Wanita, perempuan, Gadis, Dara, Janda, Ibu , mama, umi, Mak Walau apa jua gelaran yang ada pada diri seorang wanita...Walau apa jua sekali pun wanita jua pelengkap dalam kehidupan seorang lelaki..Manusia semua diciptakan berpasangan Tak lengkap hidup seorang wanita tanpa lelaki jua sebaliknya.
"Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki, Bukan dari kepalanya, untuk mengunggulinya, Tidak juga dari kakinya untuk dipijak-pijak, Namun diciptakan insan bernama wanita itu, … Dari sisinya untuk menjadi teman yang setara, Dari bawah lengannyauntuk dilindungi Dan dari kedudukan yang amat hampir dengan jantungnya untuk dikasihi"
Hampir menitis air mata bila mengenangkan wanita yang disiksa sama ada dari mental, fizikal @ batin nya...Tak da insan yang ingin diperlakukan begitu Aku jua tak ingin begitu...."YA ALLAH peliharalah Kami semua di bumi MU ini YA ALLAH, Sesungguhnya Kami Insan yang Lemah." Amin..
Wanita dari celik mata..smpai lah tutup malam ada saja kerja yg dilakukan.. Lagi2 insan yg bergelar isteri...yg bekerja..siang kerja, balik kena siapkan makanan, kemas rumah, tgk anak2, dah siap semua..masa untuk suami pula.. Adusss Tega nya jika seorang lelaki yang langsung tidak pernah terfikir untuk menghargai ketulusan seorang Isteri..Yang mana sanggup berpaling pada insan lain..setelah semua yang isteri korbankan dalam hidupnya...
Dalam hadith lain :
"Peliharalah wanita itu dengan sebaik-baiknya, sebab sesungguhnya wanita dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas sekali. Maka jika kamu cuba meluruskannya nescaya ia akan patah. Dan jika kamu biarkan saja maka, ia akan tetap bengkok. Sebab itu, Peliharalah wanita dengan baik.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah pernah bersabda:
"Sesungguhnya itu seperti tulang rusuk. Jika kamu cuba untuk meluruskannya, ia akan patah. Tetapi jika kamu biarkan sahaja, maka kamu akan dapat memanfaatkannya dengan tetap dalam keadaan bengkok."
Surah An Nisa’ yang bermaksud:
"Hai manusia sekalian, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari daripadanya diciptakan pasangannya dan daripada keduanya Allah memperkembang-biakkan lelaki dan wanita yang banyak ramai"