Cik Mawar

Biskut Kelapa Panda..
sebenarnya namanya.. sebab ado perisa pandan
kekekekee..
pertama kali aku buat biskut nie..
kebetulan g kedai tgk ada jual kelapa kering
kat tempat bahan2 buat biskut
ambil lah satu..
coba buat lak..
camno rasanya
resepi biskut nie dah lamo ado
tapi tak kesempatan nak buat..


Bahan- bahannnya :-

250 gm Mentega / buttercup
125 gm Gula Aising
1 Biji Kuning Telur
( putihnya ambik wat sapu atas kuih sblm boh bebola warna)
1 sudu besar Jus pandan
Beberapa titik pewarna hijau
300 gm Tepung Gandum
70 gm Tepung jagung
1 Sudu Teh serbuk penaik ( Ayak ngan tepung)
1 1/2 cawan kelapa kering

Cara Membuatnya :-

1- Pukul mentega / butter dan gula hingga kembang ( sebati) 2- 3 min
( den kacau guna senduk kayu ja sampai sebati)
2- Masukkan campuran kuning telur dengan pandan n pewarna
3-Masukkan tepung dah serbuk penaik yg telah dicampur bersama tadi
4- Gaul hingga sebati n menjadi doh
* kalau masih lembik tambah tepung jagung
5- Canaikan doh..terapkan dengan acuan yang diminati
6- Sapu telur putih dan bubuh bebola warna @ kelapa kering
7- Bakar pada suhu 190 'c sehingga agak garing.. ( agak2 lah)
* kalau garing.. rangup ja rsanya.. simpan dalam bekas kedap udara .

Selamat Mencuba Diraya akan dtg ;)


0 Responses

Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Cik Mawar FC