Cik Mawar
Cekodok Durian....

huhhuu,,setelah beberapa lama
tidak mempamerkan resepi2
terbaru di dalam blog

akhirnya..dengan penuh
kegigihan aku dok tenyeh2 gak kemera tu
sampai boleh digunakan

huhuhuu..
selama nie bukan tak masak

tapi lau tak da gambar tak mood
nak mengajar..hahahaha
ok..bagi yang belom penah rasa

cekodok nie.. leh cuba tau
gerenti menyengat:D
jom..kita main masak2..
sangat mudah :D

Bahan-Bahannya


1. beberapa ulas durian segar ( baru dikopeklah)
2. tepung Gandum
3. 1 sudu besar baking powder

4. Sedikit Gula
5.Secubit garam
6.Air


Bahan untuk Pencicah ( sos)


1. Durian Segar
2. Gula
3. Daun Pandan
4.Air


Cara-Cara membuatnya:-

1. Durian diasingkan dari bijinya ( ambil isinya sahaja) di kacau2..
* macam lenyek pisang, Tapi nie guna sudu ja

2. Bubuh sedikit garam , gula, baking powder, gaul sebati

3. Masukkan tepung dan sedikit air..adunan jgn terlalu keras @ terlalu cair..

4. Panaskan minyak dalam kuali.. dan masukkan tepung berkenaan

5. Apabila cekodok sudah keperangan @ garing..boleh lah diangkat..

* Gula tidak perlu terlalu banyak @ tak nak boh pon tak pa.. sebab dah buat kuahnya

kalau tak nak kuah durian leh tambah kan gula sahaja dalam adunan.:D

Cara membuat kuahnya:-

1. Masukkan durian, air, gula dan daun pandan dalam periuk

2.Kacau sehingga mendidih n pekat.. tidak perlu terlalu lama

3. Boleh lah diangkat jua dihidangkan bersama2 cekodok tadi.


Selamat mencuba :D

0 Responses

Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers
Daisypath Anniversary tickers

Cik Mawar FC