Cik Mawar


salam sayang..salam teristimewa buat semua yang sering singgah menanti entry yang terbaru dalam blog ku ini..Semoga kalian semua diberikan kesihatan dan kebahagian dalam meniti hari mendatang..

Mungkin dulu.. aku suka post pasal masak-masak.. menjahit.. tapi kini suram ja..aku hanya mampu untuk masukkan bahan bacaan yang aku baca..n aku rasa berguna jua buat insan lain yang menjadi khalifah dibumi ALLAH SWT yang sementara ini.. macam ada aku katakan.. jika kita tak sempurna..tak semestinya kita tidak boleh memberi nasihat @ mengingati antara satu sama lain.. dalam kita mengingati..kita akan muhasabah diri kita sendiri .. Aku bukan insan yang terbaik.. jika aku hendak menunding jari kepada orang lain..." ha ko buat tu dosa"........ " ha ko buat tu maksiat"... @ ayat2 yang sewaktu dengan nya..Cuma niat aku.. hanya untuk kita semua menjadi insan yang diberkati oleh ALLAH SWT.. amin

Semenjak dua menjak nie kesihatan aku kurang memberangsangkan.. kalau dulu boleh kira berapa kali ja aku demam, selsema, batuk,...tapi skrg.. Selsema..baik seminggu.. datang lagi.. sakit tekak... nie dah batuk2.. lelah pulak cam nak mai dah.. sesak dada nie.. mungkin ALLAH SWT nak uji aku buat masa ini.. insyaallah ..aku redha jika ini ujian dariNYA.. walaupon begini..aku masih mampu bekerja..masih ada selera makan..masih boleh membantu mak buat kerja dirumah.. itu pon dah alhamdulillah.. aku tidak menyusahkan sesiapa lagi buat sementara ini..

Esok jumaat..aku still akan bekerja.. jika seperti minggu-minggu sebelum nie aku cuti pada hari jumaat..tapi esok..aku terpaksa bekerja..untuk mengantikan cuti yang akan aku ambil pada minggu hadapan selama 3 hari.. insyallah jika tiada aral melintang..kembali pulang aku ke kampung halaman bersama mak, abah, abang sekeluarga.. semoga apa yang dirancang berjalan sebaik nya..dan mendapat keredhaan ALLAH SWT.. aku percaya.. niat yang Baik..pasti ALLAH SWT permudahkan.. hendak mendirikan masjid, menunaikan umrah..ingin menyatukan perhubungan dara dan teruna.. semoga.. semuanya mendapat barakah dariNYA..amin.. insyallah.

Semalam..ada seorang telefhon dan hendak bercakap ngan bos.. tapi kebetulan bos aku mmg lah tak da..time2 lepas isteri dia bersalin..dia lebih banyak habiskan masa kat kuantan..rumah mak mertua beliau.. tapi lelaki tersebut tidak terus meletakkan ganggang telefon tapi dia mintak mendapat aku dengan masalah yang dihadapi nya.. Aku tak sangka.. dia boleh menceritakan masalah keluarga dia pada aku.. yang mana ..pada aku..masalah tersebut mmg besar..dan boleh mengaibkan keluarga beliau.. telan ayaq liur banyak kali gak aku hendak menjawab segala soalan yang dia berikan.. dia seperti tersepit.. "nak diluah mati mak..nak ditelan mati ayah" camtulah situasinya.. aku katakan pada dia " biasalah setiap family pasti ada masalah..kadang2 kita tak mampu untuk meluahkan..dan jalan terbaik kita telan sendiri..dan biar ia terkubur selamanya"...Tapi masalah dia..tak boleh dibiarkan..takut menda yang lebih buruk terjadi.. Aku harap semoga ALLAH SWT membantu beliau diberikan jalan untuk menghadapi segala dugaan yang mendatang..amin...

Orang kata kawan biar beribu..cinta biarlah satu.. tapi kita sebagai manusia..tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak..kadang2 tak da kawan sunyi..tetapi banyak kawan ada pulak yang terasa seperti jauh hati..kita tidak bertegur sapa dengan mereka.. aku pasti semua orang pernah merasai semua ini... sebab aku tahu.. ramai orang yang mempunyai kawan lebih dari 100 orang .. aku pon pernah merasai ini..terasa aku seperti tidak diperlukan lagi..aku terasa sepi..aku terasa jiwa aku kosong..kalau dulu boleh gelak tawa bersama..boleh menyalirkan air mata bersama..boleh menceritakan segalanya.. tapi kini SENYAP...SUNYI...SEPI.. dan cara yang terbaik.. hanya mampu mendoakan sahabat itu sentiasa bahgia..dan diberikan kesihatan jua dipermudahkan segala urusan dalam meniti hari mendatang.. aku ada teringat satu petikan ayat yang berbunyi begini "Jangan bersedih jika kita terasa disisihkan, kerana mungkin ada insan yang terasa disisihkan oleh kita"...yup aku rasa mmg betol ayat ini.. sebab aku percaya.. apa yang kita buat...pasti akan mendapat balasan.. mungkin aku bukan lah sahabat yang terbaik.. untuk menerima layanan yang terbaik dari sahabat2 yang lain... apa pun.. aku hanya mampu berdoa " semoga semua sahabat-sahabatku..diberikan kesihatan, kebahagiaan, dipertingkatkan iman, menjadi anak yang soleh dan solehah.. dan jua mendapat keberkatan dalam apa jua yang dilakukan..amin..

*Sekadar untuk meluahkan rasa..untuk mengurangkan beban didada.. melapangkan apa difikir.. semakin hari umur semakin pendek..semoga umur yang diberikan mendapat keredhaan dariNYA..amin
0 Responses

Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers
Daisypath Anniversary tickers

Cik Mawar FC