Adam ku.
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai Adam, kau punya kelebihan akal maka aku kelebihan nafsu. Akal mu 9, nafsu mu 1. Akal ku 1, nafsu ku beribu. Oleh itu, Adam, pimpinlah tangan ku kerana aku sering lalai dan leka, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco2nya.
Adam ku.
Aku suka kalau kau mengimami solat ku pada setiap waktu. Akan ku aminkan doa mu agar kelak luas syurga ku. Lebih aku suka kalau kau bangunkn aku bertahajud bersama mu agar nnti diberkati Ya Rabbi. Kenalkanlah aku kpd mjlis2 agama. Ajarilah aku memahami Al-Quran. Kau ajaklah aku mengalunkn jantung Kitabullah di mlm Jumaat yg penuh barakah. Khabarkn pada ku ttg fardu2 yg patut aku tahu. Bimbinglah aku dgn amar ma’ruf dan nahi mungkar.
Adam ku.
Ajari aku agar menjadi isteri mu yg solehah. Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah. Selimutkn aku dgn iman dan taqwa bekalan ke jln Allah. Ingatkn aku supaya hormat, tunduk dan patuh kepada mu setiap waktu. Tolonglah aku Adam agar aku x beku. Bantulah aku agar otak ku x buntu. Selamatkanlah aku drpd seksa api neraka yg x bisa aku tanggung. Pimpinlah aku mnuju Nur al Jannah. Tarbiahlah aku agr kelak aku menjadi calon srikandi solehah. Bantulah aku dlm mnyemai sift mahmudah. Moga aku dpt menjadi secerdik Aisyah Humairah, setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah, sezuhud dan sepatuh Rabiatul Adawiyah, sekuat iman umpama taatnya Sumayyah, seikhlas dan semurni hati Halimatus Saadiah. Seindah hiasan adalah wanita solehah., moga aku hiasan terindah hidup mu Adam ku.
*dipetik dari blog seorg sahabat
0 Responses
Catat Ulasan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)