak jua muncul...
Ampeh ja...malam baru dia dtg....sib Baik dia dtg bawak buku haku pesan... Hakku jamu lah kuih n air teh o ( padahal mak yg bancuh)..kekekekee... Bab paling best..tak kisah lah dia dtg bila pon... yang penting Haku dapat dah duit...kekekekee..Dah pokai tahap siput sodot papan kering nie.. hehehe., ALHAMDULILLAH... semua selesai.. kawan ku jua berpuas hati... Dan aku lagi lah girang...hehehee..Rezekiiiiiii... Jua Amanah yg kawan ku berikan sudah ku laksanakan..











Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers
Daisypath Anniversary tickers

Cik Mawar FC