Cik Mawar



Sedar @ Tidak
akhirnya..sampai jugak kepenghujung
tahun 2009
Bila sampai detiknya..memang terasa cepat
Tapi sblm nak sampai
sering kali kita berkata2
"huiss..lambat nya masa berlalu"
Semakin hari..semakin bertambah umur
Semakin Berkurang HAYAT
berada Di bumi ALLAH swt ini..

Tahun 2009
begitu banyak coretan Manis yang
Layan untuk dikenang
*yang pahit..jadikan teladan ja..la la la
sungguh manis saat yang lepas untuk dikenang
yang pastinya kita semua tak akan
dapat kembali pada masa itu.

Kekeluargaan

Tahun ini bilangan keluarga kami bertambah lagi
kelahiran Ainul Husna *abang bang Lang..lebih menyerikan
kehidupan kami semua.. dengan telatah luqman hakim yang semakin
berkembang minda dan tingkah lakunya hari demi hari lebih membuat kami terhibur.
akhir bulan ini.mak cik telah menamatkan zaman keseorangan nya
dan telah berkahwin dengan pilihan hatinya..
semoga mak cik diberikan kebahgiaan pada perkahwinan kali ke2 ini.. amin

Percintaan

Setelah setahun lebih menjalinkan hubungan
dari sambil lewa dengan hubungan ini. sehingga lah kami mebuat keputusan untuk lebih serius
dalam menjalinkan ikatan yang terbina.
dugaan datang silih berganti yang mana lebih membuat aku berfikir tentang
hubungan yang kami bina .. semoga perhubungan kami
dipermudahkan untuk menjalinkan ikatan yang suci
pada masa akan datang..amin
tanggal 18 December 2009
aku telah menjadi tunangan pada insan yang bernama
Khairul Nizan Bin Zakaria

Persahabatan

Tahun ini jugak..aku telah mendapat
sahabat2 baru.. yang mana telah mengajar aku
lebih banyak tentang sifat2 manusia dimuka bumi ALLAH swt ini
ada yang sahabat makin menjauh..( mungkin aku bukan sahabat yang baik )
apapun yang terjadi..apa pun yang berlaku
aku tidak mahu berdendam..
kalau ada org buat salah kat aku..
pasti aku juga pernah buat salah pada seseorang.
aku harap semua sahabat2 ku memaafkan dosa2 ku seperti
mana..aku meredhakan segalanya dan memaafkan kesemuanya
semoga Kalian semua berbahgia hendaknya
aminn..

Pekerjaan

Kini aku masih lagi disini
tempat yang sama aku mencoretkan isi hati ku
diblog kesayangan ku ini
hampir 3 tahun aku bekerja disini..terasa seperti
baru aku memulakan segalanya disini..
alhamdulillah ..selama aku kerja disini
tidak ada lagi perkara yang buruk terjadi
semoga aku sentiasa berada dibawah lindungan ALLAH swt..
amin

Walau apa pun yang terjadi
selagi kita diberikan nafas untuk mengirup udara
selagi itu lah kita kena redha dengan apa jua yang mendatang
dan apa juga dugaan yang akan kita hadapi..
kadang2 kita sering lupa dan alpa
kehidupan DISANA adalah yang KEKAL ABADI
sementara kehidupan yang ada sekarang
hanya singgahan sementara yang penuh dengan kelalaian.

Selamat Tahun Baru 2010
Pada semua pembaca Blog Cik Mawar
semoga semuanya mendapat kebahagiaan dan mendapat keredhaan
ALLAH swt
amin


4 Responses

  1. zul efron Says:

    hepi new year..

    salam singgah..


  2. Cik Mawar Says:

    hapy hapy jua buat cik lya :D


  3. Cik Mawar Says:

    hapy new year zul

    wasalam :D


Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers
Daisypath Anniversary tickers

Cik Mawar FC